Cara Memasuki Sekolah Berasrama Penuh Calon PT3 2014

 

Secara purata saya menerima 3-4 email seminggu bertanya pelbagai perkara yang kadang-kadang diluar bidang kuasa dan pengetahuan saya. Mungkin mereka yang mencari maklumat di internet lalu bertemu blog ini.

Kadang-kadang ada isu formal seperti masalah pengeluaran KWSP, masalah kad kredit atau masalah aduan jalan berlubang.  Kalau mampu saya cuba balas, kalau tidak saya berikan alamat laman web yang sepatutnya mereka rujuk.  Majoriti adalah email daripada ibubapa yang minta nasihat dan panduan mengenai anak-anak mereka.  Pendapat tentang universiti atau bidang yang dipilih anak-anak.

Saya bukanlah pandai sangat, anak-anak pun bukanlah berjaya cemerlang.  Saya cuma berkongsi idea dan pendapat dari sudut pandangan saya.  Kadang-kadang ibubapa cuma mahukan pandangan pihak ketiga yang beliau sendiri tidak kenali sebagai sokongan moral.

mohon sekolah asrama selepas PT3

Kali ini saya ingin mengulas mengenai isu yang dirujuk oleh seorang pelajar PT3, yang usianya sama dengan anak bongsu saya.  Dia panggil kakak tau, tapi saya balas suruh panggil makcik aje…sedar diri lah juga.

Daripada maklumat yang saya perolehi sewaktu taklimat disekolah Intan, pelajar yang menduduki PT3 tidak perlu memohon untuk memasuki mana-mana sekolah berasrama penuh kerana sistem PT3 akan menawarkan terus tempat kepada pelajar yang layak.

Sewaktu keputusan PT3 diumumkan, pelajar akan mendapat keputusan dan disertakan tawaran ke Tingkatan 4  sekolah berasrama penuh berserta kos yang dicadangkan sesuai dengan keputusan PT3.

Keputusan PT3 setiap pelajar adalah berbeza walaupun mereka mendapat gred yang sama.  Contohnya – pelajar A mendapat band 5 dan pelajar B juga mendapat band 5 tetapi mereka akan menerima keputusan rumusan yang berbeza bergantung kepada semua instrumen pentaksiran seperti kajian kes, ujian bertulis, ujian mendengar dan ujian lisan.

Maksudnya, pelajar tak perlu membuat permohonan kemasukkan ke sekolah berasrama penuh .  Mereka akan ditawarkan tempat sekiranya layak.  Pelajar akan diberikan tempuh seminggu sama ada menerima tawaran tersebut.  Sekiranya pelajar menolak, tempat akan diberikan kepada pelajar yang seterusnya.

Itulah yang saya faham selepas diberikan penerangan oleh guru sewaktu taklimat bersama ibubapa.  Saya cuma belum pasti mengenai kemasukan ke Kolej Vokasional selepas PT3.  Saya akan cari maklumat nanti.

Kembali kepada pertanyaan anak di atas, dia perlu teruskan persekolahan sehingga SPM sebelum melanjutkan pelajaran di mana-mana kolej atau universiti yang menawarkan bidang IT.  Saya tak faham kenapa cikgu yang dirujuk memberi jawapan yang agak mengelirukan.  Bidang tersebut tiada di Kuantan?

Salah seorang calon PT3 2014

Salah seorang calon PT3 2014

Peperiksaan PT3 akan dijalankan pada 12 – 17 Oktober 2014.  Intan baru saja selesai mengambil ujian mendengar dan ujian lisan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi telah diselesaikan pada 18 Julai 2014.

Bila saya lapang, saya akan tulis megenai prosedur dan tata cara yang telah ditempuh sewaktu ujian mendengar dan ujian lisan di adakan sebagai panduan untuk calon PT3 akan datang.

 

Nota :  Perkara ini mungkin akan berubah dari masa ke semasa, jangan terkejut kerana benda ini kerap berlaku.

Nota :  Sekolah berasrama di sini adalah daripada Kementerian Pendidikan bukan MARA atau Kolej Vokasional.  Itu kategori lain

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Anonymous says:

    Bru ni sya ade call sek men tek. Diog ckp kalo nk apply online kene pakai result trial pt3. Yg geramnya sya gi sek ank mtk result trial sebab kt saps ibubapa tk update. Bile mintak band ank cikgu ckp tunggu result yg sebenar sedangkan tarikh tutup on line 14/12. Result kuar lepas tu. Dlm.trial result hye ade 6 matapelajaran aje dia tulis. Ujian lisan tkde band pun tkde.. Malaslah dh nk apply..

  2. Betul ke tak perlu memohan apa apa sekolah berasrama penuh?

  3. Aslmkm. Saya seorang pelajar form 3. Nak tanya, betul ke saya tak boleh apply for asrama for asrama or mrsm? Confirm?

  4. Sekarang ini lebih mudah untuk dapatkan maklumat hanya di hujung jari sahaja..
    Jom terjah post menarik dari Abang Rawi ..3 Cara Mudah Semakan Calon PLKN 2015 Siri ke-12My Profile

  5. saya plan ank masuk SAKURA kuching/smk pesantren taib mahmud tapi xpsti dptke x leps pt3 nih

  6. Sy mmg brcdng utk hantar ank ke kolej vokasional lps form 3 ni..tu yg tgh survey2 kut ada jln..ank lelaki nk suruh dia rasa hidup berdikari skt..PT3 ni mmg konfiuss skt..x kisahla asalkan ank2 kita boleh brjaya kalu x akademik bidang lain pun ok

    • rasanya untuk tahun ni, pelajar PT3 tak perlu memohon, LPM akan keluarkan keputusan peperiksaan dan tawaran ke mana-mana sekolah asrama yang anak kita layak. Itulah yang diberitahu oleh guru sewaktu taklimat kepada ibubapa

  7. Pelajar yang tak pintar akademik sebenarnya pintar kat bahagian teknikal. Vokasional bukan pilihan akhir. Tapi pilihan bijak juga.

  8. cikgu tengah pening kepala dan sibuk sekarang ni… tambah sekarang detik2 getir ujian dan exam… dalam masa sama nak kejar silibus… 😉
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..LATAR BELAKANG ANAK KAPAL MH17 DALAM KENANGANMy Profile

  9. Nice tips, nanti boleh apply time anak saya nanti.
    Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Cara Merawat Resdung Secara SelamatMy Profile

  10. Kesian budak2 sekarang jadi mangsa perubahan dalam sistem pendidikan. PT3 diharap akan memberi peluang kepada yang betul2 layak untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Banyak tugasan yang menanti mereka . Buatlah dengan bersungguh2 kerana tempat di peringkat yang bagus itu terhad .Berbaik2 lah dengan guru kerana guru penentu masa depan kalian

    • Lepas form 3, lepas PT3 dia org akan masuk form 4 kembali kepada sistem mcm biasa…sistem utk SPM. Pening juga ni….

      • Oh..kiranya PT3 ni takat tingkatan 3 sahaja?..lepas masuk tingkatan 4 masuk ke sistem biasa balik..memang nampak macam pening tu..yang kesian dan jadi mangsanya adalah pelajar2..jadi bahan ujikaji pulak..
        Harap semua pelajar yang terlibat dipermudahkan segala urusan..
        Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Penyiram Pokok Bunga Yang ComelMy Profile

  11. Pilihan saya adalah kolej Vokasional untuk mendapat kemahiran.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Laporan buat duit tanpa modalMy Profile

  12. Terbaiklah kak jie. Perkongsian melalui pengalaman kak jie sendiri utk Intan insyaAllah banyak membantu calon2 PT3 (termasuk dalam gambar tu sekali).

    Moga calon2 PT3 lebih mudah membuat keputusan.
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Keputusan penuh Kedah vs Terengganu Piala Malaysia 2014My Profile

  13. Nice tip….peperiksaan sekarang banyak perbezaannya dgn dahulu…parent perlu ada pemgetahuan tentang exam sekarang…
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Kereta Perisai Adnan Terbalik Di SandakanMy Profile