Fenomena Bulan Berkembar 27 Ogos 2014

Kebiasaannya saya jarang memberi feedback atau ulasan mengenai berita berangkai yang bertebaran di sosial media. Dah lebih 10 tahun hidup di dunia online saya dah cukup bersedia dengan perisai dan tapisan lambakan maklumat.

Biasanya saya akan membuat ‘cross-reference’ dan mencari rujukan daripada pihak yang berautoriti mengenai sesuatu isu. Saya tak akan mudah terima dan sebarkan sesuatu tanpa pengesahan. Saya rasa itu tanggungjawap sebagai seorang yang beragama dan berwarganegara.

Pagi tadi, sekali lagi saya menerima info berulang-ulang di grup whatsapp.

KEJADIAN 2 BULAN PADA 27 OGOS

Kalau dalam bahasa Melayu, terjemahan pesanan berantai ini berbunyi seperti ini

Pada 27 Ogos 2014 akan ada dua bulan. Seluruh dunia sedang menunggu untuk itu. Pada hari ini Marikh akan menjadi sangat terang seperti bulan dan semua orang boleh melihatnya dengan mata kasar. Hari ini ia akan menjadi 34.65 M Miles dari bumi.

Pada hari ini jangan lupa untuk melihat ini pada jam 12.30 malam. Kerana anda akan melihat dua bulan di langit. Peristiwa ini akan berlaku lagi pada tahun 2287.

Sila berkongsi ini dengan semua. Oleh kerana orang-orang yang hidup sekarang tidak boleh melihatnya kali kedua pada tahun 2287.

Yang sebarkan benda-benda seperti ini bukan budak sekolah menengah, bukan remaja belia yang kita boleh faham tahap pengalaman hidup mereka. Yang menyebarkan adalah orang dewasa yang secara logiknya lebih banyak pengalaman dan lebih panjang akal untuk berfikir.

Berbalik kepada isu kemunculan Marikh yang menjadi ‘sebesar’ atau ‘seterang’ Bulan, sehingga kita boleh melihat ’2 buah bulan’ di langit pada tarikh 27 Ogos 2014 ini sangatlah tidak boleh dipercayai.

Saya orang biasa-biasa saja dan dalam pengetahuan saya pada 27 Ogos 2014, tarikh bulan hijrah adalah 2 Zulkaedah 1435. Kalau dah 2 haribulan, mana nak datangnya bulan purnama atau bulan penuh di langit. Jangan hanya ambil tahu bulan-bulan Islam sewaktu bulan Ramadan sebab dan puasa dan bulan Syawal sebab nak raya sahaja.

28 Julai = 1 Syawal, tak mungkin 27 ogos dah bulan mengambang…?   Kalau dah bulan asal pun baru beranak, mustahil akan muncul 2 bulan di langit.  Itu logik yang pertama saya fikirkan.

Mars_hoax_ sumber

Kemudian saya cari maklumat mengenai ilmu falak di Falak Online.  Saya mengikuti laman web, facebook dan twitter Shahrin Ahmad ialtu pemilik portal Falak Online dah lama malah saya suruh anak-anak dan suami follow FB tersebut.

Saya suka astronomi walaupun tak pandai. Saya jenis suka membaca fakta bukan auta.  Apa yang saya baca tu bukannya saya boleh hafal macam nak ambil peperiksaan, tetapi saya suka tengok kiraan, image dan teknologi yang digunakan untuk meneroka alam ciptaan Allah yang terlalu luas. Saya dapat faham sikit pun jadilah, sekurang-kurangnya saya telah membaca dan tahu untuk diri sendiri.

Entri beliau di pautan – Wow! 27 Ogos 2014 ini Marikh akan jadi sebesar Bulan! Best nye! —> Ye ke? telah memberi banyak maklumat yang lebih detail mengenai kepalsuan berita tersebut.  Bacalah entri ini dan nilaikan sendiri kesahihan berita berantai tersebut.  Jangan main sebar saja.

Dan kalau rajin search di internet menggunakan kata kekunci “mars big as moon hoax“, pasti akan jumpa banyak artikel berkenaan ‘berita’ yang sama.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) pun dah nafikan dakwaan kononnya planet Marikh akan membesar seperti bulan dan kemunculan bulan berkembar pada 27 ogos nanti. Jarak planet Marikh pada malam berkenaan iaitu 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari bumi dan bukannya 34.65 juta batu seperti yang telah disebarkan itu.

 

NOTAKAKIKUJIE : 27 Ogos tu  gaji dah masuk…moga itu adalah fakta hahahaha…

  1. Terbaik Kak Jie..

    Selidik sedalamnya sebelum sebar, ye dak?

    p/s: eksaited nak persiapkan “senjata” utk menembak..tapi palsu rupanya
    Jom terjah post menarik dari MK Kimi ..DIY Dry BoxMy Profile

  2. Eloklah kita buat kajian macam sis Kujie tu

    Dalam al quran surah al hujjurat ayat 6

    Lebih kurang begina maksudnya.. Wahai oang beriman.. Jika datang seorang yang fasik membawa khabar berita.. Selidik

    Tahniah. Kerana tidak menjadi penyebar berita kurang tepat.

    Dalam kes lebih teruk.. berita fitnah
    Jom terjah post menarik dari Mazni Azmi ..Jenis Kain Tudung Labuh Dan Ciri CirinyaMy Profile