Fakta sejarah – asal usul perkataan ‘elektrik’

By Kujie, 05/09/2009 10:21 am
Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang. :lol:

Sumber : e-mel

Random Posts

28 Responses to “Fakta sejarah – asal usul perkataan ‘elektrik’”

  1. Anonymous says:

    hmmm… pinjam artikel pastu hantar balik
    ´s last blog ..KETAM MELAYU KETAM CINA My ComLuv Profile

  2. nuaeman says:

    lepas ni boleh buat satu lagi kategori kak jie.. kategori asal usul hehehe
    nuaeman´s last blog ..Benarkah Syaitan Dibelenggu? My ComLuv Profile

  3. samdaddycool says:

    Jadi lampu kalimatang tu milik si kulup? Kayo anak beranak dia makan hasil royalti
    samdaddycool´s last blog ..Bijak Berbelanja : Jihad Melawan Nafsu My ComLuv Profile

  4. Kak Long says:

    Oooo, jadinya si kulup kalimantang tu lah yang bagi nama!!! :mrgreen:

  5. Najib Hassan says:

    adakah betul? tp terima kasih utk info ini~
    Najib Hassan´s last blog ..Windows Mobile 7 My ComLuv Profile

  6. Lan Bingka says:

    terima kasih kulup.. :lol:
    Lan Bingka´s last blog ..Dah lama tak cuti sakit My ComLuv Profile

  7. catzer says:

    alah..trick gak cite ni..keh keh keh..erm apapun buat aku tersengih gak pagi2 ni
    catzer´s last undefined ..If you register your site for free at My ComLuv Profile

  8. kenari says:

    keh keh keh lawak :grin: sapa yg mai ke tanah melayu terlebih dahulu….parameswara ka atau thomas edison ka. nasib baik depa guna nama “kalimantang”…kalau depa pilih nama kulup makanya kita ada “lampu kulup” la ni noooooo :lol:
    kenari´s last blog ..Larat ke nak makan semuanya… My ComLuv Profile

  9. Tie says:

    Eh…betul ke Jie ?

    Macam tak percaya je…ekekeke….. :lol:
    Tie´s last blog ..Bomoh, Saka dan Menderhaka pada ibu (part 2) My ComLuv Profile

  10. KampungBoy says:

    kalau cmtu,
    pencipta dan pengarang buku teks kena semak balik fakta :mrgreen:
    KampungBoy´s last blog ..“Dia” Baru Meninggal Dunia, Apa Persediaan Kita? My ComLuv Profile

  11. Joe says:

    oh gitu alkisahnya.. pasni bleh la aku cer kat orang kampung supaya berbanga dengan Bahasa Melayu :mrgreen:
    Joe´s last blog ..Blog Teknologi (Bahasa Melayu) Yang Anda Perlu Tahu My ComLuv Profile

  12. megat says:

    bangga, bangga. tak dapat cipta lampu tapi dapat cipta nama pun jadilah kah3.

  13. haritz says:

    entry ini harus aku marah atau gelak kak jie miahahahaha :mrgreen:
    haritz´s last blog ..Minyak Angin Masuk Mata – Aduh!! My ComLuv Profile

  14. blowie says:

    hahaha,mmg trick je ni :P
    blowie´s last blog ..Live – Bazar Taman Melati My ComLuv Profile

  15. tekkaus says:

    Betulkeh itu asal usul electrik? Bingung…Haha :razz:
    tekkaus´s last blog ..7 Movies To Watch During Hungry Ghost Month! My ComLuv Profile

  16. fiezabaiduri says:

    wahh..ada kisah disebalik rupanyer.. hehe..

    err..bai pernah terbaca, kulup adalah salah satu nama yang tidak dibenarkan untuk didaftarkan kepada nama anak. tapi bai lupa bila dan dimana bai baca. mungkin nama/perkataan tu ada makna tertentu kot.huhu..

  17. iza says:

    ooo cam tu rooper rooper nyer hehehe..
    pandai gak KK tu cakap omputeh..trick tuu

    selamat balik kampung kak jie

    p/s: awat lah susah sangat nak masuk blog kak jie hari ni.. puas refresh huhuhu
    iza´s last blog ..Menyayangimu Penuh Seluruh… My ComLuv Profile

  18. shay says:

    ooo… tu la mula asalnya yerk… baru la kita tahu… :lol:
    shay´s last blog ..Aimi di pagi hari… My ComLuv Profile

  19. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Singgah ni pun tujuannya menyampaikan salam

    trick pun tertarik dan menarik maka tak pelik.

    Terima kaseh salam hormat.
    pakcikli00´s last blog ..kesihatan hidup jiwa manusia My ComLuv Profile

  20. kruel74 says:

    Ini lawak Ujang ni (magazine lama tu) macam asal usul nama Pahang. Opah Hang kata orang Perak (atau Kedah?), Ooooo….Pah Hang….
    kruel74´s last blog ..Know how to delegate My ComLuv Profile

  21. Precious says:

    Ha haaa … kiut!!
    Precious´s last blog ..Whats Bloomin in the Garden Today My ComLuv Profile

  22. beliamuda says:

    ele trick je tu.. hehe.. trick juga entri kali ni.. hehe
    beliamuda´s last blog ..Pilihan Raya Kecil – ADUN Bagan Pinang Meninggal Dunia My ComLuv Profile

  23. maza says:

    woo baru ku tahu…

    ishk ishk ishkkkkk…hehehhehee
    maza´s last blog ..Ramadhan: Di Kampung Cacing #2 My ComLuv Profile

  24. Anarm says:

    erkk.. entri ni pn.. err.. ele.. trick je entri ni.. hehee

  25. loq says:

    thomas edison datang tanah melayu?
    :lol: :lol:
    loq´s last blog ..Jom guna DropBox My ComLuv Profile

  26. Eriyza says:

    Camtuh ceriteranya erkkk.
    Baru jer cheq tau. :mrgreen:
    Eriyza´s last blog ..Hadiah Merdeka Untuk Satu Malaysia My ComLuv Profile

Panorama Theme by Themocracy