Hari Bertemu Pelanggan Vol 11

A Letter From Heaven pilihan kali ini.

Salam Kak Jie…
Apa khabaq..sihat ka?

Iza nak cerita ni..Insyaallah raya cina nanti Iza nak masuk umah baru..kunci dah dapat lama dah, tapi Iza tak sedia nak masuk awal, biasa lah cari duit buit grill, pasang kipas lampu.
Kak Jie bagi lah nasihat kat Iza ni, cara elok masuk umah baru.
Kalau pi tgk2 tips kat forum/blog macam2 ada…ada yg suruh azan 4 penjuru laa, kenduri laa, pagar la, haish.
Iza tak mau lah wat benda2 yg ntah apa2… mekasih ^^

Tahniah untuk Iza kerana dah ada rumah sendiri. Alhamdulillah pandai ceq menyusun hidup.  Moga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu.

Saya dah kenal lama dengan Iza, dia pernah bermalam di rumah saya dan saya pun pernah bermalam di rumah dia.  Masa dia merancang nak beli rumah dulu pun kami  ada berbincang sikit², sekadar tanya pendapat. Saya dah beli 3 rumah jadi adalah pengalaman berurusan dengan pemaju, bank dan peguam.

Kalau perlukan pendapat dari pakar yang lebih arif, saya cadangkan bacalah blog matjoe – Investing, Living & Anything. Cari info di bahagian Hartanah.

Bila dah dapat kunci rumah, bermula satu lagi fasa dalam proses pemilikan.  Apa yang perlu dibuat bila dapat kunci, adalah  check segala defect, plumbing ,sanitary ,  pintu, tingkap, lockset. Buat complete defect list dan hantar kepada pihak pemaju dengan segera. Gunakan borang yang diberikan semasa serahan kunci. Biasanya pemaju akan menanggung dan membaiki selama 6-12 bulan bergantung pada perjanjian SAP.

Kemudian bab adat memasuki rumah baru. Kalau tanya 100 orang, dapatlah 100 petua yang berbagai sampai kadang² takut apa yang kita buat tu dah menimbulkan khurafat.

Sebab saya pernah baca ada yang cuci dengan air tanah sebabnya takut anjing masuk ,baca yassin dan renjis semua pintu dan tingkap. Ada juga yang baca ayat Kursi 4 penjuru.

Kebiasaannya bila berpindah ke rumah baru, kita buat kenduri kesyukuran, doa selamat atau orang moden sekarang panggil house-warming . :lol:

Saya pernah berpindah 7 kali sebelum menetap di sini. Tetapi saya tak ada petua . Rasa nak pindah je – terus bungkus kain baju . Macam orang lari rumah!

Kawan² yang ada petua, bolehlah berkongsi di sini.

©kujie – siri Hari Bertemu Pelanggan Vol 1- Vol 10

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. kebiasaannya buat kenduri doa selamat lah.azan,yassin,al-baqarah kalau buat lagi best….(baru tahu)
    tak pernah beli umah lagi, tapi entry dan komen2 disini sememamgnnya berinfo..thanx

  2. tq kasik backlink yang berharga. skng dah tak byk entry pasal property. rasa dh habis idea nk tulis pasal property. Skng dh byk tulis pasal pengurusan kewangan secara general
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Contest- Azam tahun 2011My Profile

  3. pada kebiasaannya kita orang Islam, buat kenduri kesyukuran setelah masuk rumah baru. tanda kesyukuran di atas rezeki yang Allah berikan. benda lain, atas ikhtiar sendiri. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Tips Mudah Untuk Mengingati NamaMy Profile

  4. masa dah berkeluarga saya baru berpindah sekali.dari perlis ke selangor.jauh gak tu, letih kemas barang.
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Perbandingan dengan bisnes lainMy Profile

  5. Bagus gak tu,
    terima kasih sebab kongsi 😀
    Jom terjah post menarik dari dnoBiz ..Peraduan terbaik – Join Je dapat Hadiah Insyaallah tak tipuMy Profile

  6. biasa tengok orang buat doa kesyukuran dan doa selamat je…:D,
    tapi kalau buat bacaan yasin pun lagi bagus
    Ps : hari hari baca Yasin lagi cantik 😀
    Jom terjah post menarik dari dnoBiz ..Selamat kah Kita – Wanita dirompak ketika buka pintu pagarMy Profile

  7. Ini tip dari saya yang saya perna lakukan setelah terima kunci. Saya senaraikan defect dan siap dengan gambar hantar satu salinan mengunakan surat berdaftar kepada pemaju dan satu kepada kontraktor.

    Selalunya berkesan cepat sahaja mereka baiki defect 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Smartphone BlackBerry tidak haramMy Profile

  8. Ini tip dari saya yang saya perna lakukan setelah terima kunci. Saya senaraikan defect dan siap dengan gambar hantar satu salinan mengunakan surat berdaftar kepada pemaju dan satu kepada kontraktor.

    Selalunya berkesan cepat sahaja mereka baik defect 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Smartphone BlackBerry tidak haramMy Profile

  9. Saya pindah rumah baru sebelum bulan puasa tahun lepas. Sebelum pindah saya mmg bertanya kpd ustaz & ustazah di sekolah bagaimana adab masuk ke rumah baru. Antara adam masuk rumah baru :

    1. Azan : Para ulama berpandangan bahawa adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru. Ia juga baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Ada yang berpendapat sekiranya ia dikosongkan lebih daripada empat puluh hari; ada pula yang berpandangan sekiranya ia di kosongkan lebih daripada lima belas hari. Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. Dalam hadis yang lain pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: “Ketika azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri……”

    2. Membaca Surah Al-Baqarah : sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Jangan la kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah”.

    * maaf kak Jie, panjang lebar pulak komen saya ni 🙂
    Jom terjah post menarik dari Laili ..Apa Anda Perlu Buat Bila Facebook Ditutup 15 Mac 2011My Profile

  10. denaihati says:

    Yang terbaik baca surah Al Baqarah dan azan di semua penjuru rumah sebelum pindah selepas cuci rumah kemudian pindah dan buat majlis kesyukuran. Kita membina kediaman bukan hanya sekadar rumah.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Kena cuci ke telur ayamMy Profile

  11. Jangan lupa ambil gambar rumah sebelum pindah masuk. Untuk buat rujukan masa akan datang -dah banyak mana buat renovation sejak mula-mula masuk etc.
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..How to make a Facebook landing pageMy Profile

  12. petua paling mujarab ialah jemput maza makan ayam panggang dgn pulut kuning gitew…..

    arrggkkkkk.. burp! dah kenyang.. heheeh
    Jom terjah post menarik dari maza ..Taman Orkid- Kuala LumpurMy Profile

  13. samela kita kak.. pindah umah aci masuk je! takde pk nak ‘pagar’ ke ape ke…

    cukup dengan cuci bagi bersih, bismillah.. masuk umah! hehe

    house warming??

    takat kami berdua jela yang memanaskan umah! wakaka
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..Sila duduk Anda akan dilayan SEBENTAR lagiMy Profile

  14. Kak Jie mmg laa camtu, Iza tau dah hehehe..
    Buleh buleh mai lepak, pastu pi bleh soping noh :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Sejauh Perjalanan- Seluas Pandangan- Noktah Hidup Tetap MisteriMy Profile

  15. Mekasih Kak Shah… Tengah tunggu lah ni, sape2 yg tengah mencari boleh ler mai coba try test merisik 😳
    Kalau ada yg sesuai, Insyaallah Iza terima dengan senang hati 😎

  16. yieza..tips dari matjoe memang terbaik..tengah belajar ngan dia pasal rumah2ni..
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Adakah Fara Fauzana Masih DaraMy Profile

  17. petua mcm2 tu kuji 🙂

    Saya rasa cukup pastikan ciri keselamatan. Kalau jiran-jiran masih tak ada tu, mungkin elok tunggu sikit kot. Dah agak2 meriah, boleh la.

    Petua basuh ngn air tanah itu merepek. Saya selalu ingat, syak takkan dapat membatalkan hakikat. Takut2 anjing masuk adalah sejenis ‘syak’ atau bhs Arab Zonn, Allah ckp sesungguh Zoon la yughni minal haqqi syai aa… iaitu sebarang sangkaan tidak memberi kesan apa2 terhadap yg hakikat. Jadi cukup kita cek rumah tu, kalau betul ada tahi anjing, basuhlah pakai air tanah, atau kalau mahu moden, basuh pakai sabun antibakteria sekali.

    Anyway, selamat masuk rumah baru. Semoga menjadi rumahku syurgaku. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Fake Doctors- where are the moral valuesMy Profile

  18. kalau pindah2 rumah ni..xtau la plak p biasa kenduri kesyukuran je la kan? better tanya mana2 ustaz, bukan bomoh ek. kang ntah pa2 bomoh tu pesan. hehe..

    tapi ayat kursi tu bagus, untuk melindungi dari benda2 halus.

    btw, thanks kak jie sebab singgah blog za. :mrgreen:

  19. syafiq.net says:

    mula2 kene buat party!! woot woot~ 😆 party ajak jiran tetangga dan khariah segala bagai. biar kenal semua :mrgreen:

    tapi sebelum jemput orang tu kene la bersihkan rumah dulu. selalunya orang akan baca quran dalam rumah. biar keluaq semua benda tak bagus tu 😀 nak mudah yasin. nak mudah lagi ayat kursi.

    lepas tu doa agar rumah dan kawasan tu adalah rumah dan kawasan yang membawa kebaikkan untuk kita dan keluarga 🙂

  20. Bab bersihkan rumah, cuci tu memang perkara wajib
    kena tengok tandas – takut simen keras dalam tu

  21. mak tak pernah cerita ke..atau sedara mara yg pindah rumah baru..biasa dia org buat apa

  22. wah…. rancang projek tahun 2011 ye cikgu
    moga semuanya dipermudahkan Allah

  23. tak berani nak tanya soklan tu….hehe 😆
    nanti kita leh p lepak2 tidur baring kt rumah baru dia

  24. akan akan datang, jangan lupa jemput kita orang 😆

  25. buat doa selamat.. pastu jemput la jiran2 kat situ.. dapat gak berkenalan dan beramah mesra..
    Jom terjah post menarik dari Ezany-Kun ..24-7 Support KononMy Profile

  26. Petua dari org muda macam jai ialah saya berjanji akan jaga kebersihan..hu3. Xde kena mengena.. Teringat pulak time pindah tingkat 5, xde lift nak ngangkat brg naik tangga hanya 2 org.. 2 hari mc x dtg kje…ngeee…
    Jom terjah post menarik dari deCrewz ..Facebook Ditutup Sebab Kena HackMy Profile

  27. Sama juga seperti aRol, biasanya bila masuk rumah baru, apapun kita cuci aa dulu rumah tuh, dari kotoran2 orang pakai kasut sebelum ni, sebab tak seronok gak rumah berdebu atau kotor jer, dan lepas tuh buat sembahyang hajat, minta Allah lindungi kita. Ini apa yang dibuat waktu pindah rumah kat sini tempoh hari.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Puisi Kehidupan- Puteriku 3My Profile

  28. salam,
    biasanya sebelum masuk rumah baru basuh lantai dulu (macam orang bangun pagi mandi dulu) pasal kotor bekas tapak kasut kan, pastu sebelum pindah masuk buatlah sembahyang hajat (panggil orang surau) mintak selamat semuanya…
    Jom terjah post menarik dari aRoL ..Nurin Back To Tadika2011My Profile

  29. pemuda mungkin saya ada..petua takde lagi..maklumlah duduk rumah mak lagi :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari aizuddin ..Keputusan Anugerah Juara Lagu 25My Profile

  30. tengah isi borang pinjaman rumah..hehe..nak ke matjoe lah tengok panduan..TQ kak jie
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Menghadapi Krisis Minyak Masak Secara SihatMy Profile

  31. tahniah iza! rumah dah ada, kereta dah ada, kerja pun dah stabil, bila lagi nak ada teman sehati sejiwa mcm kak jie kita nie 😆

  32. hmm. baru pernah pindah sekali. tapi tak ingat lak parents buat apa time pindah dulu. tau-tau dah sampai kat rumah baru. =P
    Jom terjah post menarik dari aman ..Android Honeycomb Akan Menyokong Telefon Pintar dan TabletMy Profile