Penyakit Kantung

Anak jiran saya masih koma di ICU Hospital Selayang sejak 2 hari lepas kerana Apendiks. (Bukan hospital dalam kisah pelik hari Jumaat itu ye…walaupun ada yang mendakwa kisah itu adalah benar ).

Budak berumur 11 tahun itu katanya lewat dibawa ke hospital sehingga menyebabkan apendiksnya pecah sebelum sempat dibedah. Sebenarnya sebagai ibubapa kita perlu ada common sense yang baik untuk mengenalpasti sakit anak². Kena memahami sifat, sikap dan ragam anak sendiri dan membezakan yang mana benar² sakit dan yang mana hanya sekadar inginkan perhatian.

Bukan mudah untuk mengesan sakit apendiks pada anak² kerana mereka sukar untuk membuat aduan kesakitan dengan tepat. Kesannya berlaku terlalu cepat iaitu dalam tempoh enam hingga lapan jam selepas mengadu sakit perut, apendik boleh pecah.

apendiks

– kredit : BH oNline

Tanda-tanda yang mudah untuk mengenal apendiks  adalah sakit perut yang bermula di pusat dan kemudian ke bahagian kanan abdomen .

Usus besar kita bermula dari bahagian pinggang kanan yang mana bahagian permulaan usus besar yang dipanggil Caecum (sebutannya sikem) . Berdekatan caecum ini ada satu kantung kecil yang kita sebut apendiks atau pun vermiform appendic.

Apendiks tidak menjadi sebarang masalah selagi ia tidak menjejaskan kesihatan seperti mengalami keradangan.   Appendicitis adalah radang apendiks .

Appendicitis berlaku disebabkan apendiks  itu mengalami keradangan apabila dijangkiti bakteria . Prosesnya bermula apabila bukaan apendiks tersumbat dan akan mengumpul banyak bakteria di dalamnya.

Kemudian apendiks ini mengembung dan bila bersentuhan dengan organ² badan kita yang lain, akan sebabkan rasa sakit. Sebab itulah bila orang yang kena apendiks  dia akan pusing-pusingkan badan atas katil kerana bila dia ubah posisi, rasa sakit itu akan berkurangan.

Rawatan apendiks adalah dengan membuang apendiks  melalui pembedahan sama ada ia sekadar radang yang menyakitkan atau sudah pecah.

Kringgggggggggg…………………!

Eh! loceng dah bunyi.  Kelas sains dah habis, kita masuk kelas Bahasa Malaysia pula ye… ( Cikgu sains dengan cikgu BM orang yang sama..hehehe )

Carian saya mengenai sakit apendiks ini menemukan saya dengan berbagai ejaan . Ada yang dieja appendik, apendik, appendix , appendic dan berbagai lagi. Akhirnya saya merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu.  Ejaan yang betul adalah APENDIKS.

©Kujie – Hari ini Along balik dari asrama… rindu sangat, dah 3 minggu tak jumpa

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

54 thoughts on “Penyakit Kantung”

  1. salam ,
    tnda2 awl diatas mcm ad kne mngena dgn ap yg sy rasa skrg nie . sy akui sy mmg suka mkn smbal . adakah sy sudah ‘terjebak’ dgn pnyakit ini 🙁

  2. Semalam abah ti masuk wad,kena apendiks kata doktor. semalam jugak nak kena bedah. tak sempat nak teman abah kat sana. maklumlah, ti dok belajar kat terengganu, abah dok kelantan. moga2 semua selamat…doakan abah ti yer

  3. kak kujie ni bkn nak jmpa doktor tu..just nak tunjuk hebat la tu dpan doktor..yelah, cita2 nak jd doktor dulu an tak tercapai..tu yg asyik dok kcau doktor je kijenya..hahaha 😆

  4. alhamdulillah anak sulung baru je slmt jalani pembedahan apendik, mmg x sangka umur 11 thn dh kena..ingtkn sakit perut biasa..lama2 melarat, nasib cepat ke hosp dan blm pecah..iktibar pd parent yg lain,kalo anak mengadu sakit..cepat amb tindakan.

    1. tul tu tok…….dulu2 takutttttttttt sgt termakan biji jambu
      walau pun yg tengah2 tu sedap………manis

      dah org2 tua larang…ikut
      tak mcm anak2 la ni…yg di larang tu la nk dilanggarnya

  5. penyakit nikan dengan selalu nya dikaitan dengan makanan yang tak leh di hadan etc. biji cili,biji jambu batu..bila tak hadam..dia dok berkumpul kat kantung apendiks tu..lelama bila dah banyak dok kumpul kat situ..dia membusuk..n jadik sakit..tu la sebabnye..betui ka???saya dengar dolu2 ada doktor ada doktor citer…

    izzahs last blog post..Kisah kakak itu…

    1. betul tu..dulu2 mak2 selalu ingatkan

      jgn makan biji jambu batu, biji cili
      punyalah takut……………
      rupanya mak2 kita pun pakar perubatan gak :mrgreen:

    1. kadang sengal….merapu meraban le juga
      tapi kak jie..walau entri peribadi selalu gak selikkan link2 yg berilmiah gitu
      nak merapu sgt pun……….umur dah tua
      agak2 lah…
      tak kan..nk cite mcm remaje tu kot :mrgreen:

  6. Wah…sekejap aje kelas Sains arini dah rehat 😆

    KampungBoys last blog post..Servis Murah Setup Script Autoresponder

    1. insyaallah lily
      kak jie dah dpt kad tu

      erk..tak pasti lah dpt dtg ke dak
      hari tu ada 3-4 jemputan gak
      kena tgok jadual big boss

      apa pun..selamat pengantin baru lily 😉

    1. kalau kelas sains rumahtangga…tak dak sapa pun nak masuk ye

      semua larik….. :mrgreen:
      tak mau main dgn senduk dgn periuk :mrgreen:

    1. saya pun kadang2 sakit, cari maklumat kat internet gak mak su

      nnt g jumpa doctor..siap leh sebut istilah2 saintifik sekali

      kehkeh….pernah doktor tu panggil doktor pelatih
      tanya…..ni ape..ni ape….dlm BI tu

      sy selamber badak leh tolong jawapkan
      doktor tu tanya…tau mana
      sy ckp..engik google!

      hahahaha

      tapi masa tu bkn sakit apendiks la… :mrgreen:

    1. itulah…apendiks ni susan nk kesan secara fizikal
      kena pula kat kanak2…kita tatau tang mana sebenarnya sakit
      kalau dah pecah …mmg bahaya

  7. Den ado dengar kek kampung si nun. Kampung Balik Lalang.

    Pak Long Agos memang dari mudo laie ada apendiks…. Semuo org kampung dah tau dah..

    Tapi penyakit Pak Long Agos eh pelik sikit…..

    Apendiks Pak Long hanya menyerang di bulan puaso jo! Lagi parah lak bila dah dokat bonar dengan rayo… menjadi2 pulak tu di malam tujuh liko!

    Camno tu lak Cikgu G…

    Den pun musykil ni. Adakah apendiks menyerang pada bulan2 tertentu jo?!

    hmmm

    mazas last blog post..Terang Hati

  8. Dulu Tie pernah kena gastrik teruk, kul 12 tgh malam lak tu…kena pergi kat emergency, tapi kena tunggu lagi…macam nak pitam sebab terlalu sakit.

    Tie takut juga kalau2 terkena apendiks tu, tapi doktor tu cuma cucuk satu jari kat bahgian kanan dan tanya….kalau sakit baru lah apendiks…

    Ada juga dengar cerita, anak sorang kawan disyakki apendiks, tapi lastly dapat tahu, hanyalah gastrik….dah siap sedia utk operate lagi….kesian gak…

    Ties last blog post..Warkah Cinta

    1. gastrik dgn apendiks tu lain ,kan
      kadang2 risau sbb sakit ni tak de tanda2 yg nyata
      maksudnya tanda2 fizikal….

    1. kalau tak silap, ada ahli sains yg kata ia menjadi tempat utk bakteria baik “bertapa” kalau ada infection…masalah akan berlaku bila ada infection lain yg menyebabkan bukaan apendiks tersumbat lalu membengkak
      Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Belum Masanya Untuk Kembali…My Profile

    1. @Lan Bingka, itulah…apendiks ni susah nk kesan…nak2 pula dgn anak2..kita tak pasti sakitnya apa…

      kalau budak2 suka tahan2 kencing…selalu juga sakit2 mcm tu…
      risau la pula bila ingatkan…
      takut kita ibubapa ni tak sedar
      itu sakit yg betul

        1. @Callister, kak jie sakit gak belah kanan time period
          dulu tak..skrg ni
          dah tambah umur ni mcm2 le kesan yg tak terfikir

          yg muda2 ni kena lah check….
          kenal pasti…dan dicegah

        2. eh awek aku pn ade ckp die slalu sakit perut (bukan senggugut)..
          nnti aku tnye blk kat area mane..
          erk, sori mnyampuk… :mrgreen:

          spatts last blog post..Hukum Karma

    1. @fiezabaiduri, awai giler dtg ni bai…mama lum mandi pagi lagi :mrgreen:
      mama free sebelum kul 9 je…9-11 ade kelas
      blk kelas ada praktikal kt dapo lak…hehehehe 😆

      a’aaha…gastrik lain

Comments are closed.