Buah Exotik Chiangmai Fak Khooa Atau Gac Fruit
Pengetahuan Am

Buah Exotik Chiangmai Fak Khooa Atau Gac Fruit

buah fak khooa

Buah ni kami jumpa pada hari terakhir di Chiangmai, Thailand. Ada sebiji dalam bakul bersama buah-buah lain yang dijual di gerai kuih depan Masjid Hidayatul Islam Banhaw  Halal Street Hilal Town. Nampak macam buah hiasan, buah plastik. Teruja tak pernah jumpa, kami beli juga dengan harga 40 Baht.

Penjual tu dah bagitahu nama. Kami pun dah menyebut 10 kali tapi lepas gerak 10 meter masing-masing pun dah lupa apa nama buah tersebut. Balik ke guesthouse, tanya staff semula. Nama buah ni ‘Gac Fruit’. Dengan maklumat tersebut, barulah saya google mencari maklumat. Makcik penjual tu pun tak berapa pandai nak terangkan cara-cara nak makan buah tersebut.

Gac Fruit atau sebutannya Fak Khooa ( bunyinya Fuck Cow ) bukanlah buah yang mudah dijumpai di Thailand kerana ianya buah bermusim setahun sekali dan biasanya lebih senang didapati pada bulan Disember dan Januari.  Buahnya akan matang berwarna oren gelap dalam bentuk bulat atau bujur.  Pokonya menjalar seperti pokok markisa.

 

Di Chiangmai, jus Fak Khooa di jual sebotol dengan harga 15 Baht. Buah ni tak boleh makan macam tu sahaja kerana ianya beracun. Ianya kena buat jus dan penyediaan yang betul.

Sampai di rumah, saya mula mencari maklumat di youtube cara menyediakan jus buah Fak Khooa tersebut. Rasanya tak terlalu manis tak terlalu masam , hampir kepada rasa strawberry.

buah gac

Inilah isi bahagian dalam buah Fak Khooa – isi  pulpa merah dan berbiji hitam.

juice

Keluarkan semua isi buah dan ramas di dalam air untuk memisahkan biji berwarna hitam dengan pati pulpa berwarna merah.

cara buat jus

Biji  buah Fak Khooa yang akan dijadikan benih dan semangkuk jus.

masak jus

Pati yang terhasil perlu di masak hingga mendidih.

jus fak khooa

Campur pati buah Gac dengan air dan gula untuk mendapatkan rasa yang diingini.

Nama latin bagi buah ini ialah Momordica cochinchinensis . Fak Khooa kaya dengan antioksidan beta- karotena, lycopene (70 kali lebih daripada pada tomato ), dan zeaxanthin. Ia mengandungi kepekatan tertinggi beta karotena daripada mana-mana buah-buahan atau sayur-sayuran.

Beruntungnya kerana berpeluang bertemu dan merasa buah yang jarang ditemui seperti ini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Buah Exotik Chiangmai Fak Khooa Atau Gac Fruit

  1. Bentuk buah tu macam buah terung pungaq kata orang kampung Aina tetapi buah tu tak boleh makan sebab beracun. Lagipun buah terung pungaq tu kecik dan pokok tak menjalar.

Comments are closed.