Merujuk kepada post mengenai doa iftitah , ada pengkomen yang meninggalkan peringatan ( guna nickname “Peringatan” ) seperti ini.

Peringatan, terdapat kesalahan dihujung doa iftitah. Lihat balik dalam kitab Al’ Quran, Surah 6, Ayat 163. Jika diperhatikan betul-betul “waana awwalul muslimin”. Sudah berpuluh tahun kita amalkan dalam solat, sedangkan kita telah menukar ayat Allah. Sahkah solat kita? Fikirkanlah siapa yg menukar ayat ini sehingga ‘kini kita masih praktikannya. Kalau kita baca terjemahan Al Qur’an, segolongan ahli kitab(bijak pandai) telah menukar ayat2 Allah dengan harga yang sedikit untuk mengkafirkan kita. Renung-renungkanlah wahai orang muslimin, adakah kita telah diperbodohkan! Sesungguhnya kitab Al-Qur’an adalah pelajaran bagi orang yg b’akal.
================================================
Berbeza pendapat adalah perkara biasa di dalam banyak hal , tetapi untuk isu ini , kita fokus kepada hal utama - berdoa.
Berdoa dan membaca al Quran adalah dua perkara berbeza. Doa bermaksud kita memohon sesuatu yang baik daripada Allah s.w.t. Dalam kes doa iftitah, doa yang kita baca adalah dalam bahasa Arab. Kita bukan membaca surah di dalam sembahyang.
Banyak doa harian yang kita baca adalah petikan dari Al Quran dan sedarkah kita bahawa ada bahagian² yang telah diubah?
Contoh doa yang biasa kita baca yang dipetik dari ayat 286 Surah Al Baqarah , kita ucapkan – Ya rabbana ( Wahai Tuhan kami ) , kalau kita baca ayat tu sebagai doa dan mengubah Ya rabbi ( Wahai Tuhanku ) itu tak ada kesalahan.
Dalam kes doa iftitah, doa yang kita baca adalah seperti ayat Al Quran Surah Al An’aam ayat 163 – La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana awwalul muslimin.
Dalam doa iftitah, kata awwalul muslimin diganti dengan minal muslimin .
Tolong fahamkan kita bukan membaca surah tetapi kita membaca doa. Saya telefon ustazah saya untuk bertanya mengenai isu doa iftitah ini dan kata ustazah, doa iftitah bukan semestinya ayat2 ini saja. Kita boleh baca berbagai jenis doa, menambah doa yang sedia ada pun boleh .
Oleh kerana bahasa Al Quran itu cantik, kita menggunakan ayatnya sebagai doa sebagai salah satu cara kita mengambarkan diri seorang hamba yang sangat² berharap kepada Allah. Macam orang bercinta, send sms cute dan comel.
Kenapa diubah?
wa ana awwalul muslimin bermaksud dan akulah yang pertama berserah diri kepada Allah itu selayaknya hanya diucapkan oleh Nabi kita s.a.w.
Esok hari selasa, bila jumpa ustazah saya tanya lagi mengenai kisah yang diceritakan dalam surah Al An’aam.
Saya berharap juga, kawan² yang membaca entri ini rujuk dengan guru masing². Jangan menuntut ilmu sekadar di dalam internet.
Soalan berat yang ditanya oleh “Pemerhati ” , Sahkah solat kita?
Jom kita belajar balik syarat-syarat sah solat. Saya masih belajar.
Post Lain Yang Berkaitan:


ada lagi ke doa lain selain doa iftitah dalam sembahyang , kalau ada tentunya boleh diubah mengikut kehendak sendiri atau lebih baik tak diubah , ikut terus dari alquran . rasanya lagi selamat kerana ambik ayat ni sambung ayat lain itu agak tak selamat , kerana manusia ni bukan semuanya baik sebaliknya lemah . hanya tuhan yang berkuasa , jadi kita pakat mabik ayat lain lah yang tak payah diubah …..boleh gitu….sure selamat pada pandangan allah kerana tak memandai mandai dalah mencampuradukkan ayat allah….
sila fahamkan doa dan ayat Al Quran
ada beza kedua-duanya .
yang saya belajar kena bezakan wa ma ana minal musyrikin dan wa ana minal muslimin… wallahuaklam.
dalam bab ni,kita kena rujuk kitab fiqh antaranya Fiqh manhaji seperti Ustaz MyIlham cadangkan ataupun kitab2 fiqh yang lain.
Kita tidak boleh dan tidak mampu mengambil hukum daripada quran dah hadith sebab bahasa arab kita tidak mencapai tahap seperti 4 imam mazhab yang terdahulu.
Bahkan pensyarah2 yang berbangsa arab juga mengatakan dia bukanlah orang yang alim dalam bahasa arab.
Jadi, dalam bab hukum,rujuklah kitab2 agama…seperti:
fiqh manhaji-karangan sheikh mustofa bugho n sheikh mustofa khin
syarah ibnu qosim-Sheikh muhd bin Qosim
minhajul al tholibin-Imam al-Nawawi
dan lain2 kitab yang diiktiraf.
Manakala ayat quran yang kita niatkan doa dan bukan membaca quran,boleh diubah mengikut kesesuaian nahu.dalam ilmu balaghoh, dikenali sebagai iqtibas;iaitu menyelitkan hadith dan quran dalam percakapan tanpa mengatakan ia adalah hadith ataupun quran.
Allahu Taala a’lam.kalau salah, mohon diperbetulkan.
Sy bab agama ni nak komen dah menjatuhkan hukum cukup takut, kalau sorang ikut apa yg kt kata dan ternyata ianya fahaman salah,habislah kt nak menangunggnya
Apa2 pun rujuk pada ustaz itu yg paling penting
Jom terjah post menarik dari mijie ..Selamat Hari Lahir yang ke 2 Muhammad Fahim anak daddy
Niat tu kena betul.. tak berani nak komen tentang sesuatu yang kita sendiri tak arif. Bab agama tak boleh buat main… bak kata Kujie, berguru.. itulah jawapannya
Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Wordless Wednesday 11 – Usaha Tangga Kejayaan
Segala keterangan kujie lengkap, tak harus dipertikaikan….
Sememangnya begitu…bagi yang tak tau??? Bacalah sejelas-jelasnya.
Jom terjah post menarik dari sensasi2020 ..KEAGAMAAN
TYPO: “barakah dari DOA yang diajarkan…”
sorry :p
wa anna awwalul muslimin adalah doa yang dibaca oleh Nabi S.A.W. di penghujung doa iftitah sebab Baginda orang pertama muslimin dari kalangan kafir kuraisy dan kita umat Nabi S.A.W membaca doa tersebut dengan bacaan wa anna minal muslimin dengan niat mengambil barakah dari dia yang diajarkan oleh Baginda. (seingat saya….)
maka begitulah yang diperceritakan oleh ustaz saya. sekian
Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Kehabisan subjek atau kekeringan idea?
terima kasih untuk info ni..Aya pun tak perasan…

Jom terjah post menarik dari Aya ..Salun Mencuci Telinga. Biar Betul?
ayat last , kak jie suruh refer dengan guru, ustaz….kita kena belajar agama dengan guru
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sultanku Yang di-Pertuan Agong ke 14
Saya tak tahu nak refer pada sapa…. tetapi untuk selamat, jangan ubah atau tokok tambah apa-apa ayat dalam Al Quran
Just follow….
Jom terjah post menarik dari zack ..Lantak Kau Lah… Lalalalalalla
tq ye info…terungkai segala persoalan…
dalam solat,doa iftitah ni sunat dibaca dan bukan syarat sah solat.mungkin pemberi komen ni tersalah anggap kot…

Jom terjah post menarik dari Pacifista ..11-11-11
saya pun baca mcm tu juga..seperti yg di ajar bepuluh2 tahun oleh arwah kakak saya..’waana minal muslimin..’
Jom terjah post menarik dari mrs.yie ..TAKDIR ITU UNTUK AKU – PART 43
Apabila si jahil datang bertanya tentang sesuatu kemushkilan, maka perlu diterangkan berpandukan kepada ilmu yang ada. Sekiranya tidak dapat menjawab persoalan itu, maka patut dirujuk kepada mereka yang lebih pandai yang mampu menjawab pertanyaan si jahil itu. Dalam hal ini, si pongkomen tak salah sebab dia jahil. Jadi persoalan ini perlu dijawab dengan cara yang betul berpandukan kepada kebijaksaan yang dianugerahkan oleh Allah. Jawapan Kak Jie kat atas pada saya memang banyak membantu
Jom terjah post menarik dari Sobri Mansor ..BPL 2011/12 Week 8: Arsenal vs Sunderland
setuju kak jie… selain dari tu, pergerakan dalam solat pun selalu jadi isu.. dan orang pulak suka anggap apa yang dia amal tu je la sebaik-baik cara.. padahal, lain guru, lain la caranya.. as long as tak melanggar syariat dan aqidah kita, kita patut raikan semuanya… as long as bila baca ayat tu, tak terpesong maksudnya, masih tak de masalah.. yg belajar agama betul ni biasanya tak kecoh.. yang abru-baru nak belajar tu la yang selalu belagak pandai.. huhu…
Jom terjah post menarik dari Amni ..Gaduh Sampai Lebam !!
terima kasih atas entry ni. mungkin byk menjawab persoalan yg slama ni dok dlm fikiran
Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..The Accurate Clock Oleh Mr Jones: Jam Dinding Penuh Keinsafan
Doa iftitah tak termasuk dalam rukun solat..
Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Trafik sikit pun dapat 3 buffered earning?
x pandai mana nak komen pasal2 hal2 agama ni..ilmu x cukup agi..:)
Jom terjah post menarik dari Derus ..New Zealand ke final Rugby World Cup 2011
kena dapat pandangan pakar ni,,
Jom terjah post menarik dari zool ..Oblong yang best
Ilmu sebegini yang bagus dikongsi untuk tatapan kita bersama. Insya Allah akan ada yg terus melekat di hati.
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Waktu Solat Malaysia
kalau was-was, tanya aje kat ustaz. Benda ni mudah aje sebenarnya. Tapi sebab kita tak tahu, memang jadi susah la..
Jom terjah post menarik dari titan ..Giveaway dari Kujie2.com
waana minal muslimin …memang dah biasa baca sejak dari kecil hingga sekarang.. mmg itu yang diajar dan belajar… Apa-apa pun terima kasih K.Jie atas penerangan ni…
Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..BUDAK DILANGGAR DAN TAK DIENDAHKAN
solat akan sah jika suma syarat sah solat dipenuhi..
adapun doa iftitah adalah bacaan sunat di dalam solat..
Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..cerita lucah ustazah melayu bertudung cantik
Perkongsian yang sangat menarik Kak Jie.
Soalan “berperisa” holier-than-thou beliau serasa tak kena nada saja. Belum sempat tamat diskusi terus masuk kesimpulan, yakin benar dirinya sahaja yang betul, masyaallah.
Nama pun doa, memang ada Doa Iftitah yang lebih panjang dari yang biasa kita baca, tapi Iza yg jahil ni malas nak hafal dan fahaminya
Niat pengomen tu mungkin baik..Tapi mungkin dia terlalu mengikut emosi..
Apa pun terima kasih kepada si pengomen & kak jie jugak..Sebelum ni memang saya tak pernah tahu tentang hal ni..
Jom terjah post menarik dari Nadya ..Makanan sedap & murah di mana-mana #6
setahu saya kak jie, maaf dulu jika salah yang kak jie kata itu yang saya hafal dan amal, tentang sah solat, susah juga sebab dicari kesalahan ayat bukan soal baca atau terlupa baca doa iftitah…tertinggal bacaan doa iftitah tetap sah solat tapi kata ustazah saya doa iftitah itu pangkal/kepala, seperti keretapi perlu ada kepalanya, kalau tertinggal tetap bergerak juga…
Jom terjah post menarik dari azura ..Tiga kata kru
perkongsian yang bagus.
Jom terjah post menarik dari robotkuning ..DOCTOR PERFECT BOOB FORMULA | PERFECT BOOB SPECIFICATION
salam. doa iftitah ni termasuk dalam sunat haiaat.ttg lafaz ‘wa ana minal muslimin’ itu adalah sahih mengikut riwayat imam muslim hadith drpd saidina ‘ali.
jgn mudah2 pertikai ‘sah atau tidak solat’ sedang kita tidak tahu dalil kepada bacaan tersebut
sah atau tidak? jawabnya sah.rujuk dalam kitab fiqh manhaji ‘ala mazhab assyafi’e,
Jom terjah post menarik dari myilham ..Nikah : Mahu Yang Mencetus Mampu
saya pun baca waana minal muslimin , erm terima kasih kakjie tolong jelaskan ..

Jom terjah post menarik dari puanbee ..Iklan In – Text Dan Text Link Innity
bagus post ini… at least kita tau dari tak tau…
Jom terjah post menarik dari pereman ..Kris Dayanti Patut Buang Anak Luar Nikahnya Dari Tingkat 9 Banggunan?
Pengomen tu tak faham tu Kujie. Kena track back balik dia dan minta dia baca penjelasan yg ini. Nice one.
Bahasa adalah tetap bahasa iaitu medium, yg paling penting ada isi. ayat quran xboleh diubah pada teks dia, tp untuk guna buat doa tak menjadi masalah. cthnya mcm nak tukar mufrad jd jamak, nak tukar dari gandum jd beras, kira ikut penyesuaian.
Nak print benda ni bagi pada Mak kejap.
Nak suruh Mak baca dan bagi pendapat dia juga.
Mak payah nak baca kat skrin. XD
Jom terjah post menarik dari Lord Zara ..Tahniah Awak. Hati Dia Sudah Pecah.
Saya baca wa ana minal muslimin.Itulah yg diajar oleh emak dan ustaz.
Syarat sah sholat tak ada pun kata pasal doa iftitah
.Keliru agaknya org tu.
Jom terjah post menarik dari Azman ..Sikap buruk pemandu kita
terima kasih utk penerangan ni Kak Jie..
Ilmu sy dlm bab agama ni tak lah setinggi mane.. jadi info ni amat berguna utk sya..
terima kasih sekali lagi..
Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..ENAKMEN EMAS KELANTAN DIPINDA
kesian pula si pengomen tuh.. nak komen tapi susah nak terangkan?? sesuka hati je menuduh.. hmm..
doa dengan ayat bacaan dalam solat lain2.. sebab doa bila2 masa boleh kita berdoa, doa macam2 cara boleh.. betul tak?? janji berdoa benda kebaikkan..
Jom terjah post menarik dari Mejuez ..Drama Nilapura Slot Aksi TV3
kerana komen itu, saya buka syaamil al quran…cari maksud terjemahan dan baca penerangan2 mengenai kisah dalam surah ni… itulah sudut baik dari persoalan ini. belajar dan jumpa maklumat yang selama ini tak tahu.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sultanku Yang di-Pertuan Agong ke 14
bagus penerangan nie…
Jom terjah post menarik dari Pena Biru ..Israel Siarkan Senarai Tahanan Bakal Bebas