Karam berdua, basah seorang

Minggu lepas saya terima 2 pertanyaan mengenai Peribahasa. Saya sendiri pun ingatยฒ lupa. Saya ingin berkongsi beberapa peribahasa yang menarik dan jarangย  ditemui..

  1. Khabar jauh didengar-dengar, khabar dekat difikir-fikir – Apa pun berita yang didengar selidik dulu kebenarannya.
  2. Gunting makan di hujung – Kata-kata yang sopan tapi tajam maknanya.
  3. Ular dipukul biar mati, kayu pemukul jangan patah,tanah dipalu jangan lembang – Menyelesaikan masalah dengan cara bijaksana.
  4. Orang menunggu perigi bilakah ia mati dahaga – Orang yang hampir dengan orang yang berilmu atau kaya tidak mungkin menjadi bodoh atau susah.
  5. Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga – Jika merajuk dan membawa diri sekalipun, seseorang itu akan kembali juga kepada kaum keluarganya.
  6. Lalang tak dapat menghalang peluru – Orang kecil tidak dapat menahan kehendak orang yang berkuasa.
  7. Hendak mengepal pasir kering – Susahnya menyatupadukan orang yang berlainan pendapat.
  8. Ikan belum dapat, air sudah keruh, jala sudah koyak – Objektif belum tercapai, macam-macam masalah sudah terjadi.
  9. Di mana ranting dipatah, di sana air disauk – Hendaklah menurut adat-istiadat negeri yang didiami.
  10. Tempayan yang penuh tidak akan berkocak airnya – Orang yang berilmu tidak banyak bercakap.
  11. Tegak pada yang datar – Berpegang pada yang benar.
  12. Seperti ayam mematuk anaknya – Memarahi anak bukan kerana benci tetapi hendak menjadikan mereka manusia yang berakhlak mulia dan berguna.
  13. Rosak bawang ditimpa jambak – Kerosakan seseorang itu disebabkan oleh kelakuannya sendiri.
  14. Pandai menyelam di air dalam – Pandai menyesuaikan diri.
  15. Meniup api di atas air – Melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar.
  16. Lihat anak lihat menantu – Kalau melakukan sesuatu fikirkan juga kesannya pada orang lain
  17. Lebih ikan kerana sirip, lebih burung kerana sayap – Tiap-tiap pakar ada kelebihan.
  18. Kilat dalam kilau – Maksud yang terselindung.
  19. Akal tak sekali datang, fikiran tak sekali tiba – Sesuatu cadangan pekerjaan itu jika ditimbang dan dihalusi lama-lama, semakin elok keputusannya.
  20. Karam berdua, basah seorang – Perbuatan yang tidak adil dan berat sebelah.

Nota : lembang = lekuk pada tanah

Kalau ada lagi, bolehlah tambah ye…

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Thanks Jie. Tak pernah dengar peribahasa ni sebelum ni. Haii… untung opah duduk dekat telaga.

    ODs last blog post..H1N1 Betul!!!

  2. ish tajuk entry. ngeee ngeri dengar hahha.
    mama,to be honest semua peribahasa yang mama listkan tu,
    semua yonna x penah dengar T___T kasihan kan>
    thnx for sharing ma!

    yonnas last blog post..kenangan pisang goreng T___T

  3. Kebanyakan peribahasa kali memang baru bagi saya…..anyway boleh jadi idea ketika berbicara ngan member….sure gempak….pengetahuan am camnie perlu dimasyarakatkan supaya ia berkekalan penggunaanya….

    hazman aka species1980s last blog post..Tidur lebih lena

  4. sumpah xpernah belajar pun masa sekolah dulu..
    thx u 4 da ilmu kak jie.. ๐Ÿ˜€

  5. yang no 2o tu simbolik …

    karam berdua , basah seorang

    agak agak sama tak dengan

    makan berdua , kenyangnya seorang ๐Ÿ˜†

    • @pB, kadang2 tuk kawan2 rapat kena guna yg no #2 tu..

      cubit sayang…

      erk…. sama le tu…

      bB bg ayat ‘makan dalam ‘ tu ๐Ÿ™„

  6. woodstacker says:

    suka sgt peribahasa..boleh perli orang dalam nada yang lebut…

    woodstackers last blog post..fmb3- my precious treasure

  7. semuanya neeza tak pernah dengar.. tapi bagus maknanya.. boleh diguna pakai.. ๐Ÿ™‚
    kak Jie dapat mana yek peribahasa ni?

    Neezas last blog post..Takde update?

  8. ada yg x prnh dengar..

    sungguh kurang ilmu ku..

    kuinas last blog post..Sungai Tupah Yg Tertumpah

  9. Topik kak Jie nih patut dirujuk
    dek Mr Karam Singh Walia. ๐Ÿ˜€

    Eriyzas last blog post..Setahun Dalam Kenangan

  10. Woot! Lama take tengok beberapa perkataan sana… ๐Ÿ˜† Masa untuk bertutur dalam bahasa BM lah~

  11. ini list kena masuk stpm spm teks books.

    nak tanya skit… apesal title guna yg no 20 tu?…karam karam ni karam singh wallia ke?

    AyKays last blog post..Bacaan Al-Qur’an, Doa dan Sedekah kepada si mati

  12. dari no 1-20, jarang sungguh saya dengar peribahasa2 tuh.. ๐Ÿ˜†

  13. teringat me pada karam singh walia ittewww.. salam kak jie

  14. Salam hormat wahai kujie.

    Makan berdua, kenyang seorang. Suami dan isteri yang melakukan senggama, tetapi suami sahaja yang merasa puncak nikmat.

    Abang Longs last blog post..KISAH SEKS (3) TEGANG dikendurkan.

  15. Banyak yang saya tak tahu. Bagus untuk pengetahuan am.

    blinkkys last blog post..Top 5 Free File Hosting

  16. wah kak jie ada buku yg sama macam karam singh tu yer :mrgreen:
    unik dan memang tak pernah dengar ni kecuali yg last tu macam familiar dah hehe..

    izas last blog post..Dimensi…

    • @iza, tak de… ada la simpan draft dulu2…katanya nk buat rujukan bila nak buat entri ‘makan dalam’

      tapi tak pernah pun berjaya…hahaha :mrgreen:

      • @Kujie,
        kak jie tengah bersantai sambil minum teh yer..? sup makaroni ada lagi tak….nak ๐Ÿ˜€

        izas last blog post..Dimensi…

        • @iza, nak pergi kelas la ….tgh berpeluh siap itu ini..masa ni la nk cari kitab…kahkah…blk je campak atas almari…kata usrazah :mrgreen:

          hari ni turn kak jie bawa makanan…tu yg buat sup makaroni tu….utk lebih kurang 30 org..

          dah buka email…cepat arr nnt sejuk….hehe :mrgreen:

  17. waduhh…..best sungguh peribahasa ni ler..

    heheh, cikgu.. maza nak kidnap boleh?!

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    • @maza, ada banyak…tapi sy pilih yang betul2 jarang dijumpai..

      utk kongsi sesama kita…mana la tau ada org nak buat entri berkias2 :mrgreen:

  18. Karam Singh Walia patut masuk blog kak jie ni dan baca serta salin peribahasa2 ni utk menambah koleksi dia.

    TokNabes last blog post..Alim Alim Kucing

  19. kena take note ni,berguna utk SPM… thx :mrgreen:

    blowies last blog post..Aku perlukan KNO3! + Projek Pariยฒ

  20. Fuih, ni peribahasa2 jarang dengar nih. Masa sekolah dulu pun takde… :mrgreen:

    kruel74s last blog post..What is SEO? (an amateur blogger’s understanding)

  21. semua saya belum pernah dengar.. sampai 20 tu.. bagai mencurah air ke daun keladi tu tahu la..hehe

    izzats last blog post..Beware Of This Conman: Mohd Izani M. Bakri

    • @izzat, tak biasa gunakan utk buat karangan…samalah…kak jie pun ๐Ÿ˜ฅ

      • Kak Jie… banyak nye peribahasa. bagus untuk disimpan ni.
        maklum le orang kite sekarang ni makin hilang bahasa sopan
        nye.. kalau nak marah orang… kompom direct to the point.
        tadek tapis tapis macam citer tuah dengan jebat…

        bahasa kiasan pujangga bangsa makin dilupakan… hehehe
        giler… walaupon nampak cam janggal untuk diguna pakai
        pada zaman ni.. tapi aku suke buat koleksi peribahasa macam ni.
        syok…

        thanks akak~

        Kreugers last blog post..Kedaulatan seolah dicabar!

        • @Kreuger, memang ada banyak yang kita janggal dan jarang jumpa..tapi bila di telek2….. lembut dan penuh sopan santu bunyinya…begitu tinggi bahasa warisan kita.

          berlapik berkias …Hilang bahasa lenyap bangsa