Darahku Bukan Kuning
Pengetahuan Am

Darahku Bukan Kuning

Malam tadi saya tengok berita tv3 tentang kes kemalangan jalanraya membabitkan bas 2 tingkat yang mengorbankan 27 pelancong warga Thai dekat Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh.

Antara beritanya ,  rayuan tabung darah Hospital Ipoh  memohon jasa baik penduduk Ipoh dan sekitarnya untuk menderma darah bagi membantu mangsa kemalangan bas tersebut. Darah yang diperlukan adalah dari jenis O , A dan B.

Kemudian saya selongkar laci cari buku ini.

Kenal tak ini buku apa?  Bukan buku 555 ye.. Sesiapa yang pernah menderma darah mesti akan dapat buku ini. Kalau sepuluh kali menderma dan tidak bawa buku lama, dapatlah 10 buah buku untuk simpanan. ( buku ini dipanggil SIJIL/CERTIFICATE )

Ini kepunyaan suami saya, dia memang penderma darah yang aktif tetapi bukan penderma yang merancang untuk menderma. Tiap kali melawat ekpo atau bersantai di shopping komplek dan terjumpa program menderma darah, dia mesti menderma. Masalahnya setiap kali menderma mesti dapat buku yang baru, rekod yang baru.  Dia ada lebih dari 4 tetapi mungkin sudah tercicir kerana saya berpindah rumah lebih dari 10 kali sebelum menetap di sini.

Pernah kami ke Giant Shah Alam dan melihat ada program menderma darah   Seorang jururawat senior bertanya ..

” Encik tak bawa buku rekod derma darah?”
” Saya datang beli sayur beli ikan , misi…..”

Tak kan nak bawa buku tu setiap hari…kad pengenalan kita yang bermutu tinggi itu pun kalau terperok dalam beg duit terselit dalam poket seluar boleh lusuh dan terkopak sana sini, apalagi buku secomel itu .

Saya cadangkan ahli cerdik pandai Pusat Darah Negara memikirkan satu sistem pengkalan data untuk menyimpan rekod penderma darah yang seragam dan mudah.  Cuma perlu rujuk kad pengenalan, sistem dah sedia berapa kali beliau menderma dari membawa buku secara manual.

Keistimewaan untuk penderma² darah

Kekerapan Menderma Keistimewaan Rawatan
1 Kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan peruabtan (tidak termasuk bayaran x-ray dan pembedahan)
2 kali
(dalam tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2-5 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 4 bulan
6-10 kali Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan
11-15 kali Percuma rawatan pesakit luar 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun
16-20 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun
21-30 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun
31-40 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 tahun
41-50 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun
lebih dari 50 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun

Kredit : Hospital Raja Perempuan Zainab II

Soalan maut : kenapa saya tidak menderma darah?

  • Pada tahun 1986, saya pengsan bila setitis darah diambil dihujung jari hanya untuk membuat ujian penentuan kumpulan darah (akhirnya saya tahu juga saya dalam kumpulan darah AB )
  • Pada tahun 1990, saya pengsan di Klinik Pergigian Klang hanya selepas doktor menyuntik ubat bius sebelum gigi  dicabut… ( masa tu saya belum kahwin, doktornya handsome giler, kalau pengsan patlima kali pun tak pa….hahaha )
  • Setiap kali mengandung dan proses mengambil darah walau setitis pun, saya akan mula loya, mabuk² dan pening.  Kalau pun jari  hanya luka satu cm dan hanya setitis darah yang meleleh , saya perlu baring ….:oops:
  • Saya memang kedekut, biasalah saya dalam kumpulan darah AB
  • Agaknya kalau saya menderma darah, kalut satu hospital!

    Along memang ikut saya, pening² dan mabuk bila diambil darah & Intan pula kuat macam abah dia… saya bawa dia untuk diambil darah, saya yang mengintai dari luar bilik..dia selamber hulurkan tangan …. :grin:

    Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

    61 thoughts on “Darahku Bukan Kuning

    1. hehe… gambar anak burung hantu 🙂

      kawan saya snap masa sy belajar kat UTHM dulu…
      anak burung hantu tu nampak sedih dan kesejukan..
      mungkin dia jatuh dari sarang dia 🙂
      Jom terjah post menarik dari Fahmi Raazali ..Telur Sebiji Riuh 1Malaysia…My Profile

    Comments are closed.