Notis Amaran: Virus Santa Claus

Tengah melilau kat internet ( bukan ke tempat² yang tak sepatutnya tau… ) tiba² muncul kat skrin komputer amaran ini Suspen sekejap……. habislah………habislah komputer  kena serang hendap. Berkedip kedip tanda amaran ‘virus found’.  Terkejut juga seminit dua. Kemudian panggil Angah. Dia tengok je terus dia cakap ” ala……..ni tipu je ma…. dia tipu mata mama.  Cuba tengok my computer kita  tak sama .

  1. My Computer kita ada Aktif  (E : ) ada Data Centerz ( D: )
  2. System folder tak sama – kita punya ‘ Files Stored on this Computer’ , dia punya ‘System Folders’
  3. Paparan tu masih lagi dalam browser – perhatikan adress bar tak menunjukkan ‘My Computer’.

Ikut pemerhatian Angah, itu cuma GIF Image semata².” ‘My Computer’ yang sebenar…. Jangan terkeliru dengan image yang dipaparkan. Tenang je dia selesaikan masalah. Mama dia kecut seminit tengok skrin berkelip². Untuk keselamatan, saya buat full scan komputer dan jumpa satu ‘benda asing’ yang perlu dibuang. Kepada kawan² yang mungkin terserempak dengan kejadian seperti ini, jangan panik…. tarik nafas , bertenang dan jangan klik apa². Santa Claus datang bagi hadiah tahun baru kot. Sebelum bercuti panjang saja hantar ‘rusa’ masuk  cerobong asap  ke dalam rumah ( komputer ) kita . Nasib baik rumah tak ada cerobong asap :lol:

Nota :

  • Nama virus tidak didaftarkan secara rasmi.
  • Sekiranya telah dijangkiti, laman web yang kita klik akan dipindahkan ke laman web lain.

©kujie – virus selesema makin merebak

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Trackbacks

  1. […] Pastikan juga minda anda waras dan berfungsi dengan baik. Punya memori yang cukup dan bebas dari virus santa claus. Ok. Pergi tengok dulu di […]