Debu Tayammum

image

Terus terang saya pun tak pernah ambil peduli tentang debu tayammum sebelum ini sehinggalah apabila menjaga emak mertua yang bersimen kakinya akibat kemalangan.

Debu tayammum sebenarnya boleh saja menggunakan tanah atau pasir yang telah diayak halus sehingga berdebu.

Untuk memudahkan berwuduk, saya beli Debu Syifa’ Tayammum.  Debu tayammum ini boleh di beli di kedai yang menjual peralatan haji atau umrah.  Boleh juga beli online.

image

Dalam sekotak debu tayammum berharga RM 12 ini ada 5 pek. Tiap kali nak bertayammum, tabur debu atas kertas atau dulang.

Pek debu tayammum juga disertakan panduan cara bertayammum tetapi nasihat saya belajarlah secara praktikel untuk bertayammum.  Kalau baca keterangan dan gambar, keadaan tak cukup jelas.  Cara betul pergerakkan tangan berdebu ada aturan dan tertibnya.

Dulu saya belajar bertayamum secara praktikal menggunakan serbuk bedak.

  1. assalamualaikum
    tertarik saya bila baca artikel ni
    kami dihospital mmg ada bekalkan debu tayamum untuk kemudahan pesakit. malangnya kesedaran dan pengetahuan dikalangan pesakit amat kurang. masih ramai yang meremehkan soal ibadah bila sakit. mungkin kerana tak tahu.

    sekarang, kami dalam proses memberi pemahaman dan pendidikan kepada staff dahulu dengan harapan, staff dapat membantu pesakit.

    terima kasih
    Jom terjah post menarik dari Doktor Nurul ..Bila Azna datang rumahMy Profile

  2. sebenarnya dah beberapa tahun sudah debu tayammum ada di pasaran. tp pnh lihat seorang anak kenalan tlantar sakit di hospital, dia tepuk2 dinding dan cadar utk dapatkan debu…

  3. betul tu kena sedia, akak pun mengalami perkara yang sama, masa menjalani pembedahan, ketika itu akak dalam keadaan “haid”, selepas beberapa hari kena lah mandi hadas besar, so persediaan kena ada untuk perkara2 sebegini, alhamdulillah banyak dapat informasi dari google dan terus ke jabatan2 tertentu