Pengetahuan Am

Kesilapan Soalan Bahasa Melayu PMR

1) Soalan nombor 20 yang berikut:

Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. (TIADA JAWAPAN yang tepat). Sepatutnya ada jawapan “Indah sungguh atau Sungguh indah”.

A. Amat terindah
B. Sungguh amat indah
C. Amat sungguh terindah
D. Sungguh amat terindah

Jawapan A salah kerana imbuhan ‘ter’ adalah bersalahan. Jawapan B, C dan D itu tidak boleh diterima kerana ‘kata sifat super’ berulang-ulang. Perkataan ‘amat’ menunjukkan ‘sifat bersangatan’ (superlative) dan perkataan ‘amat’ juga menunjukkan ‘sifat bersangatan’ yang sama. (Namun , kalau ingin diterima ; boleh dirujuk jawapan “B“).

2)  Soalan nombor 23:

Semua jawapan adalah bersalahan dari segi etika penggunaan tata bahasa, khasnya dalam peperiksaan penting ini. Perkataan ‘banyak orang’ yang digunakan dalam semua jawapan adalah salah, yang mana sepatutnya di ganti dengan ‘ramai orang’. ( Namun dari segi maksud ; sememangnya jawapan “‘A”‘ paling hampir untuk memenuhi kehendak soalan).

3)  Soalan nombor 27:

Tidak ada jawapan.

i-Yang berkaca mata itu bijak berpantun dan bersyair
(ayat ini salah kerana penggunaan perkataan ‘yang’ di awal ayat).

ii-Buku-buku teks yang dibawanya itu penuh hingga satu beg.
(ayat ini membawa maksud buku teks itu yang penuh, bukan beg itu yang penuh).

iii- Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi.
(ayat ini sepatutnya: Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan oleh adik tengah hari tadi).

iv-Penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja mampu mengelakkan kesesakan lalu lintas.
(ayat ini betul ).

Jawapan yang disediakan kepada calon peperiksaan :

A. I dan IV
B. II dan III
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja.

Komen:

Kalau pun ada jawapan, sepatutnya disediakan jawapan

– iii dan iv , ( seandainya jawapam {iii} ini ingin diterima oleh panel pemeriksa)
– iv sahaja ,

sedangkan pilihan jawapan ini tidak diberikan/disediakan.

sumber : Ibni Khalid Jurait – Malaysiakini

Kepada cikgu² yang mengajar Bahasa Melayu, boleh tak tolong berikan pendapat atau kesahihan perkara ini.

©kujie – sampai sekarang masih keliru nak tulis BM untuk Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Kesilapan Soalan Bahasa Melayu PMR

  1. Terimakasih kerana komen dan menerangkan panjang lebar…sekurang2 kami yang sekolah tahun 70an ni boleh gunakan untuk rujukan anak2…kadang2 bila anak2 tanya, dah tak reti nak jawap macam mana

    dah untuk Noor…ini adalah petikan dari Malaysiakini , seperti rujukan yang diletakkan dibawah entri tersebut.

    Terimakasih sekali lagi kerana berkongsi..Alhamdulillah

  2. pada pandangan saya x ada apa-apa kesalahan.. semua yang cg jie komen tu ada jawapannya kalau semak betul-betul..cthnya soalan aneka pilihan cg kata Yang x boleh digunakan pada awal ayat.. tapi yang dalam ayat ni bukan kata hubung relatif sebaliknya sebagai kata ganti yang sememangnya boleh berdiri sebagai subjek. Begitu juga jawapan pilihan iii. kata kerja pasif berimbuhan di..boleh digugurkan kata sendi oleh.. jadi cg pun sebenarnya masih kena belajar.. bahasa sentiasa berubah selagi manusia hidup.. sama2 kita belajar

  3. soalan 18 tu x ada kesalahan.. silap faham cikgu kujie je.. jawapannya B. kerana penguat amat dan sungguh ialah penguat bebas, jadi boleh bergandingan, yang x boleh digabungkan ialah penguat ‘super’ paling dan ter…

  4. Salam,
    Kat Malaysia, ada 2 mazhab dalam BM iaitu i. aliran dibawa Awang Sariyan dan ii. Aliran Nik Safiah Karim.

    Kalau baca Kamus Dewan (BM-BM), memang tersangat banyak kesilapan berlaku. Untuk mahir dan menguasai BM tidak boleh rujuk Kamus ini tetapi masih digunakan untuk pelajar sekolah sebagai rujukan. Sebab: tak ada rujukan lain yang lebih baik sebagai sandaran.

    Siapa kata BM ni mudah kan?
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Kala Hati Berlagu PuisiMy Profile

  5. memang agak mengelirukan..tapi kalau yg banyak…apa yang saya ingat…banyak juga boleh digunakan dalam ayat “banyak orang”…

    yang lain2…saya kurang pasti..huhu

  6. 1) jawapan memang B sebabsungguh dan amat kata penguat bebas yang boleh diletak di hadapan atau belakang ayat atau kedua-duanya bertemu sekali

    2) banyak dan ramai membawa maksud yang sama. kedua-duanya boleh digunakan untuk orang. itu merupakan format yang terbaru

    3) yang nombor 3 kurang pasti tapi saya jawab A

    // kalau salah saya pon tak tahu. ikut tahap kefahaman saya 😉
    Jom terjah post menarik dari fatihah ..beberapa hari sebelum PMRMy Profile

  7. Mmg banyak kesalahan mcm ni dlm buku latih tubi atau soalan peperiksaan biasa. kdg2 bila anak tanya, kita sendiri tak tahu nak bg jawapan apa sbb takde jawapan yg benar2 betul.

    yg kesian anak2 la sbb hilang markah pada soalan2 yg mcm ni.

  8. rasanya ada markah bonus atau memang ada jawapan tapi tak perasan lagi.. pasal ramai orang dan banyak orang tu, rasanya pernah dengar yang “banyak orang” boleh digunakan dalam beberapa situasi tertentu..

    BM tu pulak, seorang lecturer Pengajian Bahasa pernah bagitau sy yang merujuk pada 2, Bahasa Malaysia iaitu Bahasa Iban, Kadazan, Melayu, Mandarin, Tamil, dll sebab semua bahasa itu ada dalam 1 Negara, tapi Bahasa Melayu merujuk pada Bahasa Melayu.. tapi sebab pada tahun bila, kalo tak silap pada tahun 2008, kerajaan dah ubah struktur, jadi Bahasa Melayu dipanggil Bahasa Malaysia dah..
    Jom terjah post menarik dari Omar ..Minggu Akhir Semester 1My Profile

  9. tersgt teruk keslhn tatabahasa kt sini. mmg obvious salah. mcm mane blh terlepas pdg? =.=”

    anyway now i think bm= bahasa melayu, dlu pnh tukr bahsa malaysia tukar blik b melayu,

  10. mungkin ada yang telah dikemaskinikan berbanding dulu2.. sbb bahasa pun de yang boleh diterima pakai sekrang, yg mana dulu tak boleh.. hnya dorang yg buat soklan tahu yg ne tul.. dan cikgu BM kan..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Berat Anak-Bayi AndaMy Profile

  11. no 20, memang takder jawapan. kalau dah ada perkataan sungguh, tak perlu amat, dan mcm tu jugalah sebaliknya.

    no 23, yang saya belajar dulu pon, perkataan banyak adalah untuk benda, bukan orang. kalau orang, kita perlu gunakan perkataan ramai.
    Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..Kalaulah aku dapat RM 1 juta- aku nakMy Profile

  12. Assalaamu`alaikum kak jie
    soalan no 20. adalah bentuk yang tidak gramatis dan berlaku kelewahan bahasa dimana kata penguat dalam pilihan jawaban didapati hadir berderetan.

    soalan no. 23 tidak salah kerana “banyak” masih boleh digunakan untuk manusia. Dalam konteks di atas “banyak orang” merujuk kepada bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.

    soalan no. 27 pada saya ialah A

  13. kalau saya;
    soalan 20 saya, saya jawab B sebab kalau ikut, ‘nian’ bermaksud ‘terlalu sangat'[1][2], maka tak salah untuk gunakan ‘sungguh amat indah’ dalam ayat tu.

    tapi;
    nian digunakan untuk menguatkan ayat sebelumnya[2] tapi dalam hal ni kalau ayat ‘sungguh amat’ ditukarkan kepada ‘nian’, ayat akan jadi ‘nian indah’ saya kurang pasti boleh digunakan atau tidak. kalau ‘indah nian’ memang betul.

    kalau saya, betul saja 😆

    [1] kamus pelajar edisi dua
    [2] kamus dewan edisi empat

    notakaki: cikgu saya dulu kata, kalau mahu belajar tatabahasa jangan ikut dewan bahasa pustaka tapi ikut silibus. apa ada dua jenis tatabahasa bahasa malaysia dalam malaysia ni? macam mazhab pulak.
    notakaki 2: maaf kak jie saya bukan guru bahasa malaysia, tapi hanya blogger blog bahasa malaysia. 😆

Comments are closed.