Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia.
Pengetahuan Am

Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Semalam Angah telefon.

“mama……….. Angah nak masuk Parlimen Belia Malaysia

“benda apa tu? Parlimen Belia Malaysia?”

“mama Google lah…”

Hah… nampak tu. Dia kata, It’s ok if you don’t know everything because you are a human not Google.

Saya pun mulalah mengoggle Parlimen Belia Malaysia dan terjumpa laman web ini – http://www.parlimenbelia.gov.my/info.html

Fungsi Parlimen Belia Malaysia adalah sebagai platform kepada belia menyuarakan idea dan pandangan hampir menyamai Parlimen Belia di kebanyakan negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom, New Zealand dan Negara-negara Eropah.

Parlimen Belia Negara diwujudkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin dari kalangan belia juga memberi peluang dan pengalaman secara praktikal dalam proses membuat undang-undang serta memahami sistem pentadbiran negara.

Banyak juga info yang Angah ceritakan mengenai Parlimen Belia Malaysia yang bersidang 2 kali setahun di Parlimen betul.  Katanya, jika kita membangkitkan soalan mengenai pendidikan,  pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri yang akan menjawap soalan berbangkit tersebut. Ini adalah contoh.

Bukan saja Google yang boleh memberi jawapan dan maklumat, anak-anak juga sumber informasi.

Macam mana nak jadi ahli Parlimen Belia Malaysia?

Ahli Parlimen Belia Malaysia (e-PBM) boleh dibuat belalui permohonan online di sini http://www.parlimenbelia.gov.my/index_permohonan.php

Parlimen Belia Malaysia mengandungi 222 belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun yang dipilih seorang wakil belia bagi setiap kawasan Parlimen. Bagi yang ingin mendaftar sebagai pemilih Parlimen Belia Malaysia, anda mestilah Warganegara Malaysia berusia 15 tahun hingga 40 tahun pada tahun semasa.

ahli parlimen belia malaysia

Kalau Angah ingin menjadi seorang ahli Parlimen Belia Malaysia, kita boleh mendaftar  sebagai pemilih ahli Parlimen Belia Malaysia. Jom mendaftar.

opsss…. saya dah terlebih umur!

Anak muda macam dia ni ada macam-macam idea yang ingin disuarakan tetapi sering kecewa kerana persekitaran dan sistem kita tidak menyokong apa yang difikirkan.  Selalu saja ada persoalan kenapa orang dewasa buat macam ni kenapa buat macam tu, sedang boleh buat macam lain.

Mungkin ini adalah pendedahan yang terbaik bagi dia untuk memahami dalam dunia ini bukan saja ada hitam dan putih tetapi kelabu, biru laut, merah jambu, warna coral, warna tekois ( turquoise ) dan seribu kod warna yang berbeza.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia.

  1. Suka statement ni….
    “… dalam dunia ini bukan saja ada hitam dan putih tetapi kelabu, biru laut, merah jambu, warna coral, warna tekois ( turquoise ) dan seribu kod warna yang berbeza.”

    Betul sgt2. Sbb tu la teori2 yg kita penah belajar x bleh follow 100%

  2. Bagus jugak program macam ni. Boleh merasai sendiri pengalaman di Perlimen dan setiap idea atau persoalan tersebut dijawab terus oleh Kementerian yang berkaitan.
    Jom terjah post menarik dari Hazmin Hamudin ..Esok Dah GajiMy Profile

  3. Saya suka warna biru.
    Disebabkan umur dah lanjut maka saya serahkan kerusi pada yang muda (nampak tak apa yang cuba disampaikan kepada ahli parlimen sebenar yang liat sangat nak turun tu).
    Semoga angah berjaya menjadi Ahli Parlimen yang berjasa pada rakyat jelata.
    Kalau ada tander bagitau ler yer bleh masuk…hehe

Comments are closed.