Cara Mendaftar Sebagai Ahli KWSP

Bila mendaftar sebagai Ahli KWSP? Saya tak ingat secara tepat, mungkin tahun 1988. Lama dah dan saya pun lupa macam mana cara mendaftar sebagai ahli.

Rasanya kena isi borang yang disediakan di tempat kerja.

Hari ini saya temankan Angah ke KWSP untuk mendaftar sebagai ahli. Dia dah kerja sekarang sebagai cashier sementara cuti semester sampai bulan September.

daftar ahli kwsp

Tak sampai 5 minit pun proses mendaftar ini selesai.

Bawa kad pengenalan yang cipnya tidak rosak ( boleh dibaca ). Ambil nombor dan tunggu angka giliran di panggil. Kalau cip Kad Pengenalan boleh dibaca, tak perlu isi borang. Kakitangan KWSP scan Kad Pengenalan dan disahkan dengan imbasan ibu jari. Kalau tak ada masalah, sekejap saja dah selesai.

Mengikut maklmuat di laman web KWSP, anda boleh menjadi ahli melalui kaedah-kaedah berikut:

Mendaftar Secara Automatik

Anda akan didaftarkan sebagai ahli KWSP secara automatik apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan anda. Pendaftaran ini dibuat berdasarkan kepada nama dan nombor kad pengenalan anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Pendaftaran adalah sempurna setelah KWSP mendapat pengesahan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pendaftaran Melalui Kaunter/Mel

Anda atau majikan anda boleh mengemukakan Borang KWSP 3 melalui kaunter atau mel untuk didaftarkan sebagai ahli KWSP. Anda perlu memastikan semua maklumat peribadi yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 3 berkenaan adalah lengkap dan betul serta cap ibu jari yang diturunkan adalah jelas.

Nampaknya tadi kami menggunakan kaedah yang belum dinyatakan di laman web.

 

Nota : KWSP  nak buka cawangan di Rawang One berdekatan Hospital KPJ Rawang.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Semoga bermanfaat untuk yang membutuhkan.
    Jom terjah post menarik dari estri ..Bolu Gulung CoklatMy Profile

  2. Teknologi semakin canggih, urusan semakin mudah
    Jom terjah post menarik dari Nurul ..Promosi Bulan Julai 2014 – VivixMy Profile

  3. KWSP memang penting untuk masa depan, dan informasi ini adalah langkah pertama yang perlu dilakukan. Tak gitu 🙂

  4. Perkongsian yang bagus untuk sesapa yang memerlukan…
    Jom terjah post menarik dari jaakechik ..Buffet Ramadhan Casa OmbakMy Profile

  5. Kena buat acct kwsp ni kalu x kena report dgn pejabat buruh kan2.
    Jom terjah post menarik dari Kereta Sewa Shah Alam ..Info Kereta Sewa – Senarai Harga Kereta SewaMy Profile

  6. Saya baru je bercerai dgn KWSP 2 tahun lepas.Sape2 yg ada duit berkepok dalam KWSP bole lah buat pelaburan amanah saham utk akaun 1 KWSP.berbaloi2

  7. ingatkan kwsp untuk org yg bekerja ttp saja..tq utk info ini
    Jom terjah post menarik dari jiesusanos ..Sotong Celup Tepung Memang BestMy Profile

  8. Thanks info Kak Jie…dan tahniah untuk Angah sebab dah mula bekerja sendiri..
    Jom terjah post menarik dari Hijab Terkini ..Bergaya Sedondon Anak Beranak Dengan Lola Glitters For Kid Dan Shawl Lola GlittersMy Profile

  9. Tak tahu banyak sangat info pasal kwsp ni..dulu ada akaun dia tapi skrg dah tak dak..
    Jom terjah post menarik dari Brader Kecik ..Generasi iPad Selepas Ini Akan Dilengkapi Dengan Sensor Touch IDMy Profile

  10. Pernah guna khidmat kwsp ni setahun dua je..lepas masuk ke skim berpencen, tak terlibat dengan kwsp dah..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Surat Katie Kepada Google DibalasMy Profile

  11. Assalamualaikum,
    Bila tukar ke skim pencem, saya dah tak berurusan dengan KWSP lagi. Tapi perkhidmatan KWSP kajang memang terbaiklah! cepat dan mesra pelanggan.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..peneroka felda dapat duit rayaMy Profile

  12. saya pun dulu pihak tempat kerja yang buatkan rasanya
    Jom terjah post menarik dari myrujukan ..Pemborong Baju Kurung Moden Ready MadeMy Profile

  13. Sy sendiri belum pernah lagi daftar KWSP, banyak yg kena hadam sebelum daftar atau melabur dengan KWSP. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Afiffuddin ..Buffet Ramadhan Casa OmbakMy Profile

  14. terima kasih sbb kongsi pasal kwsp nie..ramai peniaga online yg xde kwsp nie
    Jom terjah post menarik dari Pemborong Kain Cotton Vietnam ..2 Tips Memilih Kain CottonMy Profile

  15. fyna guna duit kwsp untuk clearkan payment PTPTN. ^_^
    Jom terjah post menarik dari fyna ..Senarai Menu Pilihan Juadah Berbuka Puasa Dan SahurMy Profile

  16. Kalau ada majikan kwsp ni memang otomatik kena register. Tapi untuk mereka yang buat perniagaan sendiri kena beringat untuk melabur dalam kwsp… Salah satu cara nak kawal perbelanjaan dan simpanan hari tua inshaallah…

  17. Bagi pekerja swasta ini adalah salah satu simpanan untuk persaraan mereka.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Terbang bebas bersama rama ramaMy Profile

  18. hehe kakjie… dah berjinak-jinak dengan kwsp pulak ye
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..SEMOGA BERJAYA BADANG NEGARA SAZALI SAMADMy Profile

  19. Senang kalau dah nak buka di Rawang. Jauh la di kepong dari tanjung malim.
    Jom terjah post menarik dari Nurul ..Char Kuey Teow Terlajak SpecialMy Profile

    • Dah pasang papan tanda lot premis tp belum buka… kalau dr trafik light tepi mydin tu dah boleh nampak… nnt senanglah nak berurusan. Nak pi kwsp kat Selayang tu nak parking kereta pun payah