Derma tali pusat bayi

Derma darah biasa kita dengar tetapi menderma tali pusat anak memang ramai yang tidak mengetahuinya. Saya sendiri baru semalam membaca di akhbar dan mula membuat carian bersama Encik Google.

tali pusat anak-anak saya... hampir  17 tahun

tali pusat anak-anak saya... hampir 17 tahun

Proses pengambilan darah tali pusat perlu dilakukan semasa bayi dilahirkan , tali pusat bayi akan dikepit dan dipotong. Doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat.


Darah tali pusat akan dibekukan dan disimpan untuk kegunaan bayi sendiri atau mungkin untuk kegunaan kakak atau abangnya dimasa hadapan.

Darah tali pusat (cord) bayi kaya dengan sumber yang dipanggil ‘sel stem’ dan digunakan untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain.

Proses pengambilan darah tali pusat - gambar dari PregnencyWorld.info

Proses pengambilan darah tali pusat - gambar dari PregnencyWorld.info

Apakah sel stem?

Sel stem ialah Master Cells kerana dari sel utama inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ, dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan darah tali pusat?

Darah tali pusat adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama-sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong.  Secara tradisinya dalam masyarakat Melayu, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh dan ditanam. Darah tali pusat merupakan punca yang baik bagi sel stem.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan fatwa bahawa sel stem boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan kaji selidik dengan syarat-syarat tertentu iaitu  sel stem daripada kanak-kanak yang ingin digunakan harus mendapat keizinan dari ibu bapanya dan prosedurnya tidak memudaratkan.  Ini bermakna penggunaan sel ini sewenang-wenangnya untuk tujuan  tujuan komersial adalah diharamkan.

Setiap darah tali pusat yang ingin disimpan harus mengambil kira soal kepercayaan kepada penyimpannya. Jika  berhasrat  menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan peribadi keluarga, tujuan kaji selidik dan perubatan, anda harus sentiasa meningkatkan pengetahuan dan memantau perkembangan teknologi sel stem  agar tiada unsur penyalahgunaan sel ini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun, peluang untuk anak anda memerlukan darah tersebut sebagai rawatan dimasa hadapan adalah sangat rendah jadi apa salahnya jika kita menderma untuk mengubati penyakit-penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak lain.

Kredit : psittacula

Maklumat juga boleh didapati dari Pusat Darah Negara , Stemlife.com & cryocord

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. … wah ada derma darah tali pusat… satu ilmu baru dipelajari hari ni.. 🙂

    samdaddycools last blog post..Bloggers POYO?

  2. Kujie,
    Time kasih info yang menarik ni.
    Baru tahu pasal tabung Darah Tali Pusat ni. Ada caj ke?
    Pasal simpan tali pusat dalam satu tempat ni, ada juga dengar.

    • @Kakak, kat Pusat Darah Negara tu kit derma
      tapi kalau kita simpan kat tempat swasta tu..mmg ada caj
      mahal la juga

  3. Den tak sompek nak simpan utk anak2 den…

    yang ado, den tanam sekali dgn uri2 tu ha….

    huhuhu

    erk! Jie – agak2 eh, bendalah tu bapak eh boleh guno sekali tak?

    hmmm
    ❓ ❓ ❓

    mazas last blog post..Bulan Membayar Cukai

    • @maza, buleh gak
      kata org utk yg degil2
      rebus , airnya minum
      nmpknya awk ty mmg spesis degil
      esk2 blk kg..selongkar lemari cari …. 😆

      • @Kujie,

        eee tak sanggup den dibueknya…huhuhu

        tak polah, den bacokan al fatihah 7 kali, kendian surah Kursi 11 kali….lepas tu, den hombuskan kek umbun2…

        doa, mudah2an torang atie eh…..hehehhehe

        mazas last blog post..Melihat Masa Hadapan

  4. Tengok gambar bayi tu.. teringat masa sambut anak kedua saya yang lahir pada januari lepas..

    nuaemans last blog post..Kekalahan Man Utd dan Sales Clickbank

  5. salam kak jie. sy baru masuk blog akak dari wives&mothers blog. dah go through blog akak ni. banyak info best dan bagus. thanks for sharing. 🙂
    blog berinfomasi beginilah yg bagus untuk dibaca. 🙂
    keep it up, kak.

    Amyzs last blog post..Oh, High Heel

  6. sy pn baru taw psl bende ni 2-3 bulan lepas.. hajat hati nak buat tapi mahal bebeno! ceh2 mcm le sok lusa dah nak ade baby 😆
    eh saye baru tau ade org simpan tali pusat 😯
    kot igtkan wajib tanam sume2 tuh 😆 😆
    maklumle i ni belum jadik mak org lagi :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    mrs azmis last blog post..kene TAG sudah~

    • a’aha….jadi derma sajalah..mgkn boleh digunakan utk org lain
      tali pusat tu..hehehe..ramai yg simpan
      tali pusat tu 5-7 hari baru gugur :mrgreen:

  7. ada sedikit kengiluan bila tengok gambar2 tu..
    banyak ke dapat darah tali pusat tu yek kak Jie?

    Neezas last blog post..From Yanbu with love

    • saja je kak jie publish gambar tu
      biar masing2 tahu macam mana rupa bayi sewaktu dilahirkan…. 😆
      kak jie baca , tak banyak neeza…dlm 80-100ml saja

  8. perghhh.. ngeriii tewww

  9. owh, baru saye tahu…
    nak derma kt sape kak??

    macam anak akak, akak simpan ek??

    chekguBHs last blog post..Setibanya di rumah pengantin…

    • derma melalui hospital kita bersalin tu la…

      kak jie tak de simpan pun…anak2 kak jie lahir sebelum thn 2000, belum ada lagi perkhidmatan tu kat M’sia.

      pusat ada le….dah kecut 😆

  10. owh. first time sampai sini, byk bende yang boleh buat ilmu. 😀 hehe

    abdusfauzis last blog post..iTunes Genius Now Available In Malaysia : At Least For Me

  11. Apasal dulu George W. tak nak buat ya? Hmmm…

    kruel74s last blog post..Why you need lawyers…

  12. saya tak tahu la plak pasal simpan tali pusat ni di Msia. kat italy ni diorang masih lagi dalam perbincangan bab pihak gereja tidak benarkan tali pusat bayi dibuat kajian manakala pusat perubatan mengatakan dengan adanya tali pusat ni memudahkan pencarian meraka terhadap kajian2 penyakit kronik.

    izans last blog post..di pagi ahad

  13. Jie…
    Opah tak tahu sangat pasal research ni. Maklumlah, dah tue… tapi kalau untuk kebaikan, tak apalah kot. Setiap sesuatu yang dicipta oleh ALLAH tu ada kegunaannya tapi jangan sampai guna kajian tu untuk mengklon manusia pulak. Jangan cuba nak jadi TUHAN! Betul tak Jie? I must have your approval on every matter, Jie. No clue as to why!

    • Apa pun utk kebaikan mmg dibolehkan…cuma kena hati² takut disalahguna…sbb itu agaknya orang kita kurang yang menderma.

      amboiiiiiiiii Opah ni….. :mrgreen:

  14. Sama macam maksu, tie pun ada simpan ketiga2 talipusat budak2 tu….. he he…jadi lari dari topik pulak…

    • tak de lari aihhh…lagi pun tak larat nak kejo.. 😆

      semlm dok belek2 fail lama2 …… tgok bil hospital..kad2 klinik….gelang baby, mcm2lah
      nostalgia sungguh makcik oiiii….rasa baru je lahirkan dia org
      rupanyah dah lebih 10thn :mrgreen:

  15. oh boleh ek kat malaysia?
    kat US baru je Obama luluskn..
    masa bush dulu xleh..

    Callisters last blog post..A perfect day for me

    • Bank Darah Negara ada sediakan Perkhidmatan Bank Darah Tali Pusat (Cord Blood) sejak tahun 2002

      Kak Jie pun kurang tahu tapi ada baca kat forum lain..dia org diskus bab ni…tapi tentang simpan cord blood ni kat pihak swasta…

  16. saya masih simpan tali pusat budak2 ni 🙂

  17. talipusat anak2 saya pun saya simpan..

    ha ah org kata kalo dikumpulkan anak2 tu sepakat..ermmm ye ke?

    muadzlifes last blog post..Semua Selamat…..

    • jgn di makan semut udah le….. 😆

      rasa baru sgt lagi dok belek pusat anak2..
      sedar2 dah tinggi melangit dah budak2 tu 😆

  18. pernah dengar orang kata, kalau semua tali pusat anak² di simpan di satu tempat,
    anak² tu jadi muafakat.
    tapi tak pasti la kebenarannyer.

    tali pusat bai sendiri bai pernah tengok.
    kering. dok ada dalam salah satu laci mesin jahit mak.hehe..

    fiezabaiduris last blog post..Ada bunga

    • kata org kalau budak tu degil..rebus bagi dia minum
      kata org tua²…………ehehehe..> makcik ni belum tua :mrgreen:

      tadi belek2 semua harta benda budak2 tu masa baby….suwet sungguh :mrgreen:
      tgok kad klinik..tgok gelang baby :mrgreen:

  19. tali pusat Mia pun masih ada dalam drawer rumah tu…hehehe

    Boss ada buat untuk anak dia…dengar cerita orang jer lah…

    Umimias last blog post..Pada zaman dahulu, aku adalah pengumpul setem

  20. sha pun ada simpan tali pusat anak2..tapi simpan sendiri jek.. 😛 dulu masa 2nd baby ingatkan nak simpan gak..tapi mahal juga harganyer… 🙁

    • tu lah…. kak jie pun simpan tali pusat anak2 sampai kecut 😆

      boleh juga kita menderma kat Tabung Darah Tali Pusat (TDTP) 🙂

  21. cikgu jawe says:

    nice info kak jie. tp aku ada sikit rasa geli. hehe