Lindungi Diri Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi

Pernah tak dapat panggilan telefon atau teks pesanan ringkas (SMS) daripada pihak yang tidak dikenali untuk sesuatu perkhidmatan termasuk insurans, pinjaman bank dan kad kredit?

Atau ditawarkan promosi percutian percuma yang bersyarat. Perlu hadir taklimat selama 30 minit sebelum ditawar pakej percutian ?

Mesti pernah, kan.

Kita mesti merasa hairan bagaimana nombor telefon bimbit kita boleh diperoleh oleh pihak tersebut.

Saya baca satu rencana di Bernama Online mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang diluluskan dan dijangka dikuatkuasakan sekitar Jun 2012.

Kalau akta ini dikuatkuasa, perlindungan data peribadi untuk tujuan komersil akan dijamin terpelihara.

Data peribadi ditakrifkan sebagai ‘apa-apa juga maklumat berkenaan dengan transaksi komersil yang tersimpan dan dikendalikan secara automatik atau dalam sistem fail’.

Ini bermaksud ia berhubungkait, baik secara langsung atau tidak langsung, dengan seorang subjek data termasuk data peribadi sensitif dan pernyataan mengenai subjek data berkenaan.

Data peribadi sensitif meliputi data peribadi berhubung kesihatan atau keadaan fizikal dan mental seorang subjek data, pendapat politiknya dan kepercayaan agama.

Di bawah akta ini beberapa kesalahan jenayah baru diwujudkan dan ia tidak menyerupai kesalahan jenayah lain yang termaktub hukumannya di bawah Kanun Keseksaan.

Antara kesalahan jenayah ini termasuk kegagalan pengguna data di kalangan pertubuhan perbadanan untuk beberapa perkara seperti mendaftar, pelanggaran prinsip perlindungan data, penjualan data, pemindahan data tanpa perlindungan yang mencukupi dan pengumpulan menyalahi undang-undang.

rujukan : Bernama - Satu Jenayah Jika Manipulasi Data Peribadi

akta perlindungan data peribadi mukasurat 16/113 Akta Perlindungan Data Peribadi

Pertengahan bulan lepas, kami warga Twitter berhadapan dengan satu kes pencabulan pendedahan data peribadi seseorang. Kes melibatkan sebuah syarikat Internet Service Provider (Pembekal Perkhidmatan Internet) yang mention jumlah bil tunggakan seorang pelanggan mereka secara terbuka.

Mengamuk sakan blogger tersebut dan keluarkan segala bukti ‘hitam putih’ di sini – Saya kecewa dengan tindakan pihak @P1Cares . Nasib baik dapat blogger baik hati, tak teruskan kes saman selepas pihak berkenaan bersetuju untuk membuat permohonan maaf secara terbuka – baca entri di sini Perbicaraan Tribunal Secara Tertutup Selesai

Ini adalah salah satu contoh  perlunya semua pihak meningkatkan kesedaran dan kefahaman  tentang perlindungan data peribadi mereka.

akta perlindungan data peribadi 2010mukasurat 17/113 Akta Perlindungan Data Peribadi.

Subjek data = kita
Pengguna data = pihak yang kita berikan data peribadi

Fasal 8  memperkatakan Prinsip Penzahiran yang memperuntukkan bahawa data peribadi tidak boleh tanpa persetujuan subjek data dizahirkan bagi apa apa maksud selain maksud yang baginya data peribadi itu akan dizahirkan pada masa pengumpulan data peribadi itu atau suatu maksud yang secara langsung berkaitan dengannya, atau dizahirkan kepada pihak ketiga selain yang dinyatakan dalam notis itu. Walau bagaimanapun, fasal ini tertakluk kepada fasal 39 yang menyatakan hal keadaan yang data peribadi boleh dizahirkan tanpa persetujuan subjek data.

Fasal 9 memperkatakan Prinsip Keselamatan yang memperuntukkan bahawa seseorang pengguna data hendaklah, apabila memproses data peribadi, mengambil langkah yang praktikal untuk melindungi data peribadi itu daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.

Saya berharap, rakan² blogger saya bersedia untuk ambil tahu beberapa perkara penting mengenai keselamatan data peribadi kita yang telah diberikan kepada pihak yang berkenaan.

Sebab itulah, saya jarang dan sangat berhati² untuk mengisi borang / kajiselidik yang dijalankan di pusat membeli belah.

“Kak isi je form ni… tak payah beli apa², dapat mug percuma..”

Saya risau esok lusa, telefon saya akan menerima sms iklan itu dan ini yang tidak dikehendaki.

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. John Johny says

    Itulah sekarang nie dalam blog dalam fb semua nak didedah kan temasuk yang suka dedah dedah jadi kita sendiri yang tak lindungi data data termasuk data data hal rumahtangga… upssss sorry (yang tak eloklah) macam i tak suka u u tak suka i

  2. says

    setuju sangat dengan akta perlindungan peribadi ni.. :)
    semua orang kena sedar pasal benda ni.

    macammana pula dengan orang yang letakkan gambar orang lain sesuka hati tanpa kerelaan
    atau kebenaran. Agak2 tertakluk bawah akta perlindungan peribadi ni tak?
    Jom terjah post menarik dari zuls ..Tip Extra Income Dengan SponsoredTweetsMy Profile

  3. says

    banyak cara pihak tak bertanggungjawab ini mendapatkan dan menyalahgunakan maklumat peribadi kita…salah satu macam isi borang kaji selidik tue…kadang-kadang..simply jer kita bagi macam-macam detail…hanya bermodalkan ayat manis dan hadiah-hadiah yang kononnya menarik…

    setakat nie tak pernah terima SMS tapi panggilan telefon dari pihak bank menawarkan pakej2 perlindungan diri nie selalu juga…kadang2 rasa annoying…
    Jom terjah post menarik dari Sir Marcello ..Tak Kena Pape Bang…My Profile

  4. says

    Paling kerap sms saya dapat adalah diberitahu “contain” yang saya langgan akan tamat dan diminta masukkan kod yang diberi untuk terus menerima “contain” tersebut . Taktik yang mengelirukan daripada pihak yang tidak bertanggunjawab. Kalau yang cuai akan masukkan kod tersebut secara langsung akan melanggan melanggan “contain” yang tidak diundang.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..My Pinky Moments Contest – EyriqazzMy Profile

  5. says

    Saya memang pernah dapat Kak Jie….sekarang ni preduncial dok talipon saya suruh beli medical kad.Tak lama lepas tu.syarikat sama call lagi tapi org lain pulak.

    Kalau dah ada akta ni harap2 tak dapat terima lagi call macam tu.
    Jom terjah post menarik dari azmanisma ..Santai JerMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge