Hujan Sumber Utama Hari Air Sedunia 2011

22 Mac 2011 adalah Hari Air Sedunia 2011 dengan temanya Air Untuk Bandar: Keperluan dan Cabaran.

Janda Baik, Jun 2009

Air adalah antara khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Air menjadi unsur penting yang diperlukan oleh manusia dan seluruh kehidupan ciptaan Allah SWT.

Secara umumnya, sumber air di negara kita diperoleh dari air hujan. Hanya 10 peratus sahaja air yang diambil dari sumber air bawah tanah.

Negara kita dianggarkan mengalami purata hujan tahunan sebanyak 3000 mm dan purata kuantiti hujan tahunan sebanyak 990 bilion meter padu dan dikategorikan sebagai negara yang kaya dengan sumber air bagi memenuhi kehendak dan permintaan untuk aktiviti kehidupan harian.

Walaubagaimanpun, kesan daripada tabiat negatif manusia serta kemajuan sains dan teknologi yang kurang terkawal, telah menyumbang kepada kerosakkan sistem yang membekalkan sumber air mentah.

Marilah sama-sama kita menjaga khazanah alam ini dengan sebaik mungkin. Semoga sambutan tahunan ini dapat memberi impak dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuankita berhubung kepentingan pemeliharaan, pemuliharaan dan perlindungan terhadap sumber air .

Saya ingin berkongsi entri Angah – airmata mama.  Dia telah menerangkan tentang bentuk air hasil dari pemerhatian sebuah iklan di tepi jalan.

Air yang menitis itu,  betul ke bentuknya seperti teardrop? Bentuk tajam di atas?

Sebenarnya tidak kerana masa air jatuh, ada rintangan angin yang menjadikan bentuk  air sedikit penyet. contoh seperti gambar di bawah.

Rupanya bentuk tajam ke atas ( teardrop ) tu hanyalah an optical illusion semata-mata… jadi, berhentilah berilusi :lol:

©kujie – hujan mencurah² seawal pagi tadi meraikan hari air!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. a’ah… kalau layan mata ni memang bestkan akak…. 😆
    Jom terjah post menarik dari shay ..Kata PepatahMy Profile

  2. abrablog says:

    emm..memang. Tanpa air, manusia susah nak hidup kat bumi ni..

  3. hehhe kak jie 😛
    Jom terjah post menarik dari suffer8zine ..Gambar Sebelum Dan Selepas Tsunami Di JepunMy Profile

  4. xleh byg kemarau mcm kt afrika tu. kt kL ni kalau 5-6 hari tak hujan tu pun dah rasa panas terik yg melampau dah.
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Mewarisi Jutaan Ringgit – SCAM LAHANATMy Profile

  5. sejuk nyq…….tengok pun dah takut;takut sejuk

  6. skgni nak dptkan air yang bersih payah dah…byk pencemaran..air yg ada skgni pun byk klorinnya… 🙁
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Iran berjaya cipta piring terbangMy Profile

  7. Bab nasi cepat basi tu memang terbukti…sendiri alami
    Bab air telaga tu….berbelas tahun guna air telaga juga…telaga dalammmm……….sejuk sebab kawasan bukit

    air dia sedap

  8. fareiyka says:

    trimass akak. . 😉
    Jom terjah post menarik dari fareiyka ..HARI AIR SEDUNIAMy Profile

  9. itu anak Kak Jie yg cakap…kita tak nampak secar mata kasar sebenarnya… logik dari segi fizik 😆

  10. Kita tak pernah alami kemarau xtrem, jadi tak rasa sgt, kempen sekadar kempen, jarang sgt betul2 insaf…bukan orang lain..diri sendiri ni pun 😐

  11. owhhh…tu band! tak basah! 😆

  12. hehehe… kalau cuti sekolah lagi kan best
    ini hujan ribut pun kena keluar hantar intan juga 😆

  13. Kita mewah dan tak rasa susah, jadi tak terfikir macam mana perit kalau sumber air terhad.

  14. Kena jadi YB ni – jadilah calon nanti kami vote!

    itu word angah – dia mcm2

  15. Air telaga sedap ….. tapi dalam nak timba.

  16. kadang2 terbabas juga..maklum kita biasa buka paip je air menderu2.

  17. sampai ke petang ni shay…. kejap on kejap off
    gerimis mengundang je

  18. kalau nak print letak bawah bantal wat modal mimpi mlm nanti pun tak pe…hehe 😆

    ambil je… ini perkongsian

  19. fareiyka says:

    akak,, saya nak pinjam entry ni boleh tak ?? saya akan masukkan link ke belog ni sekali cos saya ada join pertandingan mypengguna. . hope akak tak kesah. .

  20. betul sangat la tu kak, dari pagi tad hujan, sampai sekarang…

    masa keje tadi rasa malas jerk, dr pun kata dia rasa nak tido jerk… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari shay ..Dah Ada Di RumahMy Profile

  21. Mrs.Ayie says:

    Hargai air, pelihara kebersihan sumber air. Bayangkan kesusahan orang di Jepun untuk dapatkan bekalan air bersih sekarang ni. Jadi terasa insaf , dan tak nak bazir air dah.

  22. teringat masa kecik-kecik dulu, kat felda takda air paip. so mandi air perigi je.
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Adenovirus- Seorang lagi mautMy Profile

  23. huhuhu…

    maza sedang berusaha dan memujuk org kampung agar memelihara sungai temiggol yg itew.. demi kesejahteraan bersama kaedahnya….

    word optical illusion.. hahaha best best best.
    Jom terjah post menarik dari maza ..Langkah-langkah Baharu Kad Kredit bagi Menggalakkan Pengurusan Kewangan yang Berhemat dan Amalan Perniagaan yang BertanggungjawabMy Profile

  24. Sekarang ini hendak mandi air terjun dan air sungai bimbang kerana penyakit air kencing tikus.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Patut seluar koyak sebab punggung bertajiMy Profile

  25. hujan lebat rasa nak tarik selimut semula dan suruh suami pergi kerja sendiri..

    tapi itu semua hanyalah khayalan semata – mata 😆 😆 😆
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..kucing bertinjuMy Profile

  26. hehe berbeza pula debgan hujan yg ade i blog saya kak jie 😛
    Jom terjah post menarik dari suffer8zine ..Gambar Sebelum Dan Selepas Tsunami Di JepunMy Profile

  27. air nadi kehidupan. patut hargainya
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Mewarisi Jutaan Ringgit – SCAM LAHANATMy Profile

  28. oo cam tu cerita pasal airmata, tak tau pun sebelum nie. Thks

  29. kak jie… dulu2 susahnya kita mengangkut air dari telaga. airnya pun bersih. bila masak nasi pun lambat basinya. la ni dah banyak klorin, beras cepat serap klorin. sebab tu org dulu2 awet muda & cergas ye.
    Jom terjah post menarik dari Adzriel AB ..Perempuan simpananMy Profile