Mardan Palace – mampukah ku jejak

Jika mahu menyeberangi kolam renangnya dengan menaiki gondola, ia akan mengambil masa kira-kira setengah jam.
Spanya menyediakan pemandangan bersalji, bilik mandi dilengkapi cermin berbingkai emas – bukan di dinding, sebaliknya di lantai! – tandas dikendalikan melalui alat kawalan jauh dan pelanggan boleh memilih bantal daripada menu disediakan bagi memenuhi kehendak tahap kelembutan yang diingini.

Bilik mewah itu menggunakan kemasan 2,500 tan emas, 500,000 kristal dam 23,000 meter persegi marmar Itali.

Di tengahnya dibina satu akuarium dengan 2,400 ikan pelbagai jenis termasuk jerung supaya pelanggan dapat ‘berenang bersama’ hidupan laut itu
Cuma, satu dinding kaca tebal dibina memisahkan tetamu dengan ikan berkenaan.

Di sisi kolam, tersedia 11 restoran, termasuk restoran Itali yang menggunakan peralatan memasak bernilai RM7.5 juta.
Lobi hotel pula seluas padang bola sepak dan disinari chandelier kristal besar di tengahnya.

Katil di setiap bilik adalah besar, manakala penyiram di bilik mandi bersalut emas.

Bilik suite Mardan Palace hanya dapat diduduki dengan bayaran RM64,200 satu malam.
©Kujie – Ya Allah, kalau ini pun cantik dan terpegun…bagaimanakah lagi indahnya syurga di akhirat.
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za’faran) dan buminya kasturi.” (Hadis riwayat Al-Bazzar).
Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni.” (Hadis riwayat Muslim).
Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali-Imran ayat 133: “Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.




makkk aii.. tidur sana 2 malam dah dapat beli satu apartment kat Malaysia…
samdaddycools last blog post..Cara baru ransang anak belajar
fuh! terleka seketika… tapi quote akak tu lagi buat saya teruja… amin…
Zanas last blog post..Tergolek!
@Zana, dlm dok leka , teruja kena beringat2 gak…kehkeh
rm64k satu malam.. perghhh nak dok 3 malam ler mcm ni…
Kasawaris last blog post..Pengembaraan Bermula… Part 1
@Kasawari, erk…. ajak le kita org sama
celuih tu…bilik luaih
Silap haribulan runtuh bumbung gak ni
Greenlavas last blog post..How to highlight author comments in Blogger
@Greenlava, jgn risau…rekod runtuh ni M’sia pegang
perghhhh, cantiknya…
mesti org2 tkaya dunia je yang dpt g sana. marilah kita usaha jadi org kaya akhirat je..
Kak Longs last blog post..Bagai dapat kijang teruit
@Kak Long, betul tu kak long…tgok je ..kita bayangkan ganjaran yang dijanjikan Allah…jadi kita sama2 berusaha merebutnya
tak tercapai mimpiku klu camni..
dpt jd chamber girl kat hotel ni pun orait gak..
boleh bergambar dlm bilik… aduhhhh… bestnye… hehehehe… perasan je la
@kutaksempurna, pastu publish kt blog gambar2 tu..kehkeh
blogger tegarlah katakan
chantekknyerrr biru tewww..
@en_me, me pun look blue
kite visit dalam mimpi je laa kak..
takpun, kite tunggu nikmat di syurga nanti…
chekguBHs last blog post..Kenapa Stadium di Terengganu Runtuh…
@chekguBH, bile2 nk visit tu ajak kak jie skali
gerun lak nk p sorang2..takut sesat dlm mimpi :p
psst: ekau dah buekkan pengumuman ko belum.. yang eden ni lah juaro pengomel cute di bulan lopas. hehehhe..
auw! auw! auw! gitew gitew.. hehhee
mazas last blog post..Bangkitlah…
@maza, tak pernah ckp nk wat ape2 pun…..kehkeh
korang arr…
@Jie,
kujie tak adil! TAK ADIL!
uwakkkk!!! Kabor kat mak.
nanti den kobarkan kek omak den, baru ekau tau..
uwakkkk…..omakk!!! Tengok kujie nie ha.. dongki kek den yg cute ini.. uwakk!!!
hmm
rumah rakyat insan marhaen den tu ha, baru jo dilengkapi air-cond baru.. huhuhu
den ingat pun nak sewokan lah bilik tu.. agak2 eh kalau den lotakkan RM12K semalaman ado tak org nak menyewo eh! huhuhu
mazas last blog post..Bangkitlah…
@maza, tuan tanah kedekut taik idung masin….
Tak daya nak jejak lah nampaknya… Hotel 5* kat KL pun dah rasa mahai… Burj Al-Arab pun mampu pi sampai pagar jer
jeling2 dari jauh jer
izas last blog post..Harum Yang Menggoda…
@iza, bile nk cuti tu kan…bab otel ni tak berkira sgt…sbb bkn p oliday nk dok terperap dlm bilik pun , kan… kan…
humang hai…. dasat betul pemandangan kat situ….. boleh amik gambar nie untuk jadikan tempat kunjungan impian…
hazman aka species1980s last blog post..MASALAH di tempat kerja
@hazman aka species1980, kak jie jadi model boleh?
@Jie, no problemo…..hehehe
hehe…usaha lagi…nnt mesti dpt
Belanja sehari di sana mungkin boleh digunakan untuk belanja 1 tahun di sini
Active Bloggers last blog post..Cara Mudah Untuk Menjadi Popular
@Active Blogger, rm 64K kalau pendapatam setahun
erk….64/12 = 5.3K sebulan tu….*pengsan*
hoho. gle cantik. tapi mahal pn gile2. kalu hotel kt negara arab lagi la jauh high class. qatar ke
ubeys last blog post..Rebel
@ubey, dok sana semlm tu…entah dpt lena ke tidak…
aku tengok gambar aja lah…
kuinas last blog post..Runtuh lagi…
@kuina, tembus tak
tak tido agaknya kalo dapat pegi sana.
@juliet, betul arr tu…….mau terkebil2 teringat tilam masam kat rumaah…hehehe
syurga Allah lebih dari ini …..
@pB, betul tu..sehebat mana pun yg ada di dunia, tak mungkin dpt mengatasi
kagum!
KNizams last blog post..Bob.my Kembali dengan LamanBlog.com – Satu Lagi Direktori Laman-Laman Blog Tempatan !
@KNizam, beragan je laah…kita ni
Allah sendiri suruh kita berjalan dan bertebaran di atas muka bumi sambil memuji kebesaranNya..
simpan duit, ade rezeki boleh bawa family n woodstacker jalan2..
woodstackers last blog post..Fmb5- kotak sejuk beku
@woodstacker, sebelum ke situ, ada tempat lain yg wajib…hehe
Salam hormat wahai kujie.
Allah berfirman – “Mintalah kepada KU, akan Aku perkenankan”
Allah Maha Berkuasa.
Abang Longs last blog post..SAYANG kerana ALLAH
@Abang Long, Terimakasih abang long
betul 2 kak jie..
kat syurga xtahu la brape indah lagi…
Callisters last blog post..Blog is now live on a managed web hosting
@Callister, jom kita berusaha ke sana
klau k.jie nk g, jgn lupa ajak tau…
@Azah, ye la..nnt kak jie roger roger
Macam istana Puteri Balqis
kruel74s last blog post..Sorry seems to be the hardest word
@kruel74, ek…dah tgok ke istana dia
tak ajak pun..hehe
iskkk..siannye orang yang susah..xpun sederhana senang…takat pandang dlm gambar je le…rase mcm sape yg duduk kt otel nie..mmg manyak duit sesangat n xtau duit nak melabur kat mane..huhuhuuhuh
krieszs last blog post..Shopping dan Kesihatan
@kriesz, kalau byk duit , byk lagi dugaan tu…takut arrr