Kos Ditawarkan Di UniKL BMI Gombak
Pengetahuan Am

Kos Ditawarkan Di UniKL BMI Gombak

UniKL BMI Gombak
1 September 2013 nanti, Angah akan mendaftar secara rasmi di UniKL BMI Gombak untuk kos program Bachelor of Engineering Technology ( Hons.) in Data Communication selepas menghabiskan 1 tahun  FIST (Foundation in Science and Technology) di Kolej MARA Kuala Nerang.

Sebenarnya dia telah pun mendaftar masuk ke UniKL BMI untuk latihan teknikal 8 minggu untuk program FIST ( semester akhir ) Mei lepas. Baca entri dan gambar UniKL BMI Gombak di sini Gambar Persekitaran UniKL BMI Gombak.  Kemasukan 1 September nanti tak banyak perkara yang perlu diuruskan, dia dah pun ada asrama di UniKL BMI.

Berbanding 3 tahun di Kedah ( 2 tahun di MRSM Merbok dan 1 tahun di Kolej MARA Kuala Nerang, bila dia belajar di UniKL BMI Gombak, saya sebagai maklah yang paling gembira. Kalau dulu setahun boleh balik ke rumah 3-4 kali, sekarang setiap minggu dia balik. Perjalanan dari rumah ke UniKL BMI lebih kurang 30-45 minit.

Antara kos yang ditawarkan di UniKL BMI Gombak:

Program Ijazah UniKL BMI

  • Bachelor of Engineering Technology ( Hons.) in Electrical
  • Bachelor of Engineering Technology ( Hons.) in Electronics
  • Bachelor of Engineering Technology ( Hons.) in Mobile Communications
  • Bachelor of Engineering Technology ( Hons.) in Data Communications
  • Bachelor of Engineering Technology ( Hons.) in Medical Electronics

Program Diploma UniKL BMI

  • Diploma Of Engineering Technology in Electrical & Electronics
  • Diploma Of Engineering Technology in Medical Electronics
  • Diploma Of Engineering Technology in Telecommunication

3 ahli keluarga kami akan mendaftar program ijazah serentak pada 1/9/2013 nanti termasuk adik ipar dan anak saudara. Selamat berjuang adik dan anak-anak!

Di mana pun kita belajar atau program apa pun yang kita ambil, semua adalah yang terbaik bagi diri masing-masing. Setiap satu ada sisi kebaikan dan kekurangan tersendiri, kita sebagai manusia yang perlu mengurus dan mengimbangi perjalanan kehidupan masing-masing.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

One thought on “Kos Ditawarkan Di UniKL BMI Gombak

Comments are closed.