Cara Membuat Tempahan Korban Di Kemboja Dengan eQurban
Advertorial

Cara Membuat Tempahan Korban Di Kemboja Dengan eQurban

Assalamualaikum semua.

Tarikh Hari raya korban pada tahun ini dijangka pada 15 Oktober 2013 ( Selasa ), Insya Allah. Seperti tahun-tahun lepas, Alhamdulillah rasanya ramai  umat Islam Malaysia yang akan turut melakukan ibadah korban. Hukum ibadah korban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar,

Antara hikmah berkorban ini adalah sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat pemberian Allah SWT dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Menurut cerita suami saya sewaktu bertugas di Algeria, kebanyakkan penduduk di sana sangat bersungguh-sungguh berkorban untuk melakukan ibadah korban walaupun harga seekor biri-biri bersamaan gaji sebulan seorang pekerja biasa  seperti mereka ( RM 1000 hingga RmM 1700 (25000da -35000da) Keadaan itu membuka satu sudut pandangan bagi kami betapa erti korban yang sepatutnya kita lakukan. Baca entri berkaitan di sini – Ibadah Korban

Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah dari Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagialah dirimu dengannya.

Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim

korban di kemboja

Selari dengan perkembangan kemudahan internet, saya sendiri pernah 2 kali membuat tempahan korban secara online melalui eQurban.  Selepas ibadah korbah itu diselesaikan, saya menerima sijil penyertaan dan bukti bergambar mengenai lembu bahagian saya yang telah disempurnakan sembelihannya.

Saya pernah menerima pertanyaan, boleh percaya ke Program Korban & Aqiqah di Kemboja ni?

  • Saya percaya kerana saya telah melakukannya. Saya tidak perlukan testimonial orang ketiga.
  • Sijil penyertaan disahkan oleh Rakan usahasama eQurban di Kemboja iaitu Cambodian Muslim Cooperative (CMC)
  • Anda boleh ikuti perkembangan dan maklumat terkini melalui facebook eQurban

Kebanyakkan NGO dan rakyat Malaysia menyalurkan bantuan secara terus, sebaliknya eQurban membantu membangunkan ekonomi minoriti Islam di Kemboja dengan beberapa projek. Salah satunya adalah projek usahasama ternakan lembu di Kemboja bersama Koperasi Muslim Kemboja.  eQurban adalah satu-satunya syarikat yang menternak lembu di Kemboja iaitu di Stung Treng, Kemboja.

 

lembu korban

Lembu yang diternak sendiri ini bukan saja dapat menyediakan lembu untuk ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja tetapi secara tidak langsung membantu penduduk Islam Kemboja mengembangkan ekonomi mereka. Ibadah korban bersama eQurban bukan sekadar untuk memenuhi sunnah tapi kita juga membantu saudara Islam di sana.

Antara kelebihan melakukan korban di Kemboja adalah kita dapat merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam di Kemboja. Dengan cara ini juga kita boleh berkongsi hasil limpahan rezeki yang dikurniakan Allah SWT keatas kita di Malaysia bersama penduduk negara Islam yang masyarakatnya ramai dan daging korban tidak mencukupi.

Cara Membuat Tempahan Korban Di Kemboja Melalui eQurban

  • Pergi ke laman web eQurban
  • Pilih bahagian korban yang dikehendaki dan klik ‘Tempah Sekarang’
  1. Harga untuk satu bahagian lembu adalah RM 250
  2. Harga untuk satu ekor lembu adalah RM 1750
  3. Harga untuk satu ekor kambing adalah RM 550
  • Buat bayaran online melalui Maybank atau CIMB.
  • Selepas membuat bayaran, Isi Borang Tempahan / Pengesahan Bayaran  untuk maklumat penuh pembayaran termasuk bilangan bahagian/ekor  yang telah ditempah serta penama yang melakukan korban.

harga lembu korban 2013

Pihak eQurban.com akan menguruskan setiap penyertaan peserta sehingga selesai. Gambar sewaktu penyembelihan akan dihantar kepada para peserta sebagai bukti berserta sijil penyertaan.

Tempahan korban 2013 dibuka sehingga 07 Oktober 2013.  Masih belum terlambat untuk kita sama-sama melakukan ibadah korban tahun ini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

13 thoughts on “Cara Membuat Tempahan Korban Di Kemboja Dengan eQurban

  1. Kami sekeluarga pun pernah buat via eQurban. Dapat sijil. Insya Allah daging Quran diagihkan kpd org yang betul2 memerlukan. Kalau dulu biasa buat kat rumah Shah Alam, kita agih kat jiran, tapi jiran pun org yang berada. Huhu. So sekarang kite tolong jiran2 sembelih lembu, tapi Qurban kita ada di Kemboja 🙂
    Jom terjah post menarik dari Khadeejah Hasmad ..ESP Shaklee Supplement Terbaik Untuk PenyusuanMy Profile

  2. kat Malaysia ni harga lembu utk korban memang mahal.tp puas hati sebab boleh tgk sendiri atau kalau rajin, boleh sembelih sendiri.tapi kalau dari segi agihan daging korban tu, memang lebih baik dibuat di negara miskin.diorang lebih perlukan makanan berbanding kita di negara tergemuk di asia tenggara
    Jom terjah post menarik dari din ..Anak Merdeka Gugur Jua….My Profile

Comments are closed.