Ku Tunggu Ku Nanti

Merujuk kepada entri Banci Penduduk tu apa mama ( kena klik untuk faham cerita awalnya )

Semalam balik dari sekolah, Intan tegur bunting “Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 “ yang digantung lebih sebulan dulu dah tak ada.

“mama…. kenapa dia tak banci Intan…. Intan adalah….dia tak kira Intan… dulu memang Intan tak de…..kali ni Intan ada”

Sayu sungguh saya mendengarnya. Dia anggap diri dia tidak dikira macam cikgu ambil kedatangan murid setiap pagi. Muka dia macam nak nangis… seolah-olah tercicir sebagai rakyat Malaysia.  Bagi dia , banci adalah mengira bilangan penduduk.

Saya pun macam Intan, teruja menanti pembanci datang tapi tak kunjung tiba. Setiap masa saya ada di rumah – kecuali pagi 9-11 saya ada kelas kemudian keluar on off jemput dan hantar Intan ke sekolah. Itu saja.

Oh… tempoh banci 2 bulan – dari 6 Julai hingga 22 Ogos. Esok -esok dia datanglah kot.

©kujie – hari ni hantar caruman kwsp bulan 07/2010 – kenaikan gaji hampir 90%.  Saya surirumahtangga yang berKWSP!:lol:

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

55 thoughts on “Ku Tunggu Ku Nanti”

  1. Sabar.. sabar.. pembanci yg dirindui tu akan sampai juga ke rumah anda.. deme tu nak ketuk lebih kurang 400 rumah sepanjang tempoh banci ni.. jgn risau..
    Jom terjah post menarik dari Benci ah ..EventsMy Profile

    1. sebenarnya keseluruhan entri ini mengenai anak saya berumur 11 tahun yang teruja ingin tahu mengenai banci.

      baca entri ini dari mula dan pautan kepada kisah sebelumnya.

  2. betul tu EPUL.. bknnya lama.. time lepak kedai mamak berejam2 xde hal.. ini nk jwb soklan banci 2-3 minit ponn jd isu.. apelah mentaliti rakyat malaysia nih.. harga brg naik, gaji tak naik bising plak.. padahal dari sinilah puncanya.. kalu jumlah org sepatutnya 30juta, yg dibanci 29juta, x ke hilang bajet utk 1juta manusia? yg sedihnya org2 yg x nak jwb banci ni jgk melalak2 nk mintak habuan dari kerajaan??? pikir2kan lah..
    Jom terjah post menarik dari Benci ah ..EventsMy Profile

  3. Pada 2010.07.16 13:48, Kujie menulis:

    ada 3 cara banci

    1. interview mcm biasa tu
    2. tinggalkan borang, kita isi dia dtg ambil
    3. secara online

    Jika pada masa pembanci datang, anda xde kat rumah, pembanci akan tinggalkan surat utk bagitau tarikh lawatan semula beserta nama & no tel. pembanci.

    > Kalu duk rumah bujang tu dah lebih dari 6 bulan, atau akan tinggal selama 6 bulan atau lebih, anda sepatutnya di banci dirumah bujang anda… x perlu lagi dibanci dirumah famely anda.. sekiranya tempoh kurang dari 6 bulan, seharusnya anda dibanci di rumah family..
    Jom terjah post menarik dari pembanci ..EventsMy Profile

  4. salam, sedikit info ingin dikongsi..
    kalo nak wat e-banci (e-cencus)

    kalian perlu menghubungi pembanci kawasan perumahan klian, dan minta identification particulars (ID).
    da dapat tu baru bole wat e-cencus kat ecensus.stats.gov.my/ecensus/

    jadi, hubungi je no.pembanji yg mereka tinggalkan di surat lawatan semula,kalau pembanci ada beri…

  5. Salam….utk pengetahuan,pembanci hanya membanci di tempat kediaman harian sahaja. Pembanci tidak akan membanci di rumah keluarga yg kita balik hanya pd hujung mggu ye…tq 😆 😆

  6. uhuk tu ah. 🙂 cam seronok jugak kan. diorang masih lom datang kawasan rumah ina kot.. 🙂 lagipun tempoh banci sampai bulan 8 kalau tak silap kan kak.
    Jom terjah post menarik dari ikoko ..PIKOM PC Fair 2010My Profile

  7. tak pasti semua org baleh login submit banci online…kalau sesiap je boleh, best kan

    tapi…banci secara tradisi best 😆

  8. kak jie mungkin bagi pemahaman yang salah kot
    dia rasa – banci mengira bilangan penduduk
    jadi bila org tak banci, dia rasa takut tidak dikira

    budak2…hari2 cikgu ambil kedatangan , itu kot yg buat dia risau sgt

  9. tu penting diri sendiri – bukan tiap bulan tau tiap hari – 10 thn sekali je pun

    penting kan data semua tu…

  10. tak semua surirumah berpeluang macam saya kot
    syukur alhamdulillah…
    atau mungkin orang lain simpan secara tetap dalam bank

  11. kak jie tatau pula…. kena tunggu Pembanci yg jawap

    erk..guna browser apa?

    Kak Jie guna Mozila, Chrome dan IE, ok je

  12. Rumah saya dah dua kali pembanci tu datang.Time dia nak banci,time tu kite orang nak keluar..almaklumla rumah bujang..bukan xnak beri kerjasama,masa dia datang x sesuai… 😉

  13. pembanci dah datang rumah saya.. macam2 dia tanya.. yang seriau dia tanya, pc – ada, laptop – ada, tv – ada, dvd player – ada, mesin basuh – ada, peti sejuk – ada, aircond – ada, cuma satu je takde.. radio takde.. haha
    Jom terjah post menarik dari eiman ..Harga Minyak Petrol Malaysia Naik EsokMy Profile

  14. wah tak penah tau pun surirumah boleh carum KWSP…
    tapi kan camne nak kira 9% pencarum 11% majikan tu kak jie?? Ke main bantai je?

  15. tengok berita haritu, penduduk kawasan elit tak bagi sokongan pada banci penduduk, kata nak jaga privacy.. adoi macam2

    haritu dapat tawaran sebagai pegawai banci tapi tak dipanggil pon. huhu
    Jom terjah post menarik dari Luth Textile ..Hati terdetik bila sebut Shah AlamMy Profile

  16. wife saya cakap, ade banyak kes orang menyamar jadik pengawai banci. jadi,pastikan yg dtg tu adalah pembanci yg sah sebelum membenarkan mereka membanci kita.
    Jom terjah post menarik dari penyubiru ..Apakah GMy Profile

  17. baru2 ni geng2 pembanci ada datang tapi time tu saya takde…diorang ada selitkan surat kata nak datang lagi keesokkan harinya tapi hari yg diorang nak datang tu saya ada kerja lak…last2 saya call diorang je…amik detail via handphone….muehehe

    tup2 esoknya dah ada kad pembanci terlekat kat pintu umah..hehe 🙂
    Jom terjah post menarik dari Azrul ..Learn about Internet Slang –My Profile

  18. :mrgreen: oooh sungguh bagus nota kaki kakJie tu, surirumah ada KWSP, cayalah. Laaa lama lagi tempoh membanci tu, sok lusa datang la dorg tu…
    Jom terjah post menarik dari ch@ ..Piala DuniaMy Profile

    1. ye… kak jie ada caruman kwsp sendiri walau tak keje – cik abang yang bagi. Dan dari caruman tiap2 bulan tu kak jie pernah keluarkan utk beli rumah dengan nama sendiri. Sewa rumah tu Kak Jie bayar loan tiap bulan..

Comments are closed.