Orang Kaya Ukur Masa, Orang Miskin Ukur Duit
Pengetahuan Am

Orang Kaya Ukur Masa, Orang Miskin Ukur Duit

Orang kaya , dia ukur masa.  Orang miskin dia ukur duit.

Percaya kata-kata ini?

Kebiasaannya orang kaya sangat disiplin mengenai masa dan mereka sangat menghargai nilai dari masa yang digunakan.  Bagi orang yang kaya , dia faham nilai masa yang tepat untuk merebut peluang untuk dimanfaat dalam kehidupan.

Duit yang hilang, boleh dicari ganti tetapi masa yang berlalu, tak mungkin akan berganti.

Jadi kawan², kalau nak kaya kita perlu mengubah minda untuk lebih menghargai nilai masa yang kita ada dengan melakukan sesuatu yang mendatangkan keuntungan, bukan disia-siakan.

Bagaimana kita menghabiskan masa bergantung kepada hiraki prioriti dalam hidup.  Apa yang kita sayang , rasa amat bernilai , kita cinta biasanya akan berkembang memberi pulangan kepada diri kita.

Kita belai pokok yang kita sayang – pokok berkembang subur.

Kita jaga dengan penuh kasih sayang keluarga , kebahagiaan dan keharmonian yang akan kita perolehi.

Begitu juga duit – kalau kita hargai duit yang kita miliki, membelanjakan pada keperluan, duit kita juga akan berkembang dan berganda.

Inilah ilmu yang saya belajar dari seminar dua hari FISH Financial Independent, Strong & Healthy yang dianjurkan oleh Dr. Ahmad Rahman Songip.

Workshop ini membuka cara berfikir mengenai pengurusan kewangan dan aset yang dimiliki.  Saya sedar walaupun mempunyai kewangan yang stabil dan beberapa aset masa depan tetapi tanpa ilmu untuk penguruskannya, aset tersebut tidak memberi pulangan yang sepatutnya.

Sikap mesra dan mudah didekati bersama Prof. Dr Ahmad memudahkan kita melontar idea dan bertanya soalan.

Beliau bercakap dari pengalaman sendiri dan sebab itulah anda kena hadir ke Bengkel FISH sebagaimana saya untuk melengkapkan diri pada masa persaraan.

Salah satu modul FISH yang berkesan adalah FISH MARKET.  Dalam aktiviti ini, kesemua peserta akan berjual beli seperti pasar  secara real.  Peserta menawarkan perhidmatan dan mencari prospek baru perniagaan.

Disinilah kita membentuk networking iaitu salah satu asas sokongan penting yang memberi keyakinan dalam perniagaan.

Seminar ini amat sesuai untuk merancang kestabilan keluarga dengan pendapatan selepas persaraan.  Kita perlu bertindak sekarang kerana untuk menjadi kaya adalah dengan mengambil peluang.

Belajarlah menguruskan duit sendiri kerana di peringkat universiti sekali pun kita hanya diajar menguruskan duit orang lain!

Seminar FISH akan diadakan lagi pada 12& 13 Februari 2011 di Hotel Putra, (bersebelahan Hospital Pusrawi), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Untuk mendaftar –  fish4wealth.com

Sekaranglah masa yang tepat untuk bersedia pada putaran roda ’10 years economic recession circle’

gambar ihsan : wanmus.com

©kujie – entri berjadual.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Orang Kaya Ukur Masa, Orang Miskin Ukur Duit

  1. duit rm 350 boleh dicari dan insyaallah boleh digandakan lagi. tp intipati seminar yg sgt berilmu.

    semua dijemput hadir….

  2. tapi kan….biasanya kita orang ukur guna total Station ataupun lebih canggih lagi guna GPS….keh keh keh
    Jom terjah post menarik dari ann ..Kota Roman 1My Profile

  3. masa itu memang emas, semua masa tak boleh dibeli, jadi gunakanlah masa dengan baik (:

    stuju dengan nie kakjie,

    Belajarlah menguruskan duit sendiri kerana di peringkat universiti sekali pun kita hanya diajar menguruskan duit orang lain!
    Jom terjah post menarik dari Azzafirza ..Follower- penting keMy Profile

  4. maksud di situ bukan nak jual beli masa..
    tapi kalau orang tengok emas bergolek depan mata tak ke dikejarnya emas tu sampai dapat..
    macam tu lah aplikasinya dalam masa ni..^^
    Jom terjah post menarik dari APi ..Aku Diam Bukan Kerna Aku BisuMy Profile

  5. kalau masa tu tak berharga tak de la perumpaaan

    “masa itu EMAS”…

    masa muda kuat lagi nih, kumpul apa yang nak dikumpul, bila dah tua boleh la releks… 😆
    Jom terjah post menarik dari shay ..Tinggal SepiMy Profile

  6. tunjukkan kepada saya 1 orang sahaja yang kaya tapi hidup tidak berdisiplin. Kekayaan dan kejayaan semua bermula dengan displin terutama masa jadi kalau kita ni asyik lewat dan tak hormat masa jangan mimpilah nak sukses.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Tenang walaupun ditahan polisMy Profile

  7. Dan orang kaya juga akan menggandakan masa mereka. Jika orang lain hanya 24jam, mereka akan cuba menggandakan sehingga beribu jam. 🙂 Ini apa yang saya belajar dari seminar pengurusan wang yang lain.

    Menarik betul tawaran tuh, tapi bulan februari ni banyak betul aktiviti, huhuhu…
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Perhubungan kita sampai di sini sahaja…My Profile

  8. sekarang ini akaun sedang tergeliat.. memerlukan masa juga.. hehehe

    harap2 dgn aktif di blog, dapat memberikan pulangan yg baik2 juga… heheheh

    dlm diam maza mahu kata pada diri sendiri, lantunlah ekau gitew.. hahahhah
    Jom terjah post menarik dari maza ..Malang menghempap lagiMy Profile

Comments are closed.