Bergunakah belajar Geografi dalam kehidupan kita?

Seperti biasa kalau dengan Angah, mesti macam-macam soalan tulus mulus akan keluar. Dalam perjalanan ke Hospital Selayang minggu lepas, lalu kawasan Templer Park.

Sebelum sampai Selayang, kiri dan kanan rancak, meriah bagai pesta dengan berbagai projek perumahan mewah. Pembinaan rumah yang mengubah mukabumi untuk mendapatkan kepuasan manusia .

“Sepatutnya kita yang menyesuaikan diri dengan bentuk fizikal mukabumi sesuatu tempat bukannya kita mengubah tempat tersebut untuk mengikut kehendak kita. Dia orang ni tak belajar geografi kot…”

Suci mulus sungguh pemikiran seorang anak yang belum terdedah dengan asam garam dan gelombang  sebenar kehidupan. Geografi memang diajar dengan tujuan memberi murid pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kajian geografi membolahkan manusia belajar dari taburan dan pola yang wujud akibat perubahan halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia. Kita diajar tentang kesan-kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

Dalam pelajaran Geografi juga, kita belajar tentang taburan penduduk dan pergerakan penduduk sebagai tindak balas terhadap faktor ekonomi, politik, sosial dan fizikal.

” Kat sekolah menengah memang diajar macam tu …tapi bila kat universiti , dia diajar bagaimana menggunakan alam semulajadi untuk produk perniagaan…diajar macam mana nak buat duit”

Dan dunia ini dicipta dengan dua hal yang berlawanan.  Ada orang baik, adalah juga orang jahat.  Ada yang pemurah, tentu ada yang tamak.

Harap-harap Angah faham…. kehidupan sebenar bukanlah mengikut skrip buku teks Geografi yang dia baca atau mengikut kefahaman mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah.

©Kujie – saya ke luar daerah hari ini…… tc!

19 Replies to “Bergunakah belajar Geografi dalam kehidupan kita?”

  1. Saya berkerja dengan mat saleh US dulu semua buta Geo, yg diorang tahu pasal negara sendiri itu pun tak pass. Tasik2 Besar kat America pun tak tahu hampeh, ni belum lagi tanya kat US ader tanam padi, pasti melopong mulut dia.

    ps:Tasik2 Besar di AS adalah Supirior, Michigan, Huron, Erie dan Ontario.

    pss: Padi si US ditanam sekadar padi huma di kawasan praire di sekitar tasik Erie.
    .-= haritz´s last blog ..Sekebun Buah Pala =-.

  2. hehe…byk benda yg kita belajar masa sekolah. Tapi kadang2 macam tak guna jek ilmu tu…

    Jadi pengetahuan sahajalah alamatnya. Apa2 pun tak rugi jadi orang yang cintakan ilmu 🙂

  3. Semua cabang ilmu memang berikan yang aplikasi ideal untuk kehidupan, tapi bila sampai pada hasilnya lain cerita sebab orang2 yang terlibat akan ubah ikut kehendak dia. Geografi pun sama.
    Tapi Iza suka lah Geog dari sekolah. Sampai sekarang suka tengok peta hehe…sambil berangan bila ada duit mana destinasi pilihan :mrgreen:

  4. dulu masa belajar ingat dulu
    masa belajar goeg
    ada sorang cikgu
    dari mula kelas, tak pernah rujuk buku
    semua dah ada dalam otaknya
    seronok dengar dia cerita
    .-= KampungBoy´s last blog ..Perubahan Lepas Jadi Blogger Kampungboy =-.

  5. Susoh kale alam di balun kot suke deme, patut pikio le sikit,bukanalang2 anok oghang
    yang buat koje ni, tapi ….kate tengin kang maghoh.

  6. banyak perkara dalam realiti kehidupan yang secara tak langsung buat remaja sebaya angah keliru.

    saya seusia angah (dlm keluarga saya pun dipanggil angah he3), saya juga banyak berfikir mengenai kenapa jadi macam tu dan kenapa jadi macam ni. pelik apabila ia tidak seperti apa yang diajar dalam hidup sebelum ini.

    sebab itu remaja sekarang perlu didedahkan dengan dunia sebenar kehidupan!

    ps – lagi satu catatan terbaik kak jie 😉

  7. hmmm… sy pulak dalam group professional yang perlu mengambilkira alam semulajadi sebelum pembangunan… tapi masalahnye peranan kami selalu diambil mudah. bila dah buldoze everything kat tapak, baru suruh org2 macam kami reactify balik…. nak balik yang macam alam semulajadi…..camne tuh??
    .-= mrs azmi´s last blog ..weekend housewife~ =-.

  8. Hmm bagus sungguh soalan yg lontarkan oleh angah!

    kalau kita tidak cintakan alam, masakan kita boleh blend with alam.. so, just wait the next punishment kaedahnya… huhuhu

    harap2 angah dapat memajukan diri dan menjadi pejuang kebenaran gitew.. huhuhu

    ameeennn
    .-= maza´s last blog ..Pilot: Perlu Bersedia Menyedut Nebulizer? =-.

  9. Pingback: pligg.com
  10. Pingback: negaraku.net

Comments are closed.