Empangan Sungai Tinggi

Ini catatan kisah 2 minggu lepas.

Sebelum ini kami pernah bertanya beberapa orang mengenai lokasi empangan ini, tatapi tak pernah mendapat jawapan.  Empangan Sungai Tinggi ini tidak sepopular Empangan Sungai Selangor ( Empangan Kuala Kubu Bharu )

empangan sungai tinggi

Dalam perjalanan terpandang signboard ini. Sebenarnya agak keliru kerana kawasan ini lebih dikenali sebagai Sungai Tenggi.  Rupanya nama rasmi adalah Empangan Sungai Tinggi.

Kami pun masuk ke jalan tersebut.  Memandu lebih kurang 8 minit ( 5 KM ) sehingga sampai ke lokasi Empangan Sungai Tinggi.  Sepanjang jalan ada kebun-kebun kelapa sawit.

gambar empangan sungai tinggi

Inilah pemandangan di sekitar Empangan Sungai Tinggi.

empangan sungai tenggi

Spillway Empangan Sungai Tinggi. Spillway ni adalah tempat lebihan air dari takungan empangan dialirkan keluar.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai bahagian-bahagian utama empangan, bacalah blog suami saya di sini Projek Hidroelektrik Empangan Puah, Hulu Terengganu

empangan sungai tenggi hulu selangor

Gambar semua guna telefon saja ni.

empangan sungai tenggi felda sg tenggi

Bila tengok dalam google map, nampak ada jalan untuk ke Lembah Beringin.  Lepas kena pujuk dengan suami, saya pun bersetuju untuk balik melalui jalan tersebut.

Perkara pertama saya tanya ” minyak cukup tak?” hihihi…. nak menjelajah kawasan yang tidak diketahui mesti pastikan minyak kereta mencukupi.

LINTASAN LEBUH RAYA

Macam ni lah jalan yang nampak  gah dalam Google Map tu, bukan jalan bertar cantik tetapi laluan pekerja ladang.  Kami melintasi Lebuhraya Utara Selatan.

jalan lembah beringin

Bayangkan kedudukan di tengah-tengah hutan…. Google Map memang sangat membantu dalam membuat pilihan jalan atau persimpangan yang perlu dipilih.  Jalan tanah merah yang dilalui bukan ada rumah penduduk dan kami tak jumpa orang lain sepanjang perjalanan tersebut sehinggalah tiba di Lembah Beringin.

Dari Lembah Beringin, kami  ambil laluan melalui  Kerling untuk balik ke Serendah.

Lokasi Empangan Sungai Tinggi.

Dari Plaza Tol Bukit Tagar  sehingga jumpa persimpangan ke Felda Sungai Tengi ( 10 Km ), ambil arah kanan ke Felda Sungai Tengi. Lebih kurang 4.5Km selepas kebun-kebuh buah-buahan Menteri Besar Incorporated (MBI) ada simpan masuk ke empangan di sebelah kanan.

 

Notakakikujie :  ada lagi satu empangan nak review nanti..hik!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. selangor ni macam ada masalah air selalu jer

  2. jarang benar gi empangan..
    Jom terjah post menarik dari hikaru matsushima ..Isu Soalan Sains UPSR 2014 bocorMy Profile

  3. Masih di paras rendah kelihatan air di empangan ni 🙂 hrp selangor x dicatu lagi lah slps ni
    Jom terjah post menarik dari Hilmi Hasan ..5 Isu Yang Sering Timbul Berkaitan Produk Kuruskan BadanMy Profile

  4. Macam menarik je kawasan ni agak2 ada ke eco challenge orang nak buat kat sini.
    Jom terjah post menarik dari Kereta Sewa Shah Alam ..Jom Balik Kampung dari Kereta SewaMy Profile

  5. hihihi…mmg cantik empangan ni…tp klu orang tak biasa agak takut nak g kawasan ni. Tempat ni dekat dengan tempat keje saya….suka klu lepas hujan turun…air dia tinggi, nampak cantik je sebab masih dikelilingi hutan lagi kawasan ni….tp klu air surut…pemandangan kurang cantik.
    Jom terjah post menarik dari Mas Anira Tasmin ..SIAPA YANG PERLUKLAN ESP SHAKLEE?My Profile

  6. rumah saya pun dekat dengan empangan di mersing..nama empangan tu memang unik, EMPANGAN CONGOK..
    Jom terjah post menarik dari tutyrahiza ..Panduan Set Kulit Cantik ShakleeMy Profile

  7. Suka jugak jalan-jalan camni. Nanti tunggu anak sulung besar sikit.
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Alpha Lipid Bee VenomMy Profile

  8. baru tahu empangan baru ni. tq
    Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Cara Elak Bengkak Kaki Semasa HamilMy Profile

  9. baru tahu ada empangan ni, jalan tar belum siap lagi kot…sekali sekala best ikut jalan ni…
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Bajet 2015 antara yang menarikMy Profile

  10. wah… ada penjelajahan empangan pulak ye… sesuai utk golongan pencita alam 😉
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..PAHANG KE SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2014My Profile

  11. Rajin buat penjelajahan ala Camel Trophy. Pastikan miyak cukup. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..The Long Short Walk membawa mesej keselamatan di jalan rayaMy Profile

  12. Seronoknya mengembara macam ni..Julie, Camo dan Alice tak ikut ke… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Penjadualan Temuduga Bagi Jawatan Penguasa Kastam Gred W41My Profile

  13. yo…..agaknya air empangan akan penuh bila musim tengkujuh…
    Jom terjah post menarik dari Ann ..Project Hydroelectric Dam Hulu Terengganu.My Profile

  14. wah..tengok jalan tue macam adventure betul. tapi berbaloi sbb tempatnya mmg cantik! ^_^
    Jom terjah post menarik dari Oja Samid ..Panduan Memilih Soya yang SelamatMy Profile

  15. Wow, pengembaraan yang menarik, rasa macam best sangat kalau dapat menjelajah seperti Kak Jie.
    Jom terjah post menarik dari ringantangan ..Bajet 2015, Bonus Penjawat Awam.My Profile

  16. subhanallah cantiknye permandangan….goggle maps mmg sgt membantu…terutama nk cari tempat atau kedai makan huhu
    Jom terjah post menarik dari faridah ..Cara Nak Kuruskan BadanMy Profile