Biodata Tan Sri Dr Sulaiman Daud

Al- Fatihah dan Takziah untuk keluarga Allahyarham .

Bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Dr Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital besar Kuala Lumpur pada jam 8.10 pagi tadi – Bernama

Tan Sri Dr Sulaiman Daud adalah Menteri Pelajaran Malaysia dari tahun  1981 – 1984 dan sekali lagi dilantik pada tahun 991-1995. Allahyarham  dan Tan Sri Mohamed Khir Johari adalah Menteri Pelajaran Malaysia yang pernah dilantik sebanyak dua kali.

Biodata dan Jawatan yang pernah disandang:

#1984-1986 – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
#1986-1989 – Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah
#1986-1989 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#1990-1991 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
#1995-1999 -Menteri Pertanian
# 2000-2005 –  Pro-Chancellor, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
# 2005 –  Chancellor, The International Medical University (IMU).

Beliau mendapat pendidikan awal di Merpati Jepang School, Kuching, Sarawak dan Madrasatul Islamiah, Kuching, Sarawak. Pada peringkat menengah beliau melanjutkan pelajaran di St. Joseph’s Kuching, Sarawak. (1955-1956)  sehingga Tingkatan Enam.

Beliau meneruskan pengajian di Otago University Dunedin, New Zealand dari tahun 1958-1962 dengan Bachelor in Dental Surgery dan di University of Toronto, Canada pada tahun 1964-1965 untuk Diploma in Public Health & Comparative Political Studies.

Sebelum menyertai politik dan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak, pada tahun 1971 beliau pernah mengajar di Madrasah Melayu Kuching, Sarawak.

Beliau pernah bertugas sebagai doktor pergigian di Kuching, Miri, Limbang and Lawas  dan Jabatan Kesihatan Brunei dari 1963 hingga 1972.

Biodata- sumber : www.silobreaker.com

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Takziah diucapkan. 😥
    .-= tekkaus´s last blog ..3 Reasons Why You Should Not Be A Multitasker? =-.

  2. salam takziah dan alfatihah utk Datuk. huhuhh

    maza adalah produk beliau juga! huhuhu
    .-= maza´s last blog ..Hembuskan Nafasmu Sayang =-.

  3. takziah buat keluarga allahyarham dan al-fatihah

  4. Ya, saya masih ingat Datuk Sulaiman ni.. Ingat semasa dia menjadi Menteri Pelajaran. Saya masih sekolah masa tu..

  5. al-fatihah.. smoga roh nya dicucuri rahmat..
    .-= Hajib´s last blog ..5 Pekerjaan Melampau Di Dunia =-.

  6. jasanya akan dikenang…Al-Fatihah

Trackbacks

  1. IMCurtain.com says:

    Biodata Tan Sri Dr Sulaiman Daud | Hidup Biar Sedap…

    Allahyarham dan Tan Sri Mohamed Khir Johari adalah Menteri Pelajaran Malaysia yang pernah dilantik sebanyak dua kali….