Kisah Lebah Madu Betina Di Pokok Tenggek Burung

bunga pokok tengek burung

Hujung minggu lepas, pokok Tenggek Burung tepi rumah saya berbunga lebat. Pertama kali sejak ditanam, banyak betul bunganya. Pokok Tenggek Burung ini juga dikenali dengan nama Cabang Tiga. Mempunyai 3 helai disetiap tangkai dan dibuat ulam. Rasa ulam Tenggek Burung ini pahit dan kelat. Makan dengan sambal belacan sangatlah sesuai.

Ulam Tenggek Burung ini khasiatnya mengikut Kajian perubatan tradisionaldipercayai dapat merawat tekanan darah tinggi. Selain itu juga khasiatnya ialah untuk kesihatan lelaki.

Nama botani untuk Tenggek Burung adalah Euodia ridleyi dalam keluarga Rutaceae ( sumber Google – Selamat Hari Guru Google ! )

 

lebah-madu

Pertama kali juga sekumpulan lebah madu berkerumum disetiap bunga Pokok Tenggek Burung. Hanya lebah betina yang berkerja keras mengutip nektar bunga untuk menghasilkan madu. Setiap seekor lebah hanya menghasilkan 1/12 sudu teh madu sepanjang hayatnya. Lebah ini hidup antara 6-8 minggu.

Kalau lebah betina dipanggil ‘bee‘, lebah jantan dipanggail ‘drone‘. Terdapat hanya beberapa ratus lebah jantan disetiap sarang pada musim bunga dan musim panas tetapi lebah-lebah jantan ini akan diusir keluar apabila tiba musim sejuk kerana cuba meminimumkan penggunaan simpanan makanan ( rujukan National Geographic )

Bukti lebah betina yang mengumpul nektar ini bukan saja dari kajian sains tetapi telah dibuktikan dari ayat Al-Quran surah An Nahlu ayat 69. Saya dapat info ini sewaktu pengajian Bahasa Arab beberapa bulan lepas, sekadar berkongsi secara ringkas saja tau… bukan pandai sangat pun.

Dalam ayat 69 Surah An Nahlu tersebut perkataan ‘butuniha” membawa maksud perut-perut iaitu jamak kepada ‘butun’. Maksudnya dalam abdomen lebah ada lebih dari satu perut dan “ha” pula adalah mufrad ( seorang ) kepada ‘muannas’ ( perempuan ). Jadi lebah yang diceritakan di dalam Al Quran  yang kerjanya mengutip madu adalah lebah betina.

Ayat tersebut juga mengatakan ( korang kena buka tafsir cari sendiri – homework ni ) warna madu ada pelbagai warna bergantung kepada iklim, musim serta sumber di mana nektar tersebut diperolehi.

Ada beberapa binatang yang disebut di dalam Al-Quran,  sila klik dan baca entri terdahulu di sini – Binatang Dalam Al-Quran dan Kenali Sifat Binatang Dalam Diri Kita

Dalam kehidupan kita sebagai manusia juga, kita perlu mencontohi lebah.  Lebah hanya berminat kepada benda² yang cantik dan wangi seperti bunga.  Maksudnya, dalam dunia yang ada pelbagai jenis kebaikan dan keburukkan, carilah kebaikan.

Entri saya mengenai tumbuhan dan haiwan pula..hih…. kalau saya ada tersalah tafsir tersalah faham tersalah sampaikan….tolong beritahu ye

  1. Salam puan. Saya sebenarnya mahu mencari kepastian nama pokok di rumah bonda saya. Bonda kata, namanya Tenggek Burung. Tapi bila di google, lain pula rupanya. Kalau puan sudi, jenguk lah ke blog saya, saya ada sertakan gambarnya.

    🙂

  2. Banyak kelebihan pokok tenggek …
    Pelbagai kelebihan yang terdpat di pokok tenggek…baru thu..bnyk info berguna..:_)

  3. 1. Mmg pahit tp sedap cicah smbal belacan.
    2. Lebah jantan kena halau tnda berkorban utk lebah2 betina dan madunye. Wallahua’lam
    3. Apapun madu mmg besar khasiatnya Allah kurniakan kpd manusia.
    4. Terima kasih kak jie berkongsi.
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Suami Cemburu? Untunglah!My Profile

  4. Setuju.. Lebah madu ni memang bagus untuk kesihatan… saya pernah amalkan dan memang badan sentiasa rasa bertenaga.. tapi susah juga nak dapat yg original..

    • Hehehe… mmg dah tercatit dalam alQuran lebah betina…jadi kalau nampak yg dok kerumun bunga tu… betinalah.

    • Kak Jie apa yg tahu tapi tak semestinya betul… kena rujuk pihak yg lebih tinggi kalau nk maklumat terperinci.

  5. Angah tak pernah rasa lagi ulam tenggek burung ni…
    Baru tahu yang lebah betina dipanggil ‘bees’ dan lebah jantan pulak dipanggil ‘drones’..
    Kesian kat lebah jantan bila musim tiba musim sejuk depa kena halau…mana la agaknya pulak depa nak berlindung tu ye?

    • Hehehe…. nasiblah kena halau sebab dah tak diperlukan waktu hibernasi…buat ngabeh boreh je… haha