Gambar : Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai

Dulu saya pernah keluarkan entri cara-cara memilih coli dalam bentuk kiraan mathematik.

Katakan ukuran ukur lilit payudara  – 86 sm dan ukur lilit bawah payudara 74 sm. 86 tolak 74 = 12sm. Mangkuk coli yang adalah jenis B.

* Ukuran standard untuk mangkuk coli adalah mangkuk A – 10 sm, B – 12.5 sm dan C – 15 sm .

Entri lengkap  di sini – Petua ringkas jaga coli

Memilih coli adalah perkara rumit bagi perempuan. Bukan boleh pegang, belek, sentuh dan beli. Ini kerana bentuk setiap orang berbeza. Saiz saja berbeza² dan material juga mempengaruhi ketepatan jitu serasinya coli dan buah dada.

Jadi untuk tidak merumitkan murid² yang agak lemah dengan mathematik, hari ini saya berkongsi pula cara memilih baju dalam yang sesuai secara bergambar.


Masukkan tangan menerusi pita bahu.   Condongkan badan ke depan.   Biarkan buah dada masuk ke dalam mangkuk coli.  Pasangkan cangkuk.

* pasangkan cangkuk di depan, kemudian dipusing ke belakang itu cara yang salah ye Cik Kiah…


Baiki kedudukan tali bahu supaya selesa. Pastikan tali bahu tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.


Tarik masuk lebihan isi buah dada ke dalam mangkuk coli. Pastikan buah dada masuk sepenuhnya ke dalam mangkuk coli.

Angkat tangan. Coli yang padan rapi tidak akan terangkat naik.

Kalau dah selesa dan sesuai, tukar semula coli asal, jangan terus disarung baju.  Saya tidak bertanggungjawap sekiranya anda ditahan kerana mencuri coli.

Gambar ini diambil dari fitting room Parkson tahun 2009 yang dipos dalam blog peribadi saya untuk rujukan dan panduan sendiri.

Tips dan teknik ini dikeluarkan oleh Triumph.

Rumitnya bab coli sehingga terdapat 3 mukasurat penerangan mengenai istilah coli di dalam Pusat Rujukan  Dewan Bahasa dan Pustaka.  Itu tidak termasuk rujukan dalam kategori Biologi.

  • Coli ( bra/ brassiere): Pakaian dalam wanita yang digunakan untuk membentuk dan mengampu payudara.
  • Coli Sari (cholee/choli) : Blaus sama sendat dan bergaris leher jeluk yang dipadankan dengan sari. Blaus ini biasanya dipakai oleh wanita India dan menjadi popular di Amerika Syarikat pada tahun 1968.
  • Coli Lekap (posts ) : Coli mangkuk tanpa tali dan tanpa bahagian belakang. Dipakai dengan melekapkan mangkuk coli pada payu dara dengan menggunakan perekat.
  • Coli Renang ( swimbra ) : Mangkuk berbentuk yang dicantum atau berasingan pada bahagian dalam sut renang untuk membentuk payudara
  • Coli Jeluk ( decollete bra/ plunge bra ): Coli bergaris leher bentuk V jeluk dan kedua-dua mangkuknya dicantumkan dengan pita penetap yang kecil dan dipakai bersama-sama pakaian berleher jelum.
  • Coli Memberi / Coli Saiz Bebas ( stretch bra/ one-size bra ) : Coli daripada fabrik kait spandeks, bertali kenyal dan biasanya mempunyai satu saiz atau adakalanya tiada berkancing.
  • Coli Ala Korset (long-line bra ): Coli yang menutupi bahagian payudara ke pinggang, dipakai bersama girdel, bertetulang wayar. Adakalanya dipakai tanpa tali.
  • Gaun dalam coli ( bra slip ) : Gaun dalam bercoli sendat yang popular pada tahun 1960-an.

boleh buka blog shopping jual bra…:lol:

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Suami yang dah khatam baca entri ni, boleh belikan untuk isteri..hahaha
    Jom terjah post menarik dari Hafiz Rahim ..Kenapa Perlu Ada FiTMy Profile

  2. Sat! .. Lambat sikit nak hadam bahagian saiz ni.. Ingatkan beza saiz ja, rupanya banyak jenis lagi rupanya…hihi
    Jom terjah post menarik dari Syahril Hafiz ..Tutorial : Atasi Masalah Sony Xperia Bootloop & BrickedMy Profile

  3. Errr. Cam nak kena bayangkan jer utk lbh memahami. Hahahah
    Jom terjah post menarik dari sohoque ..Review aplikasi android Denaihati terbaruMy Profile

  4. terima kasih ats info ni kak jie…jujurnya mmg sampai skrg tak reti kira…selalu main tibai je beli bra…hehehehe
    Jom terjah post menarik dari Alin Marlini ..Jalan-Jalan di Sunway PyramidMy Profile

  5. Saya rasa coli saya dah terbaik untuk diri saya. hahahaha boleh bagi jawapan camni
    Jom terjah post menarik dari Qashmere ..Cara-Cara Memutihkan Ketiak Dengan Remedi Di Rumah Dan MudahMy Profile

  6. Highly descriptive article, I enjoyed that bit. Will there be a
    part 2?
    Jom terjah post menarik dari Juanita ..JuanitaMy Profile

  7. nak taye ckit ekk…beza coli hafcup dan fulcup??
    coli memang byk jenis…tp ada yg pki x padan ngan buah dada yee…apa reflek akan dtg…

  8. wow.. thanks!

    ramai wanita konfius lg pasal ni :)
    Jom terjah post menarik dari razfira ..Review The Cabin In The Woods: Cerita Paling KejamMy Profile

  9. alam hijau says:

    nak tanya cket..

    Katakan ukuran ukur lilit bawah payu dara – 86 sm dan ukuran payu dara 74 sm. 86 tolak 74 = 12. Mangkuk coli yang adalah jenis B.

    macam mana ukuran lilit bwh payu dara tu lebih besar dr ukuran payu dara??…ke den salah faham ukrn lilit bwh payu dara tu dan ukrn payudara tu…advice cket

    • betullah tu, ada kesilapan sepatutnya ukurlilit payudara – ukur payudara – boleh klik link yang diberikan untuk rujukan entri sebelumnya kerana entri tersebut mengandungi beberapa tips lain . contoh untuk ukut dalam unit inci.

      terimakasih

  10. reezluv says:

    pernah teman someone untuk membeli..memula segan.tapi dah biasa..sampai tau lak kenapa yg jenis cenggini tak best, yg jenis cenggitu best..ooo.. :cool:

  11. Pejuang Kesenian Extreme says:

    Tak pe Kak Jie,dengan entri macam ni,sekurang-kurang menambah pengetahuan am kepada pengunjung lelaki.Lagipun isu ini pun sebelum ni dibincangkan terlalu tertutup..Jadi macam mana la laki nak tau..hehe
    Jom terjah post menarik dari Pejuang Kesenian Extreme ..3 Cara Bergaya Untuk Menghantar Pesanan RahsiaMy Profile

  12. auw..silap masuk post kaini?.. hehe
    Jom terjah post menarik dari donny ..Lirik lagu Aishiteru Zivilia Band Cinta MelodyMy Profile

  13. Thanks for sharing KakJie..
    Ada citer coli2 nih kat WHI..
    Nak kongsi cam pelik pulak, so akak dah buat nih saya link kan aja ;p

    Jom terjah post menarik dari Pojiepooh Abdullah ..Kisah seorang janda Jeng jeng jeng!My Profile

  14. Banyak juga jenis-jenis coli yang saya tak tahu. Tapi cara memilih & cara pakai tu memang dah expert! Hahaha!
    Jom terjah post menarik dari Dila.13 ..The Things People Do For 5My Profile

  15. kalau dia boleh jual secara terbuka, dengan dipakaikan patung model seksi, apa dia nak hairan kalau ada lelaki tertarik menarik…itukan sasaran dia..hehehe :lol:

  16. lelaki tak pakai bra tapi tamai blogger lelaki ‘geek’
    dia tau ‘nilai’ entri ni – susah nak terang berbelik2 ni :lol:

  17. ;-) nape ramai lelaki yg komen nih? lelaki x pkai bra kn?
    Jom terjah post menarik dari nisa ..Mengajar Anak MenabungMy Profile

  18. wah! pelajaran untuk hari ini =)
    Jom terjah post menarik dari landax ..PhotoShoot @ PaddyField dan Tractor DriftMy Profile

  19. saya pernah pi beli bra untuk isteri. salesgirl yang bertugas pandang saya semacam je. aduss :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Testimoni SD2 dari Sungai BulohMy Profile

  20. wah.. bagus… mesti blushing jek yang lelaki bila baca..muahahaha… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari madammondoq ..MENANG Tiket God Of Carnage From Redmummy &amp NuffnangMy Profile

  21. pedagangIT says:

    tahniah…. pose yang baik…
    pasti menarik niche ini untuk di explore ;-)

  22. dekat 10 minit saya baca post ni sebab nak hafal jenis-jenis coli..haha
    Jom terjah post menarik dari MuJE ..Butang Like- Share dan Tweet untuk BlogspotMy Profile

  23. erk… pergi search bra & panties online, tengok material, design dan function dawai tu utk apa

  24. amboi…. tiba2 jadi suci murni… :lol:

  25. tengok gambar illustration buat2 malu lah konon² ye… gaya suci murni ye dak.. :lol:

  26. malu~~

    totop muke~~
    :oops:
    Jom terjah post menarik dari stanza harapan ..JelitaMy Profile

  27. Ahmad Fikrizaman says:

    Adess… nak share pun segan…
    Jom terjah post menarik dari Ahmad Fikrizaman ..Selamat Tinggal FikrimyMy Profile

  28. Assalamualaikum,
    Mudah dijadikan panduan, tapi selalu juga buat-buat lupa kalau masa beli benda alah ni.

    Bermanfaat untuk lelaki dan wanita ya…
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Blog Yang Aku Tak BacaMy Profile

  29. Assalam..
    teringat satu kisah ttg coli ni suatu ketika dulu…
    antara si suami dgn si penjual…last2 si penjual yg malu..
    Jom terjah post menarik dari iza ..Sambal Belacan- Aku Sudah Jatuh CintaMy Profile

  30. sayacomel says:

    hehe..kena tahu nih..
    Jom terjah post menarik dari sayacomel ..Comel Sangat – Anugerah Saya Paling Comel dalam kelasMy Profile

  31. Bca je lah.. huhu…menambahkan pengetahuan
    Jom terjah post menarik dari hanif ..Pendapatan Terkumpul Nuffnang Sebanyak RM1663My Profile

  32. err…err..
    pengetahuan am a.k.a pengajian am.
    sekian
    Jom terjah post menarik dari jemarioren ..Tukaq lagik!My Profile

  33. tak tau nak komen apa..tapi nak jugak menempek dalam komen box ni

    hihihi
    Jom terjah post menarik dari pereman ..Sai Baba neither a god nor dajjalhe was just a human being afterall…My Profile

  34. Pemerhati Dunia says:

    Akak tau, dalam 3 hari ini sahaja, sudah 2 blog yang menceritakan cara-cara pemakaian coli. tapi yang dalam blog satu lagi itu banyak lelaki yang komen. hahaha
    Jom terjah post menarik dari Pemerhati Dunia ..Kembalikan Sinar Islam Di Negara Yang Paling Banyak Menentang IslamMy Profile

  35. miahahahha..

    kalau yg ade dawai tu x tercucuk ke? kang bocor sian anak hahahaah
    Jom terjah post menarik dari mijae ..Maharaja Lawak Mampu Mengesan Mentaliti Bawahan Orang MelayuMy Profile

  36. wah, senang nak ke la senza kalau nak buat kejutan utk isteri
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..SEO lebih baik dari Blogwalk kalau nak trafik tinggiMy Profile

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam