Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali…

Ingat lagi kisah kawan suami saya Saudara Samsun Alam yang menjalani Radioterapi di HKL kerana barah prostat?

Beliau telah kembali ke rahmatullah jam 4 petang tadi – 09/02/2009 . Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rohaya binti Salikin dan mempunyai 6 orang anak.

Alfatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang­-orang yang beriman…Amin.

Apa itu kelenjar Prostat


Prostat adalah kelenjar yang terletak di pangkal pundi kencing golongan lelaki dan mengelilingi salur kencing yang juga dikenali sebagai urethra. Saiznya sebesar kacang walnut sementara fungsinya adalah menghasilkan cecair yang beralkali untuk air mani. Kelenjar prostat (prostate gland) ini menghasilkan cecair mani, manakala otot-ototnya itu akan menolak cecair ini semasa ejakulasi (pancutan semasa hubungan seks). Selain daripada itu, otot-otot ini juga berkerja bersama-sama dengan otot pundi kencing untuk mengawal pengaliran air kencing.

Gejala kanser prostat:

* Aliran air kencing yang tidak lancar.
* Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
* Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
* Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
* Darah dalam air kencing atau air mani.

Jika anda mengalami gejala ini. Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya . Tahap kesedaran lelaki secara umumnya adalah rendah dan dianggarkan kurang satu peratus lelaki tempatan bersedia menjalani pemeriksaan kesihatan.

Risiko kanser prostat
Kanser prostat terjadi apabila sel-sel prostat mengalami mutasi dan bertambah tanpa terkawal. Risiko menghidapi kanser prostat juga bertambah apabila umur melebihi 45 tahun. Pada peringkat awal, kanser prostat tidak menyebabkan apa-apa tanda yang ketara . Lelaki dengan paras kalsium tinggi dalam darah mungkin berisiko tinggi mendapat kanser prostat yang boleh membawa maut.

Salah satu ciri kanser prostat adalah sel-sel kansernya kebanyakannya membiak dengan perlahan berbanding kanser yang timbul pada organ lain seperti usus dan perut. Ini bermakna kebanyakan lelaki tidak akan sedar bahawa mereka sudahpun mempunyai kanser prostat serta tidak mengalami apa-apa gejala dan tanda akibat kehadiran kanser tersebut dan akan meninggal dunia akibat punca lain seperti sakit jantung bukannya kerana kanser prostat.

Selain tidak menunjukkan apa-apa simptom, rasa malu dan ego antara penyebab utama lelaki lebih rela menderita dalam diam daripada menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan. Tidak ramai lelaki bersedia membincangkan masalah membabitkan anggota sulit. Saya ingin sekali nasihatkan kawan-kawan saya di sini untuk membincangkan perkara ini dengan doktor yang akan membuat pemeriksaan dan memberikan rawatan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini sekiranya ada.

Barah cegah sebelum parah!

sumber: my health fot life – KKM

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. takziah utk keluarga arwah..

    i dropped my tears wen i read this entry…my dad is one of the them…we juz knew it yesterday…eventho his still in early stage…but im still worried bout it…my mum kept on crying since yesterday…i know how she felt…but we (me n my siblings) tried to b as tough as we cud…my dad goin 2 do mri scanning this coming friday…hope “it” wont spread everywhere yet…do pray for his best…amin… 😐

    • @nadira, Salam nadira.. I am soo deeply sorry that you have to deal with this, it must be so hard for you.

      Ujian Allah di turunkan kerana kasihNya….Sabar ye… I hope they get to the bottom of what is causing his symptoms quickly so ur dad can concentrate on current treatment

      Kuatkan semangat …I hope that its nothing and you have my prayers

  2. salam takziah…

    • Amin…

      tadi ada abang arwah tinggalkan komen di sini ttp blog sy alami masalah ‘sengal’ tak sudah…komen ptg tadi semuanya hilang

  3. al-Fatihah… semoga ditempatkan dlm kalangan mukmin yg soleh,..

    yatis last blog post..Tgk Tak?

  4. c_shamine says:

    al – fatihah, semoga allah tmpatkan beliau bersama para mukmin..amin, buat isteri dan anak2 beliau semoga tabah hadapi ujian dari Allah, sesungguhnya Allah saja yg maha mengetahui…

  5. Takziah buat keluarga arwah.
    Barah prostat nie juga yg terjadi pada arwah suami zieyla jalil kan?

    Seram juga dgr mcm2 penyakit barah sekarang nie.

    barah tiriod? moga tok wan callister cepat sembuh.

    er… zana pun ada masaelah tiriod. tapi yg peliknya, doc gagal cari sbb n kenapa jadi gitu.

    lagila zana suspen. 🙁

    Zanas last blog post..Thaipusam

    • @Zana, adik kakjie pun dulu ade tiriod , teruk juga sampai ubat dia pun kena minum dlm bilik ‘kebal’ 😐

      check dari awallah zana, buat saringan…jgn sedih dulu, pastikan dari doktor…ye
      moga2 tak de apalah…

  6. innalillah.. salam takziah buat keluarga arwah..
    moga roh almarhum ditempatkan bersama orang2 yang beriman.. ameen

    mrs azmis last blog post..weekend yang panjang~

  7. Salam takziah.

    fazemys last blog post..Ini Di Perak Bukan Palestin

  8. al fatihah…

    actually am baru tau kanser ni boleh bawak mati.. takutkan.. so kakjie apa penyebab kanser ni dan bagaimana nak mengelakkannya..

    ams last blog post..Suddenly I See

    ©Kujie ~buat saringan kanser prostat yang berterusan boleh membantu mengesan dan mencegahnya dari merebak ke organ- organ yang lain.
    Kurangkan pengambilan makanan dari sumber haiwan yang tinggi kandungan lemaknya.
    Makan ikan yang kaya dengan asid lemak dapat melindung daripada kanser prostat dan juga penyakit lain.
    Saw Palmetto dan biji labu – Saw Palmetto (Serenoa serrulata) adalah pokok sawit kecil yang tumbuh di pinggiran pantai Atlantik. Ia adalah herba yang paling popular dalam rawatan masalah prostat. Kajian klinikal mendapati herba ini sangat berkesan dalam mengawal pembesaran kelenjar prostat.
    Pengambilan alkohol akan menghilangkan kandungan zink dan vitamin B6 yang penting untuk prostat yang sihat.
    >>> ni bkn kak jie yg cakap..info dr bacaan yg kak jie jumpa 😆

  9. Eh…macam kebetulan je, ramai yang meninggal sejak akhir2 ni, ekk.

    Takziahlah dari Tie untuk family dia….

    Tak sangka barah prostat tu semakin kerap berlaku…tapi, apakah puncanya?

    Ties last blog post..Buah Tin

    ©Kujie ~ entah bila masa kita Tie….ini juga hikmah bagi kita yg hidup….untuk sentiasa mengingati mati.
    dlm sebulan ini saya terima berita kematian 2 kawan rapat suami dan 2 saudara mara terdekat

  10. Kaum lelaki lebih cenderung untuk membicarakan tentang ‘kehebatan’ mereka. Ego yang ada ketikanya tidak bertempat.

    Abang Longs last blog post..MEMORI INDAH di TAIPING (6)

    ©Kujie ~bercerita hal yang indah-indah memang seronok abang long
    p/s… nnt sy kirimkan email ye spt yg diminta 🙂

  11. Alfatihah… turut simpati dengan arwah dan keluarga yang tinggal…. Jie tak buat pungutan derma ke…?

    divas last blog post..AWARD BLOG PALING GILAAA

    ©Kujie ~ Terimakasih Diva… tak lah Diva…

  12. al fatihah… amin..

    zinos last blog post..Black Out…

    ©Kujie ~ moga rohnya dicucuri rahmat dan keluarga beliau lebih tabah.
    amin…

  13. takziah untuk keluar arwah.. teringat lagi neeza pernah letak nota mengenai dia di blog..
    ternyata Allah lebih menyayangi dia kan kak Jie..

    ©Kujie ~betul tu neeza, arwah dan isterinya kawan sekelas suami kak jie dulu…
    kami masih berhubung

  14. takziah. al fatihah ya

    KNizams last blog post..Coldplay – Lost (Acoustic Feat. Jay-Z) / Viva La Vida (Live @ 51st Annual Grammy Awards 2009)

    ©Kujie ~ aminnn

  15. Semoga roh Samsun Alam dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang­-orang yang beriman…Amin.
    Begitu juga dengan Roslan Shaharum Adun Bukit Gantang yang meninggal dunia akibat sakit jantung… Semoga roh mereka dikalanggan orang orang yang bertaqwa… Al Fatihah

    hashims last blog post..Salam Takziah…

    ©Kujie ~ Al- fatihah untuk mereka, semoga tabah keluarga yang ditinggalkan

  16. Al- fatihah..semoga roh arwah dicucuri rahmat..

    bercakap pasal barah ni, baru petang tadi mak sy bgtau tok wan sy yang ada barah tiriod dimasukkn spital sb kena demam kuning plak..
    syahdu je rasa hati..
    doctor ckp memg xleh nk wat ape2..
    sedih sgt…berat penderitaan yang ditanggung oleh tok wan..
    dia asyik mengadu xleh tdo sb sakit perut..
    kalo keadaan dia makin teruk sy akan balik ke kampung dlm masa terdekat…
    sedih bila ingat keadaan dia.. 🙁

    Callisters last blog post..Darwin Award

    ©Kujie ~ Sejarah keluarga sebelah suami saya ramai yang meninggal kerana barah…yang paling muda seusia 20 tahun kerana barah tulang.

    • @Callister,

      Sabar ye… Semoga tok wan callister cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala

      hashims last blog post..Salam Takziah…

      • @hashim,
        harapnya begitu la..
        tapi doktor kata tok wan dah teruk sgt..terseksa sgt keadaan dia.. 🙁

        Callisters last blog post..Darwin Award

        ©Kujie ~Saya pernah terbaca sabda Rasulullah lebih kurang mcm ni: ( kalau salah, tolong betulkan ye)
        Janganlah kita mengharapkan kematian kerana mudarat yang menimpa dan sekiranya memang mengharapkan kematian, bacalah … ‘Ya Allah, hidupkan aku selama kehidupan lebih baik bagiku dan matikanlah aku apabila kematian lebih baik bagiku.

  17. Takziah untuk seisi keluarga rakan kak jie 🙁

    ©Kujie ~sebenarnya dalam tempuh sebulan ini saya terima 4 berita kehilangan teman dan saudara mara terdekat
    Al-Fatihah untuk mereka

Trackbacks

  1. […] seseorang menjejak beliau di sini dan rupanya mereka punya kenangan terindah.  Entri berkenaan di SINI dan di […]

  2. […] gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti. Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang […]