Exotic Sexy Pink Lady

heliconia sexy pink lady

Sekarang ni musim bunga kot, Pokok Sepit Udang Pink Flamingo Heliconia  saya meriah terbitnya. Subur-subur sampai bunga yang panjang dan berat tu ‘melendut’ hampir tumbang.

heliconia sexy pink lady
Apa yang kebanyakan orang panggil ‘bunga’ itu sebenarnya adalah satu kumpulan khusus daun berwarna-warni, yang dipanggil  daun pelindung (bracts) . Bunga sebenar bagi heliconi adalah yang tersembunyi di dalam bracts tersebut.

bract helicornia daun pelindung

Kelopak yang kita panggil bunga  tu sebenarnya daun pelindung dan didalamnya ada bunga  seperti di dalam jantung pisang.  Biasanya serangga akan singgap di kawasan ini.  Tu encik lebah sedang menunjukkan demo sewaktu saya mengambil gambar.

Pokok heliconia ini mudah ditanam dan mudah untuk dijaga.  Anak benih seperti tunas halia, ditanam tanpa perlu penjagaan rumit.

Pink Flamingo Heliconia
Scientific name: Heliconia chartacea “Sexy Pink”
Common name: Pink Flamingo Heliconia
Family: Heliconiaceae
Origin: Guiana and Brazil
Category: Tropical perennial herb

Heliconia chartacea Sexy Pink Lady
Heliconia adalah tumbuhan tropika dalam kumpulan bersama pisang atau halia.  Ada 2 jenis yang popular iaitu jenis tegak ( erect) atau jenis loket ( pendant ) yang tergantung.  Dulu saya tanam beberapa jenis tegak seperti Heliconia rostrata ( penyepit udang yang berjuntai ) lobster-claw  dan Heliconia psittacorum  (bird-of-paradise ) yang berbunga oren kekuningan. Saya dah buang sebab  jenis itu mudah membiak sehingga mengambil kebanyakkan ruang taman sekangkang anak kera saya.

Yang ada sekarang cuma jenis Sexy Pink Lady – Pink Flamingo Heliconia

Berbanding jenis  pokok heliconia lain, jenis Pink Flamingo lebih tinggi dan daunnya berpecah-pecah.  Pokon heliconia  mudah melendut akibat tidak dapat menampung berat ‘bunga’ yang besar dan panjang.

sexy pink lady helicorniaTaman saya yang semak samun… kawasan ini bersebelahan kolam ikan talapia dan si ikan kaloi bernama Bulan.  Memang dibiarkan rimbun untuk bagi teduhan dan lembab di kawasan tersebut.  Alasan  malas yang nampak ala-ala  saintifik … hiks!

 

24 Replies to “Exotic Sexy Pink Lady”

  1. cantik bunga…..encik lebah ya,mula-mula tak jumpa……akhirnya nampak hinggap kat bunga yang paling atas ye? tak tahu pulak kak jie kita ni boleh cam jantina seranggga pula kan…hehehe

    1. pokok heliconia ni senang nak jaga..senang nak tanam.
      tengok taman yg bersepah semak mcm tu… biarkan aje..tak pernah berbaja pun

Comments are closed.