Pengalaman Pertama Membaharui Cukai Jalan Bersama MyEG
Pengetahuan Am

Pengalaman Pertama Membaharui Cukai Jalan Bersama MyEG

Hari ini buat pertama kali saya ingin mencuba membaharui cukai jalan secara online melalui MyEG.

Jom kongsi pengalaman malam pertama saya bersama MyEG.

  1. Mula-mula login ke http://www.myeg.com.my
  2. Kat penjuru kanan atas ada bendera Malaysia dan Bendera United Kingdom.   Saya rakyat Malaysia, saya klik  Jalur Gemilang untuk Bahasa Malaysia.
  3. Pada main page , saya klik BAHARUI CUKAI JALAN kerana saya mempunyai insuran kenderaan yang masih sah.
  4. Isilah data yang diperlukan dalam borang.  Buatlah pilihan untuk penghantaran.  Klik Process.
  5. Kemudian ada page segala data mengenai model kereta, jenis syarikat insuran kereta, tempoh sah insuran juga amount yang perlu dibayar.
  6. Klik Confirm & Pay
  7. Pilih jenis pembayaran yang dikehendaki.  Saya pilih  Maybank2U.
  8. Klik Proceed With Payment


Talian hang sampai kini.

  1. Saya mencuba pembayaran melalui kad kredit.  Dapat pula informasi macam ni – kad kredit yang dikeluarkan di Malaysia saja diterima.


Kad kredit saya dikeluarkan oleh bank Malaysia di Malaysia.

Kemudian saya telefon talian untuk pertolongan MyEG 03 -7801 8888 . Awek bersuara merdu yang jawap memaklumkan mereka mengalami masalah sistem.  Cuba login semula kemudian.

Selepas 2 jam, saya mencuba sekali lagi dan masih dalam keadaan seperti ini. Ini pengalaman kali pertama saya yang gagal!

Pengalaman kali pertama saya tak semanis Maya Karin….mungkin pada waktu yang salah. MyEG tengah  mood PMS.  Nanti saya update macam mana status hubungan saya bersama MyEG .

Tiap orang ada pengalaman yang berbeza, jom share…

Nota : Staff MyEG telefon beritahu saya perlu on pop up block .  Sebelum ini dah 2 kali saya menghubungi melalui telefon, staff tidak pula mengingatkan saya mengenai masalah pop up… saya pun terlupa sebenarnya. Maklumlah ghairah malam pertama kali.:lol:

Login maybank2u melalui MyEG mengambil masa yang lebih lama dari biasa, jadi jangan panik – risau takut hang, bertenang…

Saya telah berjaya melalui satu pengalaman baru! Cubalah MyEG, jangan risau kerana staff mereka mudah untuk dihubungi dan cepat membantu.

Nota : Pembayaran cukai jalan tersebut telah pun Berjaya

Nota 2: 14/10/200 – Cukai Jalan dah selamat sampai depan pintu.

” Saya kat duk kat sini je kak…Jalan 7″

“Patutlah petang baru hantar, terus balik ye…” :lol: Kejiranan saya rupanya budak MyEG ni

©kujie – Sebuah kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

54 thoughts on “Pengalaman Pertama Membaharui Cukai Jalan Bersama MyEG

  1. ehhhhhhh..tak payah guna geran, tidak perlu mencetak geran/kad pendaftaran kenderaan

    p/s – geran kak jie cari tak jumpa 😆 tu yang guna MyEG

  2. saya tak beli insurans dengan myeg – dah ada ejen insurans bertahun² dengan orang yang sama

    saya beli roadtax saja.

    tapi kat laman web myeg ada senarai insrusans dia

  3. salah sikit je ‘tak on pop up’
    tapi bila call staff – 2 kali – tak seorang pun bagitau pasal tu
    staff yg berurusan melalui email call ( kali ke 3 ) baru dia suruh on kan pop up block tu…isshh…
    :mrgreen:

  4. Kali pertama – gelojoh sangat tak perasan pop up tu block. Telefon MyEG 2 kali, dedua staff tu tak pula bagitau sebab pop up….dia pula bagitau sebab sistem down….sabar sajalah

    rupanya sebab kecil saja…pop up block 😆

  5. BM untuk main page dan info terkini..sistem dia tak ubah pun

    boleh…insurans & road tax boleh renew kat MyEG
    jiran kak jie ejen insuran..jadi dah berurusan dgn dia bertahun2 dah

  6. cubalah masuk laman web MyEG tu, masukkan data tengok dia keluar apa
    tak semestinya terus beli..sebab bila dia display harga dan data kereta kita, kita ada pilihan untuk terima atau tidak.

    cuba dulu tengok
    sebab sekarang ni semua online, tak ada cover note pun dah boleh renew insuran dan roadtax.

    semalam tu cuma masukkan no kenderaan dgn kad pengalaman pemilik , saya …segala data dah ada online

  7. menarik juga ni..terima kasih kak jie…tak pernah cuba,terpaksa tahun depan la,baru renew roadtax bulan 9 hari tu. 😮

  8. tak penah cuba pun.. hehe.. nnti2 leh try kot.. kak jie pilih bahasa melayu tadi, tapi kenapa de proceed with payment? hehhee.. saje tanya..

    lau 2-2 insurans & road tax dah mati, leh ke buat kat situ gak?

  9. salam….

    kepada sesiapa nak renew insurans kereta dengan roadtax boleh buat secara online dengan saya…. saya tidak akan mengenakan sebarang charge tambahan seperti myeg……emailkan saya detail2 yg ada dalam cover note lama je……email saya
    etiqa takaful. 😆 😆

  10. sy memang sangat gembira menggunakan perkhidmatan Myeg utk hidupkan road tax, insurance dan lesen memandu..sehari je dah siap semua siap courier sehingga ke depan pintu makmal lagi….tak payah pergi sana sini…:D
    Cuma kena pastikan internet connection sdg stabil…hihihi….
    Jom terjah post menarik dari epel ..Kasut rayaMy Profile

  11. Okey, first time sy dgn myeg dulu mudah sgt. xde pms mcm yg kujie kena.

    dah tu, cepat gila. buat harini, besok siap. ingat lagi posmen dia call, bang bang ada rumah dak ni nak hantar roadtax huhu.

    myeg best.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Cerita hitamputih- Main bola tinMy Profile

  12. Sy pernah renew road tax dgn myeg, ok je. Renew pagi, roadtax sampai ke tgn ptg tu jugak. Mmg sgt berpuas hati.

    Tapi sy dgr ramai jgk org yg komplen kalau renew road tax SEKALI DGN insurans mcm kak jie buat ni. Kiranya, ni bkn mslh baru la. Hmm. Ada pros and cons guna myeg ni.
    Jom terjah post menarik dari atreyu strange ..Let’s talk!My Profile

  13. Insuran dah ada, beli dengan ejen jiran sebelah rumah..hehe..dah sain mati tak tukar ejen lain. Tapi roadtax je mencuba MyEG…kalau tak cuba kita tak pernah ada pengalaman , kan…

  14. owh ye….tadi masa Kak Jie call tak pula dia offer macam tu. Tunggulah kejap lagi nak try login.

    erk..kiranya pengalaman pertama Azrul manis lemak berkrim lah ye 😆

  15. kakjie sy melalui pengalaman pahit juga mula2 tapi salah sendiri, masa tu dah isi semua , tiba part nak buat payment sangkut…so saya biarkan je macam tu

    esoknya myeg staf call dan tanya saya betul ke nak renew road tax dan insurance dan saya cakap yer

    pastu semua dia uruskan, dan dia hantar invoice ke email, lepas je buat bayaran melalui maybank menggunakan fund transfer sy print slip transfer tu dan fax kan lepas tu emailkan ke staf dia

    petangnya dia staf telefon ckp tak leh nak renew cukai jalan sebab ada saman speed track, huhu jadi bila guna myeg nak tak nak saya kena pergi settlekan saman dulu, melayang rm600 lagi untuk saman, tapi tu salah sendiri kan sebab tak nak bayar saman…

    Lepas semua dah settle, esoknya cukai jalan siap di hantar ke rumah menggunakan curier…
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Kenapa blog saya tiada dalam google search engineMy Profile

  16. masa 1st time saya renew road tax bulan 7 baru2 ni, orang MYEG yang call saya…so, diorang proses road tax bar saya on the phone dan bagi tarikh bila diorang akan hantar. So payment bayar masa road tax tu sampai.
    Jom terjah post menarik dari Azrul ..Mutiara KataMy Profile

Comments are closed.