Kita sama mungkin berbeza

ibu hamil

K.jie, sy mengandung anak ke-2. Anak 1st dulu lahir caesarean. Sy risau takut sekali lagi…blh ke saya lahirkan secara normal .

Beza kehamilan  cuma setahun setengah… ade risiko tak  ye?
– Adila

Terimakasih Adila kerana sudi berkongsi rasa dengan Kak Jie. Nak bagi nasihat pun rasa macam tak kena sebab saya bukannya pakar / doktor ibu mengandung.

Saya dulu caesarean sebab bayi dikhuatiri lemas (fetal distress) dan pembedahan terbabit dilakukan secara kecemasan dan menurut doktor tidak semestinya sewaktu kelahiran yang akan datang, bayi akan lemas lagi.

Tapi lain pula kesnya. Tali pusat Angah pula terbelit. Jadi anak kedua pun  melalui pembedahan. Jangalah risau tak semua akan alami seperti saya. Tiap kehamilan berbeza.

Kerana kedua pembedahan itu, untuk kelahiran ke-3 saya tiada pilihan dan akhirnya Intan juga melalui caesarean.

Section closed!

Sekarang kebanyakkan pembedahan di lakukan pada segmen bawah (LSCS) dan risiko rahim merekah adalah kecil  berbanding zaman dulu yang dilakukan pada bahagian atas segmen dinding rahim ( classical caesarean)

Berbincanglah dengan doktor kerana berbagai faktor lain juga boleh menentukan kehamilan kita . Jarak kelahiran juga penting untuk memastikan kesihatan si ibu sudah pulih secara optimum, selain faktor keharmonian keluarga dan faktor kewangan yang perlu diambilkira.

Jangan terlalu risau kerana emosi yang tidak stabil boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.  Jaga kesihatan dan berdoalah… Insyaallah .  Moga dipermudahkan segalanya.

Peranan suami sangatlah penting ketika ini.

  • Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya .
  • Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya tanda sokongan mental yang menyenangkan hati.
  • Ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkaitan dengan kehamilannya , dampingi dan hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor.
  • Bantulah isteri untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin dengan mengalih perhatian seperti mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! Bab shopping ni,tengah memboyot pun larat naik turun tangga shopping komplek….)
  • Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik.
About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Tie melahirkan ketiga2nya normal. Tapi yang pertama tu macam nak tobat je…. Si bujang tu besor, kita ni comel lagik…..mujur tak pengsan masa meneran tu…. :mrgreen:

    Ties last blog post..Pulau Redang

  2. Anonymous says:

    Org rumah saya dah masuk 5 bulan, anak kedua.Yang pertama normal harap2 yang ni pun camtulah. Puji gak isteri tp dah puji kena tido ngan anak kat luar bilik sbb tak leh bau badan alah katanya. Cis aku wangi daa.. :wink:

  3. Jie… memang tepat saranan Jie tu. Berbincang dengan doktor lebih baik daripada bertanya sana sini. Kawan OD pun pernah mengalami masalah yang sama tapi sayangnya… ah, susah nak cakap. Berdosa rasanya dia sebab pada OD, kalau ALLAH nak bagi, pasti ada hikmahnya.

    ODs last blog post..Semalam dan Hari Ini…

  4. cayalah k jie
    ni letak bawah tag tips rumahtangga tau. hehe
    senang nak browse nanti. hehe :)

  5. akak sihat ke ari nih…?

    shays last blog post..SHAY mengomel PEKAK le TElinGA koRANG..

  6. salam ma…

    lama x menconteng kat sini….rindu lak nak conteng2..huhuhu…

    alamak..kiki lum kawin…xreti nak komen bab nie..huhuhuhu :lol:

    • salam kiki…lama tak nampak
      baru je ckp2 tanya khabar masa kuzi dtg rumah mama :mrgreen:

      tunggu dah ada pengalaman…mama tanya lagi ye

  7. Bestnya baca pengamalam org bersalin nih. walau takut bunyinya..tp ianya sesuatu yg plg indah kan. takjub dgn ciptaan Allah..ada benda hidup dlm perut..

    fazemys last blog post..Katak Yang Comel

  8. ummm..seronok bc pengalaman melahirkan…

    ….mmg indah saat itew…. :grin:

    muadzlifes last blog post..Semua Selamat…..

    • tiap org ada pengalaman tersendiri
      ni rasanya sikit je ni
      masuk bab hospital..bab bf…bab sakit demam anak2..
      berjela2 sembangnya ni
      maklum le mak2… :lol:

  9. nikillas says:

    nanti seksok tak tahu la camne.. kalau isteri dah nak ‘meletop’ entah jadi panik ke tak pun tak tahu.. hahaha.. eh kak jie.. skarang kak jie dah ala2 inick knizam eh.. banyak tul entry.. huhu.. x sempat dah nak follow.. huhuhu..

    • tak de la sampai mcm tu

      ala…..kalau pompuan yg selalu org anggap lemah tu boleh tahan
      kenapa lelaki yg hebat..yg kuat….boleh tumbang, kan?

      :lol:

  10. mrozaidi says:

    Slalunya kalau bedah boleh menimang anak 3-4 aje..kan.hhehe..

    mrozaidis last blog post..Remaja Antara Keburukan Seks Bebas dan Kebaikan Seks Halal (Perkahwinan)

    • bergantung pada seseorg
      mmg tak sama
      ada yg 3 je..ada yg 4
      ada yg doktor ckp cukup tapi suami tak mahu
      nak ckp pun susah…tapi kena fikir sebab2 kesihatan juga
      kalau si ibu dlm keadaan tak sihat….berbahaya
      mmglah mati tu pasti tapi nak membesarkan anak2 juga perlukan kestabilan kesihatan mental dan fizikal

      fikirlah mana yg baik

      sekarang ni dah c-sec pun boleh 4, 5 atau 6

  11. Kak Jie,

    The last 2 points tu mmg kim sokong 101% hehe…tengah tunggu masa pun leh lagi kite buat last min shopping kan? :mrgreen: dan para suami, ringan2kanlah mulut tu kasi puji2an tuk isteri2 anda yang dah bertarung nyawa memberikan zuriat untuk memanjangkan generasi ni. ni tak asalkan babat berlipat sikit dah komplen sebakul, muka dah bulat dagu dah tak runcing pun nak komplen. eh sowee kak jie, ter emo plak..hehehe

    tuk adila,

    pengalaman kawan saya dulu, first baby c-sect but second baby dia alhamdullilah normal. as long as no complication insha allah boleh kut. saya alhamdullilah dua2 normal.

    Kims last blog post..Cake for his coming birthday!

    • kan………ramai yg ada pengalaman…1st baby saja, yg lain2 tu normal
      tak perlu Adila risau sgt
      berbincang selalu dgn doktor
      kalau risau sgt, tanya pendapat pihak ke-3
      doktor yang lain…

      bab2 tu mmg rencah rumahtangga
      perlu kedua belah pihak sedar dan sama2 mainkan peranan
      tak boleh sorang je :mrgreen:

  12. Dua kali entry yang berinformasi.. :)
    Betul cakap kak jie, sokongan suami sangat penting . Teringat kisah kakak kawan. Bila isteri melahirkan, suami yg pengsan hehee…

  13. Bila dengar mcm2 cerita pasal kelahiran yg normal, C-Section ni..tiba2 rasa takut lak nak bersalin..hehehe…

    –>>> utk Adila,

    Semoga selama semuanya ya..banyak2 berdoa semoga dipermudahkan segala urusan..amin… :eek:

    roses last blog post..My Baby….:-)

    • cakap je takut
      tapi bila dah tempun………..biasa je
      kita redha dan rela
      jadi semua tu bukan masalah

      • eehhehe..
        akak ni org yg sy jumpa msa kat tayangan perdana 007 ke ek?

        roses last blog post..My Baby….:-)

        • a’aha… betul lah tu
          kita jumpa masa tu..hehehe
          kelakar pula…kenal org dulu
          baru jumpa blog

          • actually..sy cuba nak ingatkan ape nama blog akak masa akak bagi ari tuh..sbb tak catit kan..try gak search..tapi takjumpe..
            ntah camne tertarik ngan tajuk Pool belasah MU ari tuh kan..tu yg komen kat blog akak ni..
            then belek2 blog my hubby, ternmpk akak pernah komen..aik pelik…mr. right cakap..tula akak yg kita jumpe kat Cinaleisure..ayoyoyo..heheh…kecik kan dunia nih..
            nnti kita tukar2 link ye…nice to meet u…:-) :grin:

            roses last blog post..My Baby….:-)

  14. Lelaki suka puji perempuan lain ” cantik” dan “anggun” berbanding memuji isterinya sendiri..

    nuaemans last blog post..Kekalahan Man Utd dan Sales Clickbank

  15. dah macam doktor pakar sakit puan lak… hehe…

    Adrys last blog post..Astro and Stacy New Album Promotion Tour

  16. wow….sebijik mcm dr pakar bagi nasihat kpd ibu mengandung. tabik spring utk k. jie. hehehe

  17. ngeri perut klu citer2 bab kene bersalin ceaser nih huhu..

    mrs azmis last blog post..kene TAG sudah~

    • …..hehe…bapa yg tunggu kat luar tu lagi berpeluh jantan betina.. :lol:
      kita yg kena bius dah tak hengat apa dah….
      serah diri utk di robek2 oleh doktor :mrgreen:

  18. hmm..nice topic..masa saya dpt 1st baby, kami dah kawen dekat 2th baru dpt baby. Banyak cara digunakan untuk dpt 1st baby..urut, makan supplement etc. Kami memang nak sgt anak, dan pernah satu tahap, dah malas nak pikir sgt..so dalam 2thn dpt baby, memang best..layanan semua 1st class..then bile baby dah 1 1/2 thn, kami dpt 2nd baby…memang x expect dpt 2nd baby nih..mcm mental pun x prepare lagi untuk 2nd baby, walaupun letih skit, tapi kami tetap enjoy…dan allhamdulliah lepas dpt 2nd baby rezeki kami murah….

    aishahs last blog post..::find where???::

  19. hmmm.. seronoknya baca kisah orang..
    sayu pon ada dalam hati..
    Allah saja yang tahu..
    rezeki masing²..
    didiklah amanah Allah itu..
    semoga menjadi anak yang solehah.
    zaman skrg ni takut pon ada jugak.
    budak² muda rmai yg tersimpang jauh.
    sangat mencabar.

    fiezabaiduris last blog post..Mawi feat KRU – Lagu Sujud

  20. adila jgn risau…
    pengalaman saya…
    baby pertama caesar …
    alhamdulilah baby ke dua dan ke tiga saya bersalin normal….
    apapun… laluilah hari2 kehamilan anda dengan ceria….

    CERIA-CERIA CIKGU RUBINA…… :lol:

  21. bahagialah dan syurgalah bagi mereka yang bergelar ibu…
    pengorbanan mereka selautan kasih…
    tak terbalas dek nikmat dunia…

    akak 3 kali ceaser ye??
    huhu…

    chekguBHs last blog post..Berpisah Bukan Bercerai….

  22. keempat2 anak neeza C-Sec dan section masih bukak.. doctor kata, rahim elok lagi. Boleh beranak sampai 6!! uuwwwaaa!!! biar betul doctor tu..

    kalau kes pelvic bone kecil, mungkin susah nak beranak normal. Tapi kalau hal lain, Insyaallah boleh.. anyway, semua kerja Allah.. kalau dia kata boleh, boleh aje kan Kak Jie..

    peace!! hehee…

    Neezas last blog post..From Yanbu with love

    • kawan kak jie pun ada sampai 5 c-sec neeza…..selalu doktor cakap…semua kes tak sama…tiap individu ketahanan dan kesan2 pembedahan tu tak sama…ada yg lukanya baik , elok…ada yg bertahun masih rasa bisanya..

      6 bulan pertama tu mmglah………..

      Adila jangan risau…kawan ada yang bersalin normal selepas anak pertama…..anak ke3, ke 4 pun normal….

  23. Saya dulu keluar bontot dulu mak cakap tu sebab degil Songsang…

    kruel74s last blog post..Pretty maids in a row

  24. bab beranak caesarean tu, den kurang maklum… tak tercapai dek akal nak membayangkanya….heheeh

    Tetapi raso eh, agak mengerikan….

    Den sentiaso panjatkan doa utk isteri den..
    terutamo bila nak tidur tu ha…

    kekadang sajo jo den hembuskan nafas kerbau kek isteri den tu ha…

    bukan apo, yang mano dogil2, yg mano suko berbelanjo lobeh tu ha.. apo tah org sekarang ni cakap eh…errr shopping..mopping…hmm….DIJAUHKAN…

    Biar jadi isteri solehah, ibu mithali.. tak pe der kalau den ni tak dikenali bapak mithali, tapi biarlah ibu eh dikenali ibu mithali….heheheh

    Tak lupo gak belum jadi bayi lagi den doakan supayo dapek anak yg soleh.. yg berguno…. bukan yg berdadah sini, terdedah sanun!

    maso nak buek panjat pokok tumbang tu pun, den tak terlopeh utk baco doa sekali… ambil berkat, doa selamat

    tapikan org perempuan ni (setengah dari eh, bukan ekau kujie yg den kato kan. ekau, den tau baik orangnya)…, sibuk kito baco doa berzikir, dio pun sibuk jugak terjerit2, terkejang2….cubolah samo2 baco sekali…..kan elok tu ha!

    hehehhehe

    maza: nasihat sepuluh sen dari cen…..wakakakka

    mazas last blog post..Bulan Membayar Cukai

    • bagus kalau ada niat mcm tu…moga2 tercapai dek akal :lol:

      saya dulu….. naik ke wad tingkat satu…….melangkah…

      titis darah…menitis setiap langkah…setiap anak tangga….
      ttp pintu masih tak mau buka
      sampai bayi dlm kandungan lemas
      terpaksa diberikan bantuan oksigen

  25. nak cari omak utk dapat anak2 pun susah, nak dapat anak pun susah, nak beranak pun susah!

    Den terimo jo kalau bini den dah termengandung tu ha!

    Tak der der nak fikir sesangat pasal perancangan keluarga nie ha! tak der nak takut dan fikir sesangat pasal financial planing tu…

    Sbb den percayo dgn satu ayat nie ha…

    “Setiap anak yang dilahirkan itu membawa rezekinya sekali’

    “Setiap bayi yang dilahirkan akan diiringi empah puluh malaikat untuk melindunginya”

    Dan akhir sekali tetapi bukan terakhir,

    “Kami tidak meminta rezeki dari kamu, bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu!”

    tetapi usaho tetap usaho….bekorjo tetap berkojo eh…
    doa tetap dipanjatkan sentiaso..
    sujud dan tahajud selang seli dgn solat hajat…..
    Utk keselamatan diri, isteri dan keluargo den….hehhhe

    sbb den percayo bonar dgn Kalimah Hak yg satu itu…..
    meliputi sekurang2nyo 6 dan 5 perkara dgn 20 wajib, 20 mustahil, 1 harus, 4 wajib, 4 mustahil dan 1 harus, 10 perkara samiyat, disebalik dua patah kalimah….

    hehehhhe

    psst: sajo jo den dengki kek ekau……wakakakakka

    mazas last blog post..Bulan Membayar Cukai

  26. muhahahaha..takutnya dengar..erm tp bedah bukan boleh 3 kali jerk ke kak? kakak sypun caesarean sbb niece sy yg manja tu boleh tido dan tak mo kuar..melampau tul nak besar dlm perut mummy dia..even kuar pun tak nangis sampai doktor pukul punggung dia 3-4 kali..adei..

    catzers last blog post..Spammer Jual Email

    • kata doktor 3 sbb kedudukan agak membahayakan… tiap org berbeza pengalaman….mcm anak sulung tu pun…lemas, dah berak dlm kandungan…air ketuban dah bercampur najis…masa dah dikeluarkan pun tak menangis..ditepuk2 pun….sampai selepas dikeluarkan bayinya….Along terpaksa dptkan bantuan oksigen.

  27. sungguh aman hati nih, kalu si suami memuji kita cantik dlm pada bdn kita dah berubah bentuk.. :)

    • tapi masalahnya…lelaki kedekut utk memuji
      sudah tau pompuan mmg suka dipuji….ala…….kalau pura2 memuji pun
      kita tak kisah , kan…
      sbb mmg dah tau :lol:

      ada perempuan mengandung lagi seksi… :lol:

      • kami, wakil lelaki, memang sukar nak bagi pujian2…selain ia reserved utk Tuhan….

        Lagipun kalau senang sangat bagi pujian2, makna sesuatu pujian menjadi terlalu murah! Kurang berharga…

        tetapi bila dia memberi pujian, anda akan tahu betapa tingginya nilai pujian2 itu! hehehhe

        Kami tak suka main angan2, angan2 terlalu banyak boleh ganggu perasaan dan kosentrasi … stay for the facts…..hehehehe

        seterusnya, Nabi SAW pun melarang utk memuji2 kerap sampai melambung2, melayang org itu……. kerana ia boleh cenderung kepada ke kezaliman a.k.a neraka Jahanam! Kecuali engkau puji kepada Tuhan dan selawat ke atas Nabi!

        Tu..Nabi cakap tu…hehehheh

        mazas last blog post..Bulan Membayar Cukai

        • ayoooo…nk puji isteri sikit mcm tu pun dah nak charge masuk neraka sebab melambung²?

          NABI SAW juga memuji isteri-isterinya. Pujian itu bukan pujian yang melampau atau tanpa sebab tetapi pujian itu disandarkan kepada penjelasan terhadap apa yang dipuji.

          dalam entri ini kita bercerita tentang isteri yang mengandungkan zuriat suaminya.

          saya ilmu tak tinggi… bawah cucur atap je pun..hehehehe
          tapi ada le juga ustazah saya cakap , Segala puji bagi Allah tu ada 4

          Puji Allah bagi Allah
          Puji Allah bagi makhluk
          Puji makhluk bagi Allah
          Puji makhluk bagi makhluk

          • puji makhluk bagi makhluk tu…..takkan hari2 kena sobut?!

            karang ado lak naik asap keluar lomak…..

            wakakakak

            maza: sukar nak puji kat makhluk, takut diri dan org yg dipuji sama2 melayang2 kat awangan….wakakakka

            psst: kebanyakkan lelaki memang mcm tu… dah designkan mcm tu…..heheheheh
            tapi ada gak lelaki yg kaki bodek! hmm kesian dia…
            bodek pun ada kaitan dgn ‘angin pasang’ (penyakit: telur besor)

            wakakaka

            mazas last blog post..Bulan Membayar Cukai

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam