Menyingkap Istana Negara Disebalik Pameran Raja Kita

Sebagai orang biasa bukan luar biasa, saya, Angah dan Intan tidak melepaskan peluang mengunjungi Istana Negara ( lama ) untuk melawat Pameran Raja Kita.

Pameran Raja Kita diadakan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selama dua bulan  merakamkan sejarah ringkas riwayat hidup baginda, alat kebesaran diraja juga koleksi peribadi Tuanku Abdul Halim.

Tarikh Melawat Istana Negara : 15 April hingga 15 Jun 2012
Waktu Lawatan Istana Negara : 9.00 pagi hingga 5:00 petang
Lokasi Istana Negara : Masuk melalui pintu utama di Jalan Istana
Bayaran Masuk Istana Negara : Percuma

Edit :  Maklumat dari laman web Jabatan Muzium Malaysia , Pameran Raja Kita di Istana Negara Lama ( Jalan Istana ) dilanjutkan sehingga 31hb Dis 2012

Sebelum memasuki pameran di Balairong Seri Istana Negara , pelawat kena tanggalkan kasut dan bayaran RM3 dikenakan sekiranya kita merakamkan gambar dengan kamera termasuk telefon bimbit.

Kami datang awal, pelawat belum ramai.   Semangat berkobar-kobar dari rumah sebab nak merasa masuk Istana Negara.  Pernah melawat dulu, tetapi hanya bergambar dengan pengawal yang bertugas di luar pintu pagar.

Kalau dari luar, kita nampak Istana Negara besar agam dengan megahnya.  Sebenarnya bangunan Istana Negara yang dibina dalam tahun 1928  tidaklah sebenar mana.

Ini adalah Mohor Besar Raja-raja.  Wah… terus teringat pengumuman puasa dan hari raya, kan?

Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja- Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa  anak bulan…. * belum habis pengumuman , bunga api mercun dah berdentum *

Mohor Besar Raja-raja dibuat di England pada tahun 1949 yang digunakan sehingga ke hari ini. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sekarang adalah Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

 

 

Biasa nampak gambar kat sini?  Selalunya orang- orang besar terima pingat kebesaran,  bergambar suami isteri  depan singgahsana dan frame gantung kat ruang tamu.

Ini pula bunga emas negeri Kedah…. ops! yang dibelakang tu Bunga Emas, yang berdiri tu Intan Payung.  Kedah mengirimkankan bunga emas atau bunga perak kepada Raja Siam setiap 3 tahun sekali.  Penghantaran bunga emas telah menimbulkan dua tafsiran berbeza.  Pihak Inggeris dan Siam menganggap penghantaran ini sebagai ufti tanda mengaku tunduk kepada Siam.  Namun di pihak Raja-raja Melayu pula mengatakan bunga emas dihantar sebagai tanda perikatan dan persahabatan dengan Siam.

Passport Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong termasuk Kad Pengenalan dan Lesen Memandu antara barangan peribadi yang dipamerkan.

Antara alat kebesaran dan koleksi cenderamata yang terdapat di ruang pameran.

 

Kesopanan dan Kesusilaan  anak beranak ni…


Balairong Seri Istana Negara

Ini bilik air di dalam istana.  Ini saja bahagian lain yang dibuka untuk kegumaan umum.  Kalau boleh, nak juga tengok  ruang dapur, bilik tidur atau ruang makan yang terdapat di dalam istana tu….

Taman yang terdapat di bahagian belakang bangunan istana.  Saya ingat ke taman istana ada pokok warna warni, buaian bunga-bunga atau landskap menarik.  Biasa saja tetapi rimbunan pokok-pokok tersebut memberi suasana redup dan sejuk.

Jangan lepaskan peluang , ambillah masa untuk mencatit sejarah peribadi untuk kenangan .  Biasanya Pameran Raja Kita diadakan di Muzium Negara tetapi untuk julung kalinya, pameran di adakan di Istana Negara.

Saya ada bertanya kepada kakitangan yang bertugas sama ada pameran ini tetap diteruskan selepas 15 Jun dengan dikenakan bayaran.  Dia pun tak pasti lagi… jadi, jangan terlepas peluang.

 

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. Hana says

    rancang nk pergi…mcm sgt best…”istana negara”…mesti ada taman terlarang penuh bunga2, pokok redup subur…kalau dpt masuk boleh merasa jd puteri berjalan2 bwh pokok redup keliling bunga2 subur

    tp drp post ni,nmpk mcm istana negara is an ugly sad colonial old haunted place

  2. says

    kak jie,
    pasal bunga emas itu, kalau menurut pendapat lain pula, ianya diberikan oleh Sultan Kedah sebagai zakat kerana waktu itu raja siam adalah islam sebelum di jajah oleh raja thai. raya siam waktu itu dikatakan ayuthia. baginda memakai nama shahrul nuri. disitu juga pendita hamzah fansuri pergi menuntut ilmu kerana tingginya tamadun islam di siam. mana mungkin sultan kedah akan beri bunga emas kepada raja siam jika ianya bukan sebagai zakat. bayaran ufti ini diberikan hanya kerana raja siam adalah islam. selepas itu pada tahun 1767, baru siam dijajah oleh thai. dari golongan sokho thai yang beragama buddha. hingga hari ini. raja siam terakhir nama khalifah syarif abu bakar syah. lepas ayuthia kena tawan, baginda berundur ke thammarat dan dikenali sebagai raja bakar. cerita ini ada dlm sejarah patani dan manuskrip undang undang kedah. tapi itu la..sejarah ini ditafsirkan oleh sesiapa yg berkuasa..

  3. Hafizul says

    Emm sedap doh kalau dapat bunga emas tu..haha.. Walaupun tak pernah pergi ke tempat macam ni, tapi saya rasa meriah dengan tengok gambar dalam entri ni. sekurang-kurang saya tahu apa yang ada didalamnya.hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..CAT 5 Dan CAT 6My Profile

  4. tanye says

    kena jalan kaki jauh ke, kalau nak masuk dalam istana tu? ingat nak bawak parents tapi kalau kena jalan jauh, susah gakla.

    • says

      ruang kat dalam tak ada masalah sebab berkarpet – penat boleh duduk

      nak jalan masuk dari pintu utama tu jauh juga, cuba tengok gambar terakhir tu

      itu tengah2 perjalanan, depan ada simpang untuk ke ruang pameran….tapi dia sediakan kerusi untuk warga emas
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Perlu Petua Bibir KeringMy Profile

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge