Brainy Young Caliph Di Melaka
Pengetahuan Am

Brainy Young Caliph Di Melaka

Anda orang Melaka? Anda mahu mencari sumber pendidikan, bacaan dan permainan berasaskan Islam yang menarik untuk anak anda? Tidak jumpa di Melaka? Jangan risau. Kini ada Brainy Young Caliph untuk membantu.

Brainy Young Caliph atau BYC membawakan beberapa perkhidmatan yang sudah sekian lama ada di Kuala Lumpur dan menawarkannya kepada sahabat dan ibubapa di Melaka seperti ALIMKids Playgroup, kelas dan bengkel Penyusuan Ibu, Educational Islamic Resources dan juga peralatan penyusuan susu ibu.

Ia bermula dengan kecil. Seorang ibu menunggu seseorang untuk memulakan aktiviti yang menarik yang hanya dinikmati di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain, tetapi ia tidak kunjung tiba. Penat menunggu, beliau pun mengorak langkah untuk memulakan ALIMKIds Playgroup di Taman Tasik Utama.

ALIMKids Playgroup (http://byc.com.my/alimkids-playgroup-melaka/) merupakan aktiviti bermain yang berstruktur yang merangkumi active play, peningkatan kemahiran berkreatif serta Kaedah Khalifah. Ia juga merupakan cara yang ideal untuk mengajar anak bersosial, berkawan serta sangat penting bagi ibu atau bapa bagi mendekati serta memahami anak-anak secara individu.

Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Sabtu jam 9.30 pagi dan 11.00 pagi dan bahasa komunikasinya adalah bahasa inggeris.

Selain itu, tidak banyak permainan, aktiviti dan bahan bacaan Islamik yang menarik dan sesuai untuk anak-anak. Di BYC, terdapat pelbagai sumber pendidikan (http://byc.com.my/category/learning-resources/) seperti buku, puzzles, flashcards, stickers dari  Learning Roots, UK untuk menjadikan aktiviti  belajar AL_Quran, mengenal nabi, cara bersolat dan asas-asas islami lain sangat menggembirakan.

Umum tahu anak-anak belajar melalui bermain. Jadi usah jadikan permainan itu sesuatu yang sia-sia. Integrasikan permainan dengan alatan yang sesuai bagi membantu mereka. Selain dari pengukuhan iman dan tauhid, kebanyakan produk yang dijual adalah bahasa Inggeris untuk membantu supaya anak-anak diperkenalkan dengan bahasa antarabangsa ini.

Pembangunan minda dan akhlak anak-anak juga perlu dimulakan dari seawal dalam kandungan dan kelahiran. Pemilik BYC sedar akan hakikat itu, beliau yang juga Kaunselor Laktasi dan Peer Counselor (MBfPC) menyokong penyusuan ibu secara total bagi setiap anak yang dilahirkan. BYC menawarkan juga kelas penyusuan ibu dan bengkel penyusuan ibu antenatal bagi ibu-ibu, bapa-bapa serta keluarga.

Tidak dilupakan bagi ibu yang berkerjaya, terdapat pelbagai gadjet dan perkakasan sokongan bagi tujuan pengumpulan susu ibu seperti Pam Susu Medela, AVENT dan Ameda, storage bottles dan banyak lagi yang boleh didapati di laman web byc.com.my.

Kaunseling dan assessment percuma diberikan kepada semua ibu walaupun anda bukan pelanggan di BYC.

Layarilah byc.com.my atau hubungi melalui email, azurah@byc.com.my atau  telefon/sms azurah di talian 012 603 1421 untuk maklumat lanjut.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Brainy Young Caliph Di Melaka

  1. kalau rawatan bayi tabung uji (IVF) atau ada sejarah keluarga twin kebarangkalian dapat kembar , besar

    bukan boleh nak ke tak nak…macam juga jantina anak…tak boleh cakap nak , tak nak

    bila dapat je..mesti nak..heheh

  2. sebaik2nya ibu bapa sekarang kena amik peluang dedahkan anak2 dgn ilmu pengetahuan tambahan selain yang diperolehi di sekolah…belajar al-Quran sebaik2nya wajiblah ke atas anak2 yang baru meningkat dewasa ni..yer la sebagai pendinding di hari muka kelak…
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Ketam Labah-labah Semakin MembesarMy Profile

  3. anak saya yg nak tadika ada sorang je.. itu pun selepas yg no 4 dah form 1. agak jauh jaraknya, 7 years. so try to give the best. suka pendidikan yg berteraskan agama & punya standard silibus yg teratur.
    Jom terjah post menarik dari Adzriel AB ..Main sorok-sorok pulakMy Profile

Comments are closed.