Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.
Awal pagi tadi saya baca muka depan kosmo mengenai 11 anak jutawan syarikat bas Ekspress Mutiara yang menfailkan tuntutan harta sepencarian ibu mereka.
Saya tak nak ulas kes keluarga tersebut kerana saya beranggapan mereka sedang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Selagi masih hidup, baik selesaikan apa yang perlu.

Hari ini saya nak berkongsi senarai ahli waris yang layak menerima harta pusaka seperti yang tertera pada laman web mais.net.my
Senarai Waris Yang Layak Menerima Harta Pusaka
Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.
Waris dari pihak lelaki seperti berikut:
- Anak lelaki
- Cucu lelaki dari anak lelaki
- Bapa
- Datuk
- Saudara lelaki dari seibu sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
- Anak saudara lelaki sebapa
- Bapa saudara seibu sebapa
- Bapa saudara sebapa
- Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
- Sepupu dari bapa saudara sebapa
- Suami
- Hamba sahaja
Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
- Bapa
- Anak lelaki
- Suami
Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka ialah:
- Anak perempuan
- Cucu perempuan dari anak lelaki
- Ibu
- Nenek sebelah ibu
- Nenek sebelah bapa
- Saudara perempuan seibu sebapa
- Saudara perempuan seibu
- Saudara perempuan sebapa
- Isteri
- Petuan perempuan bagi hamba sahaja
Jika kesemua ahli waris di atas wujud, hanya 5 orang yang layak iaitu:
- Anak perempuan
- Cucu perempuan dari anak lelaki
- Ibu
- Saudara perempuan seibu sebapa
- Isteri
Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris yang berikut:
- Bapa
- Ibu
- Anak lelaki
- Anak Perempuan
- Suami / Isteri
Info ini bukan keperluan kepada saya sahaja tetapi kepada semua kita. Anda mungkin anak kepada seseorang, bapa saudara kepada seseorang atau abang/adik kepada seseorang.
Jangan beranggapan keluarga tidak berharta kerana harta meliputi tanah, bangunan, barang kemas ( emas dan perak ), insurans dan wang tunai dan akhirnya binatang ternakan. Kambing dan lembu itu juga harta yang boleh difaraidkan.

Hubungan keluarga bukan sahaja ibu, bapa dan anak-anak tetapi diri kita sebagai individu kepada orang lain atas status sebagai bapa/ibu saudara, sepupu , cucu , nenak saudara sebapa dan lain-lain.
Kedua ibubapa saya menjadi anak yatim sejak kecil dan atas bebapa faktor seperti kesempitan hidup, infrastruktur perhubungan di zaman itu yang agak terhad, kami tidak mengenali secara dekat susur galur keluarga. Sampai kini kami hanya ada maklumat yang kabur mengenai harta pusaka.
Post Lain Yang Berkaitan:


atau boleh juga secara hibah(hadiah) kan kak jie..
boleh nyatakan terus berapa banyak kita nak bagi
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..My Happiest Moment
yang tak kawin lagi boleh ke buat wasiat?
Saya pernah pergi kursus faraid masa kerja di MAIAMPk (terima kasih MAIPk). Memang seronok belajar faraid. Penting dalam kehidupan kita. Penceramah itu ada menerbitkan buku mengenai faraid juga. Saya dah lupa namanya. Namun saya ingat kata-katanya…. Ilmu faraid senang dipelajari tetapi senang dilupai..molek kalau akak buat begini. Boleh umat Islam google nanti.
Jom terjah post menarik dari eddy ..“Kontest : Saya Nak Menang Hadiah”
Dah lama azam nak buat wasiat tapi perlaksanaan nya yg tertangguh-tangguh lagi. Ada ke daftar wasiat online?
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Wang Bantuan Rakyat RM500 jadi RM5000
banyak orang bergaduh sesama adik beradik kerana tak de wasiat dalam keluarga saya.. tu mak saya cakap.. awal2 lagi dia nak buat wasiat supaya tak de la berlakunya perebutan kamia dik beradik suatu hari nanti walaupun memang tak de pon kami kisah pasal harta mak ayah…
Jom terjah post menarik dari Amni ..Jangan Dilambatkan Kahwinnya…
penting ni. Kena ambil tahu. Jangan buat dek aje. Kang tak pasal, gaduh rebut harta..
Jom terjah post menarik dari titan ..Edisi Siasat – Buat Duit dengan CPM.biz
sebabkan harta keluarga boleh pecah belah kan…walaupun wasiat dh dibuat…blh lagi ahli keluarga yg bantah…sebab tu walaupun harta byk tp hidup tk gembira sebab tak diberkati ambil harta org lain…kan kak jie
Jom terjah post menarik dari syamila ..Tahniah Terengganu & Selangor : Piala Malaysia Akhir
Membuat wasiat adalah baik demi keselamatan keluarga drpd jatuhnya harta pada yang tak sepatutnya dapat, tapi yg paling penting adalah pembahagian harta secara faraid dlm hukum Islam. Itu lebih utama bagi mendapat harta secara adil dan saksama.
Jom terjah post menarik dari sensasi2020 ..“Kontest, Saya Nak Menang Hadiah”
kak jie, yg waris dari pihak lelaki no 14 tu rasanya hamba sahaya bukan hamba sahaja..
kkdg banyak harta pun susah, lagi-lagi mereka yang hidup ni tidak membahagikan harta itu dengan betul.
Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Ajaran Sesat dan Fahaman Sekularisme di Malaysia
Masa arwah mak meninggal dulu, pembahagian harta dibuat dengan bantuan Amanah Raya. Alhamdulillah, semua pembahagian dilakukan dengan lancar kepada waris yang berhak. Ada juga harta yang tidak ada dalam rekod kami pun semuanya disenaraikan dengan jelas.
Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.com
dalami ilmu faraid kalau nak bagi harta dengan adil dan diberkati.
Jom terjah post menarik dari ROJAK ..Cooking Oil Crisis in Sabah Ongoing
Assalamualaikum,
Seeloknya, buatlah wasiat. Kalau rasa susah sangat, pergi je ke amanah raya, hanya bayar dalam 200-300 sahaja, insyaallah mereka boleh selesaikan. Boleh pinda seberapa kali nak pinda pun.
Walaupun kita wasiatkan, masih juga perlu ikut hukum faraid. Contohnya; katalah kita nak sedekah semua harta benda kita selepas meninggal tanpa bagi sesenpun kepada waris, wasiat sebegitu tidak akan dijalankan oleh amanah raya. Depa kata, kalau nak sedekah, buatlah sedekah masa hidup. sedekah selepas mati tu hanya dalam jumlah tertentu sahaja mereka boleh buat.
Errr…jangan lupa juga, tulis berapa banyak hutang belum langsai (yang insuran tak cover), kelak waris tak tahu, susah juga seperti loan PTPTN, hutang puasa, hutang dengan orang perseorangan, hutang ceti, hutang budi…hutang cinta boleh? Opssss, terbabas sudahhhhh!
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Masih Haru Biru
keluarga saya pula , semasa kecil2 ayah dah meninggal dunia , so harta pusaka semua di pegang oleh pakcik2 dan paksu , tapi sampai ke besar kami tk dpt apa2 harta pusaka pun , mak cakap biarlah depa tak nak bagi .. depa tak faraid panggu ayah kami .. nanti tanggung ler.. memang tahu hak2 tapi malas tuntut nanti adik beradik bermasam muka payah betul kan kakjie..
Jom terjah post menarik dari puanbee ..Segmen : Kenapa nickname saya begini ?
Indahnya Islam… Dah siapkan susur galur utk harta… Tinggal nak apply ja… Senang hidup jadi Muslim..

Jom terjah post menarik dari lAl ..Tak perlu jadi BODOH masa kahwin.
Setuju sangat2…aku pun nak buat jugak lerr, masa kita hidup kita x akan sangka perkara2 yang tak mungkin terjadi akan terjadi selepas kita tiada…
Jom terjah post menarik dari yas ..China Rambo
Post berguna untuk semua…aku pun nak buat wasiat la…
Jom terjah post menarik dari zack ..10 KELEBIHAN COCA COLA
Bab harta ni sangat bahaya, kalau dulu adik beradik boleh baik, tapi bab harta boleh gaduh…
Jom terjah post menarik dari arena84 ..Akibat Suka Meniru (Serius Lawak!)
tapi wasiat yang dibuat pun kena adil..kalau x still akan bergaduh jgk kan…:)
Jom terjah post menarik dari aibat ..Bola Euro 2012
last week ada tengok tanyalah ustaz pasal pusaka ni jugak. baru tau beratnya isu pasal pusaka ni… dan memang perlu ada orang yang bersuara untuk selesaikan urusan pusaka ni dalam keluarga. sebab boleh kata setiap keluarga kat malaysia ni ada masalah pusaka tertangguh ni…
Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..abang yang sayangkan adiknya
Abaikan komen terdahulu itu, saya terlupa isi details tadi…
Arwah abang saya meninggal tanpa seorang anak. Urusan harta beliau sampai sekarang tertangguh-tangguh kerana campur tangan orang yang merasa dia lebih berhak.
Memang kalut jika masing2 tidak faham undang-undang.
Pengetahuan saya tentang bab harta warisan masih nol besar, tidak tahu begitu banyak.
Ternyata dari postingan anda, Islam telah menjelaskan pembagian harta warisan secara adil dan mendetail.
Trims untuk ulasan ini Kak Jie..
Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Meningkatkan Ranking Alexa
11 adik beradik tu nak tuntut harta sepencarian iaitu hak arwah mak mereka dalam semua aset atas nama syarikat ayah…susah juga kak soal harta sepencarian ni, kalau tak wasiatkan kena ikut hukum faraid…
Jom terjah post menarik dari azura ..Apa itu riba dalam sistem konvensional
Bab harta ne lah kebanyakan punca keluarga berpecah-belah disebabkan wasiat yang ditinggalkan takpun takde wasiat,sekurang-kurangnya dengan wasiat ne boleh memberi manfaat kepada arwah empunya tersebut
Jom terjah post menarik dari Andy ..The perfect way on how to prepare for a phone interview
pompuan pun ada bahagian dan tanggungjawap tersendiri – tiap orang dari kita ada status kedudukan yang mana… ada turutan waris-warisnya.
p/s pic tu kt kundasang. view gunung kinabalu…suka letak gambar family dari cari gambar kt luar….
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Suruh Tanya, Tapi Tak Jawap
kadang-kadang orang tua-tua tak bagitau pun banyak mana harta mereka ada pada anak-anak..lepas meninggal jadi masalah pada anak-anak nak bahagi harta..
mak mertua saya hidup lagi..tapi semua tanah-tanah dah dibahagikan untuk 10 orang anak..siap meeting bagai dengan semua anak setuju tak dapat bahagian yang dibagi tu..tapi anak sebagai penama kedua je la..sebab mak hidup lagi..mak mertua kata “nanti mak mati korang jangan nak bergaduh putus sedara sebab harta pulak. tak tenang mak dalam kubur nanti”
sedih pulak dengar..tapi saya tak berani bincang bab-bab harta dengan mak ayah saya..takut pulak dikata anak yang gila harta..tak pun adik-beradik yang kata..
Itu kalau keluarga yang jelas – ada kes anak yatim piatu sejak kecik dan orang yang bertanggungjawap juga sukar dikesan..benda ni sikit demi sedikit menyebabkan banyak harta orang Islam terbiar dan tidak jelas pemiliknya.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam Perhubungan
kadang2 suami isteri pun tak tahu harta sebelah pihak lain dengan maklumat yang cukup . Ada keadaan urusan kemudian hari berlangsung dengan sebaiknya tetapi siapa kita untuk menjangkakan keadaan sebaliknya.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Blogger Dulu-dulu
Kita ambil je kisah kehidupan orang lain untuk uruskan keluarga kita… kesilapan yang mungkin boleh dielakkan supaya tidak berlaku pada kita , moga².
step pertama – beri perhatian pada wasiat dan tahu kedudukan diri – sebagai anak, suami isteri, sepupu, bapa saudara anak saudara..atau apa saja yang melayakkan kita sebagai waris harta.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Blogger Dulu-dulu
ada baca jugak berita tu…
harta berjuta pun jadi masalah, tp kurang manis bawa kes ke mahkamah…
hubungan anak-ayah jadi renggang bila kes dah ke mahkamah…
Banyak maklumat tentang entry nie, berapa banyak harta rizab orang Islam sekarang yang tersadai ,kerana tidak ada kesedaran tentang kepentingan wasiat, salah satunya ialah mitos bahawa kalau buat wasiat nie dah dekat nak mati,

Jom terjah post menarik dari LoveHijau ..Bagaimana Nak Tapis Video U Tube Buat Anak Anda
Orang tua-tua dahulu walaupun buta huruf mereka buat wasiat bertulis untuk anak-anak. Kita yang celik ini kurang mengambil hal berkaitan wasiat kerana beranggapan pembahagian mengikut faraid.
terima kasih atas perkongsian ni k.jie..memang tak ambil pusing sangat hal ini..sebab awalnya pikir “bukan ada rete sangat”..tapi “harta” ni “luas” kan..kena jugak lah amik pusing…
p/s pic last tu sangat harmoni dan pemandangannya sangat cantik lah..kat mana tu?
Jom terjah post menarik dari cikmin ..Diugut oleh budak kerana Ana Muslim
arwah atok dulu dah bahagikan semua tanah kepada anaknya, harta yang mana ada pun dah bahagi. tapi rupanya ada lagi yang tak bahagi. masa raya lepas baru bahagi lagi. tapi ada yang tak mahu. so sedekah terus. tapi syukur sebab tak de gaduh2.
tapi satu je la. kalau saya… rasanya nak kene besarkan tempat parking. tiap kali raya, kompem penuh tak muat nak parking kete. anak berbelas

Jom terjah post menarik dari syafiq_lomotech ..UI Mana Pilihan Anda
Sementara masih hidup ni,elok kita buat wasiat,bila dah tak ada nanti anak2 bergaduh rebut harta.
Thanks Kak Jie ingat mengingati.
*yang isteri 2 susah gak tu nak bagi2kan harta

Jom terjah post menarik dari Azman ..Bila toyol pandai menulis