Cuti Raya 2013
Pengetahuan Am

Cuti Raya 2013

Berapa hari sekolah cuti raya 2013?

Cuti Hari Raya Aidilfitri 2013

Mengikut Jadul Persekolahan 2013 , cuti hari raya puasa  adalah pada 8hb Ogos dan 9hb Ogos 2013   yang berada di dalam Jadual Cuti Pertengahan Penggal 2.

Nampaknya tahun ini cuti hari raya lebih panjang.  Kebanyakkan sekolah mengambil cuti pada 5hb Ogos dan 6hb Ogos.   Kalau dicampur dengan cuti penggal, jumlah cuti 16 hari.  Raya sakanlah anak-anak!

 

 

cuti raya 2013

Cuti Berganti Sekolah Sempena Hari Raya 2013

Sekolah anak saya bercuti pada 5hb Ogos dan 6hb Ogos  . Salah satu hari perlu diganti, satu hari  tak perlu diganti .

Cuti Intan dah settle, Angah tak ada masalah sebab dia memang bercuti.  Along belum bagi tahu jadual cutinya, universiti dia cuti seminggu kot.

Raya 2010 -  sambut Aidiladha sejauh 10,500 kilometer
Raya 2010 –   sejauh 10,500 kilometer
Tahun 2011 - Kami menyambut hari raya melalui video call sahaja.
Raya 2011 – Kami menyambut hari raya melalui video call sahaja.

Suami saya bercuti dari 7hb Ogos hingga 12 ogos ( 6 hari ) .

Selepas kerja 6hb Ogos dia balik sini, esoknya 7hb Ogos saya sekeluarga balik Kedah.  Kali ini giliran raya pertama di Kedah.  Raya ke -2 balik ke Sabak Bernam pula.  Raya ke -3 balik ke rumah sendiri.  Ribu-ribu kilometerlah kami anak beranak beraya di jalan raya.  Kami perlu berada di rumah sendiri kerana ini adalah kampung anak-anak saya.

Bila cuti agak terhad, kena susun jadual cuti yang padat dengan sebaiknya.  Suami saya bekerja di Terengganu, jadi dia perlukan masa untuk berada di rumah sendiri juga.  Masa ni nak melawat jiran tetanggan.

Harap-harap tahun ini kami tak alami lagi peristiwa pelik di Terowong Menora seperti Kenangan Aidilfitri 2007!

bersalaman di hari raya
Kenangan Raya 2012

Korang cuti lama tak?  Raya kat mana tahun ni?

Nota : entri cuti raya tapi dok feeling kenangan raya dulu-dulu.. saya ada pengalaman raya yang pelbagai.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Cuti Raya 2013

  1. saya tahun ni start cuti 7 haribulan..so 6 haribulan habis kerja tu tros gerak balik utara..harap2 x jem teruk laa..huhu

Comments are closed.