Panduan Arah Kiblat

Assalamualaikum kawan-kawan,

SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA’ MATAHARI DI KA’BAH  28 MEI ( kira-kira jam 5.16 petang )  & 16 JULAI (5.28 petang ) waktu Malaysia.

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?

Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.

Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak.

arah kiblat 267x220 Panduan Arah KiblatApabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :

1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.

3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.

2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.

Sumber : Majlis Agama Islam Selangor
Maklumat tambahan :Wikipedia- Kiblat
Nota – Ka’bah terletak pada koordinat 39o 49′ 34″ BT; 21o 25′ 21″ LU)

p/s – Entri 28 mei 2007 yang dikitar semula untuk diulangkaji.


Post Lain Yang Berkaitan

52 Berkongsi Rasa

  • Pada 2007.07.16 10:03, MZ menulis:

    sometimes jgn terlalu berkira sangat. as long as dada menghadap ke kiblat … but to be precise also is veri the veri gud! :D

    • Pada 2007.07.16 15:10, zura lias menulis:

      thanks kak jie pur the info..appreciate..kalo tak,sy xtau…hikss..

      • Pada 2007.07.16 22:00, Noushy Syah menulis:

        hehhehe..cara moden dan mudah as ABC, guna kompass kiblat!! Pasti tepat, insyaallah…

        Tapi info kak jie tu bagus utk yang xpunyai kompass..:)

        • Pada 2007.07.17 07:38, chii menulis:

          masjid depan ostel..lalal…alhamdulillah..da ok ;)

          • Pada 2007.07.17 07:49, Jie menulis:

            mz >> Ini adalah salah satu kaedah tradisional yang boleh dilakukan hanya 2 kali setahun.

            Zura >> Kadang² tau , tapi tak yakin …mcm dengar cakap pihak ketiga…ilmu dikongsi bersama lebih berkat.

            Noushy >> ye cara moden lebih mudah tetapi setahun untuk 2 kali kita menempuh tarikh istimewa macam ni…

            chii >> uhuhu..dah hantar laporan ya..bagus²

            • Pada 2007.07.17 11:17, sayda menulis:

              sayda ada kompas kiblat.senang.nk travel pun senang.paham2 la kan duk tpt org ni.

              • Pada 2009.05.27 14:11, Active Blogger menulis:

                Info yg sgt berguna…dah pernah dgr tentang benda nie…tp tak pernah buat lagi :-) nnt boleh la cuba :-)

                Active Bloggers last blog post..Seven Tag Game – My First Tag Game

                • Pada 2009.05.27 15:19, Mak Su menulis:

                  tq Kujie utk peringatan ini :)

                  :razz:

                  Mak Sus last blog post..Ayat-ayat untuk mengayat

                  • Pada 2009.05.27 15:27, kutaksempurna menulis:

                    saya mmg ‘fail’ bab2 koordinat ni..
                    tapi kena ambil tahu gak, kan.. manaa tau, klu tersesat nanti.. errr… hrp2 tak tersesat.. takuuutt..

                    thanx for the info

                    • Pada 2009.05.27 15:39, Kujie menulis:

                      @kutaksempurna, entri 2 tahun dulu…tapi rasanya sesuai untuk dikitar semula ( alasan sibuk hihihi… )

                      • Pada 2009.05.27 15:39, Kujie menulis:

                        @Mak Su, ulangkaji sama2 maksu..kebetulan entri lama ni bertepatan untuk kita ingat semula

                        • Pada 2009.05.27 15:39, kruel74 menulis:

                          Kena check ni. Rumah saya tu kekadang confuse bengkok nya berapa degree. Walaupun surau selang 3 rumah je (corner lot teres)

                          kruel74s last blog post..Never been hired

                          • Pada 2009.05.27 15:39, Kujie menulis:

                            @Active Blogger, mesti dah baca 2 tahun lepas…hehehe..sebab ini entri lama

                            • Pada 2009.05.27 15:42, Kujie menulis:

                              @kruel74, boleh guna kompas kan….tapi setahun 2 kali kalau nak check secara traditional ni apa salahnya…gunakan pengetahuan yg ada buat praktikel sikit

                              • Pada 2009.05.27 15:44, Active Blogger menulis:

                                @Kujie, hehe…2 tahun lepas…sy belum kenal apa itu blog :-)

                                • Pada 2009.05.27 15:47, Kujie menulis:

                                  @Active Blogger, owh…masih belia lah ye dlm dunia blog… :mrgreen: nasib baik kak jie kitar semula entri ni..tujuan asal memang utk ulangkaji ..sebab tarik tu hanya 2 kali je setahun…28 Mei ( esok ) dan 16 Julai

                                  • Pada 2009.05.27 16:28, maza menulis:

                                    erk! kalau sentiasa solat kat masjid pun wokay jugak kanzzz

                                    hehehhehe

                                    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

                                    • Pada 2009.05.27 17:04, Kujie menulis:

                                      @maza, sokong…sokong…. :mrgreen:

                                      • Pada 2009.05.27 19:11, Tie menulis:

                                        Ha ha…. nanti bila tiba harinya, ingatkan tau…

                                        Tie nak pacakkan tiang kat belakang rumah ni, he he he………..

                                        • Pada 2009.05.27 19:14, Kujie menulis:

                                          @Tie, esok lah Tie…….. :lol:

                                          dah ckp dgn anak2 tadi….dia org pun xcited nk tunggu

                                          • Pada 2009.05.27 19:27, Tie menulis:

                                            @Kujie,

                                            Adoi mak…!!

                                            Tie dah tak ingat hari……… hu hu…

                                            Memang minggu ni Tie kebingungan…….. rasa lemas, rasa nak pitam………

                                            Nanti esok pagi2 Tie nak pacak tiang… Harap2 si H1N1 utan kat belakang rumah tu tak serbu pulak.. Tentu terpapar mokcik tintong berebut tiang dengannya, ekekekeke…….

                                            • Pada 2009.05.27 19:59, Kujie menulis:

                                              @Tie, suami sy cakap….pacak satu kayu…..kat hujung bayang tu pacak lagi satu…jadi kita ada 2 titik ( point )

                                              letak kompas di salah satu titik, kita boleh baca darjah ( sudut )

                                              ni amatur juru ukur lah… utk main2 dgn anak2 :mrgreen:

                                              hahaha…. si H1N1 tu cuti esok :mrgreen:

                                              • Pada 2009.05.27 22:42, blinkky menulis:

                                                28 MEI dah tak lama dah. Nanti nak semak jugak. Thanks for remind me =)

                                                • Pada 2009.05.27 23:14, kisahsensasi menulis:

                                                  Kalau pindah umah baru nie elok ikut panduan nie…..

                                                  kisahsensasis last blog post..FACEBOOK haram untuk menggatal

                                                  • Pada 2009.05.28 00:02, samdaddycool menulis:

                                                    Thanks again for the info sifoooo :wink:

                                                    samdaddycools last blog post..Ebook FREE.. cepat wei download.. dapat duit plak tu

                                                    • Pada 2009.05.28 00:48, lochoe menulis:

                                                      saya cadangkan cuba tengok melalui laman web ini http://www.al-habib.info/qibla-pointer/ untuk tahu artah kiblat di rumah anda, tapi dengan syarat la anda pandai membaca google map…

                                                      lochoes last blog post..Hari ibu dan bapa 2009

                                                      • Pada 2009.06.01 03:03, OD menulis:

                                                        Hati rindu nak pergi ke Mekah, Jie. Apa maknanya? :cry:

                                                        ODs last blog post..H1N1 Betul!!!

                                                        • Pada 2010.05.27 08:29, eiman menulis:

                                                          Aiseh! Dah terlepas plak yg 28hb, kena tunggu yang satu lagi laa..

                                                          • Pada 2010.05.27 08:31, Kujie menulis:

                                                            hari ni kan 27hb…….erk…..

                                                            sebab tu entri ni dischedulekan 27hb sebab esok 28hb

                                                            pening ke pagi2 ni, atau kak jie yg mabuk silap date?

                                                            • Pada 2010.05.27 08:42, mijie menulis:

                                                              alamak sy pula kena pergi ke FRAM Kuala Kubu lak hari ni..tak boleh buat lah nampaknya

                                                              • Pada 2010.05.27 08:46, Kujie menulis:

                                                                Ni sorang lagi…. 28hb lah sayang oiii
                                                                buat apa kak jie post benda yg dah lepas
                                                                sebab tu post hari ni…..esok korang cuti

                                                                take a note…!

                                                                • Pada 2010.05.27 08:48, kakchik menulis:

                                                                  Salam kakjie.
                                                                  Terima kasih. Esok nak cuba semak. Hari Jumaat buat semakan arah kiblat, huhu… semoga dapat arah yang paling tepat.
                                                                  Post terbaru kakchik ..Penting Menikmati Sarapan My ComLuv Profile

                                                                  • Pada 2010.05.27 09:00, Mummy Dasy menulis:

                                                                    nak try wat gak esok ah… thanks kak berkongsi info..
                                                                    Post terbaru Mummy Dasy ..Tiba² My ComLuv Profile

                                                                    • [...] This post was mentioned on Twitter by Lord Zara Syed, kujie. kujie said: Panduan Arah Kiblat http://gengblogger.com/read/141648 [...]

                                                                      • Pada 2010.05.27 10:27, titan menulis:

                                                                        yap. kita kena tahu tentang benda nih. Penting.
                                                                        Post terbaru titan ..Wise of Shikamaru Nara My ComLuv Profile

                                                                        • Pada 2010.05.27 10:28, klcitizen menulis:

                                                                          esok lah tu

                                                                          takut lupa pulak
                                                                          Post terbaru klcitizen ..perempuan yang tidak mahu kalah My ComLuv Profile

                                                                          • Pada 2010.05.27 10:30, adamfaiz menulis:

                                                                            Boleh try ni…terima kasih untuk info
                                                                            Post terbaru adamfaiz ..Sekolah Gangster Rawang – latihan awal ahli kongsi gelap My ComLuv Profile

                                                                            • Pada 2010.05.27 10:31, zqah menulis:

                                                                              bagusnya !

                                                                              kdg2 kiblat yg kita gunakan kurang tepat .. jadi blh laa check
                                                                              Post terbaru zqah ..Tumpang SEO Blog Orang Lain My ComLuv Profile

                                                                              • Pada 2010.05.27 10:44, mijie menulis:

                                                                                alamak sorry la kak jie, tersilap tgk…tarikhnya..pastu lepas komen baru tgk balik komen tu, huhuhuh

                                                                                dah komen dah pun..so tak leh nak edit

                                                                                ok take note…harap2 malam ni dpt balik dari KKB…
                                                                                Post terbaru mijie ..Cara install plugin top commentators My ComLuv Profile

                                                                                • Pada 2010.05.27 12:02, KNizam menulis:

                                                                                  saya pakai apps dalam iphone je nak tahu compass ngan qiblat ni. senang je hehe :)
                                                                                  Post terbaru KNizam ..Buah Ceri Ungu Segar Terbaik Dari Ladang, Rasa Macam Nak Buat Manisan Puding La Plak, Ahaks My ComLuv Profile

                                                                                  • Pada 2010.05.27 12:47, matjoe menulis:

                                                                                    masjid kt Selama dah berubah kiblat. waktu construction tu tak ukuq betul2. time sekolah rendah sembahyang salah kiblat
                                                                                    Post terbaru matjoe ..Hati Tegar Untuk Melabur My ComLuv Profile

                                                                                    • Pada 2010.05.27 15:53, Wida menulis:

                                                                                      Haha..MatJoe pun ada kat sini

                                                                                      • Pada 2010.05.27 16:50, ishak menulis:

                                                                                        hem bagus ni thanks kak jie…..
                                                                                        Post terbaru ishak ..I love you juliana evans My ComLuv Profile

                                                                                        • Pada 2010.05.27 18:11, yonna menulis:

                                                                                          macam mana nak update entry yg sgt2 berinformasi dan semua org boleh share???? T_____________T asyik2 hati dan perasaan ja HAHAHAHA

                                                                                          terima kasih mama!
                                                                                          Post terbaru yonna ..Hati Tisu My ComLuv Profile

                                                                                          • Pada 2010.05.28 03:01, GreenLava menulis:

                                                                                            Rasanya saya ada pernah cuba kaedah ni tiga empat tahun dulu. Sekarang ni check guna Google Maps.
                                                                                            Post terbaru GreenLava ..Submit site/blog to DMOZ (Open Directory Project) My ComLuv Profile

                                                                                            • Pada 2010.05.29 12:07, sri idayati menulis:

                                                                                              OK.

                                                                                              • Pada 2010.06.02 14:33, fiezaradzi menulis:

                                                                                                bagus utk dikongsi bersama ni.. tq

                                                                                                • Pada 2010.07.16 15:09, Anarm menulis:

                                                                                                  biasa pakai kompas je.. takpon tanye org kiblat kot mane.. hehe..
                                                                                                  Post terbaru Anarm .. Jom baca..Peraduan Copy dan Menang MP3 PlayerMy ComLuv Profile

                                                                                                  • Pada 2010.08.05 10:21, Bang Iwan menulis:

                                                                                                    Di Indonesia Hal ini masih menjadi kontroversi dan polemik.
                                                                                                    Post terbaru Bang Iwan .. Jom baca..Polemik Wacana Redenominasi RupiahMy ComLuv Profile

                                                                                                    • Pada 2010.08.05 10:22, Bang Iwan menulis:

                                                                                                      Perbincangan mengenai arah kiblat masjid di Indonesia akhir-akhir ini terus mencuat. Pemicunya, banyak masjid yang ditengarai arah kiblatnya melenceng dari arah ka’bah. Ketua Umum Asosiasi Dosen Falak Indonesia (ADFI) Ahmad Izzuddin menyatakan untuk mendapatkan keyakinan dan kemantapan amal ibadah maka harus berusaha agar arah kiblat sholat mendekati persis kepada arah Baitullah.
                                                                                                      Post terbaru Bang Iwan .. Jom baca..Polemik Wacana Redenominasi RupiahMy ComLuv Profile

                                                                                                      • Pada 2010.08.05 10:23, Bang Iwan menulis:

                                                                                                        Penyempurnaan Arah Kiblat dilakukan koreksi massal dengan panduan bayangan matahari pada saat matahari berada di atas Mekkah atau dengan panduan arah kiblat berbasis internet Google Earth/Qiblalocator. Setelah arah kiblat diketahui, tidak harus bangunannya yang diubah, cukup arah shafnya.
                                                                                                        Post terbaru Bang Iwan .. Jom baca..Polemik Wacana Redenominasi RupiahMy ComLuv Profile

                                                                                                        • Pada 2010.08.05 10:23, Bang Iwan menulis:

                                                                                                          Makasih banyak atas petunjuk KakJie
                                                                                                          Post terbaru Bang Iwan .. Jom baca..Polemik Wacana Redenominasi RupiahMy ComLuv Profile

                                                                                                          (Diperlukan)
                                                                                                          (Tidak akan dipamerkan)
                                                                                                          CommentLuv Enabled
                                                                                                          Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                                                                                          Switch to our mobile site