Nenek Main Dengan Cucu

Saya tak pasti entri ini ditujukan kepada siapa – rasanya majoriti pengunjung blog ini masih muda. Tetapi apa yang ingin saya kongsi ini sangat cool…. saya suka. Mungkin sebab dah tua, naluri bercucu dah mula tumbuh!

Zaman kita sekarang yang membesar dalam keluarga jenis nukleus (keluarga induk yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak) berbanding dengan zaman dulu keluarga besar ( nenek, datuk, ipar-duai, pakcik makcik, sepupu sepapat )

emak mertua sedang bervideo cam dgn suami saya


Dalam keluarga besar, amalan komunikasi yang berperingkat dan didominasi oleh nenek atau datuk yang menjadi pemandu arah , pendamai jika ada krisis , dihormati dan menjadi rujukan. Hubungan nenek dan cucu berlangsung secara penuh kasih sayang dan terkesan dalam memori hingga dewasa.

Anak-anak kita sekarang semakin kurang berada dalam lingkungan kasih sayang, pemerhatian datuk nenek mereka . Tetapi dengan kecanggihan teknologi dan kepesatan pembangunan di setiap ceruk tempat, kejauhan itu mungkin boleh kita gunakan ke arah hubungan yang sihat.

Macam mana? Main bersama. Zaman sekarang, untuk mendekatkan diri dengan anak² atau cucu² kita kena lebih memehami situasi mereka.

Saya terjumpa satu web Grandparent Games. Comel tau kalau nenek dan cucu habiskan masa bersama walau secara online melibatkan aktiviti yang menyeronokkan.

Bila datuk/nenek dan cucu sign in (hanya perlu satu akaun), kita akan dapat melihat dan mendengar satu sama lain dengan Webcam dan mikrofon. Kemudian pilih salah satu kegiatan yang sesuai dengan usia cucu untuk bermain bersama. Game ini direka untuk melibatkan anak-anak dan menarik perhatian mereka seperti perbincangan datuk dengan cucu tentang apa yang ada pada paparan.

Dengan mendaftar secara percuma, kita hanya memerlukan komputer, sambungan internet , webcam, dan mikrofon atau alat dengar.

Games ini dihasilkan oleh seorang Dr. Roger Schank untuk cucunya yang berjauhan bernama Milo. Dr. Roger Schank mempunyai Ph.D. dalam Linguistik dari Universiti Texas dan merupakan pengarang lebih dari 20 buku tentang learning, language, artificial intelligence, education, memory, reading, e-learning, dan story telling.

Kalau tak ada cucu, main dengan suami yang jauh pun boleh, kan… salah satu cara meluangkan masa bersama². Klik sini – Grandparent Games. Ada iPhone dan iPod Touch Apps pun… makin sanggih hubungan cucu dan nenek sekarang.  Juga ada blog dari seorang datuk untuk cucunya.

©kujie – 10 tahun lagi, Insyaallah saya pun mungkin menulis dengan kategori baru ‘cucu’. :lol:

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    hedhehe.. mak maza memang tak tahu pasal komputer.. tapi mungkin maza akan gunakan perisian ini tak lama lagi juga. heheheh

    cucu maza pun sudah ada 5 orang.. huhuhu
    cucu sedara sehh…

  2. says

    Kalau teknologi digunakan secara betul memudahkan keluarga yang jauh berkomunikasi tapi bukan alasan tidak menjeguk orang tua yang rindukan keletahan cucu. Jangan sampai orang tua telefon suruh balik kampung

  3. fikri91 says

    nenek zaman skng ney makin canggih r…
    kalau r dia ada facebook, lagi habis saya…
    sume benda dalam pengawsan nenek tersayang..:)

  4. says

    Aku dah beberapa tahun ajar mak guna email dan gtalk. Bila dia rindu kat cucu-cucunya..on kan saja gtalk pastu derang boleh bersembang puas-puas..Gunakan teknologi sebaiknya..

  5. mankuchai says

    tertarik dengan statement “naluri bercucu dah mula tumbuh!he3…Kak Jie dah mula rasakan yer.. agak2 nanti dah ada cucu Kak Jie masih lagi menulis? mungkin Kak Jie jadi orang pertama di Malaysia..nenek blogger paling hot :)

  6. says

    hehehe..comel tngok orang2 tua main komputer… one thing that i noticed kalau ibu bapa saya..kalau kami ber’webcam’ dengan abang2 saya kat luar negara.. mereka takkan berani nak sentuh komputer… cakap dekat2 dengan keyboard …hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge