Peribahasa Jarang Diguna – Bila pula biawak duduk?

Peribahasa bersinonim dengan bidalan, personafikasi, analogi, hiperbola, ibarat, kiasan, pematah, pepatah, perbahasaan, tamsil, ucapan, bahasa, ujar-ujar, ujar-ujaran, ungkapan, mamang, perumpamaan, metafora yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.

mercu tanda daerah

  1. Bagai kacang direbus satu – Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung.
  2. Bagai jawi terkurung siang – Sangat gelisah kerana tidak bebas.
  3. Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk РOrang bodoh yang tidak dapat diajak berunding.  *belang puntung = merah kehitam-hitaman; *jawi = lembu.
  4. Bagai ilak bercerai dengan benang – Bercerai untuk selama-lamanya. *ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.
  5. Bagai haruan di dalam tuar – Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. *tuar = lukah.
  6. Bagai hantu makan dedak – Bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya
  7. Bagai getah dibawa ke semak – Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.
  8. Bukannya diretak panas – Sesuatu kejadian itu berlaku kerana terlalu banyak diperkatakan orang.
  9. Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati – Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut.
  10. Bingung tengkar, cerdik begar – Orang-orang yang sukar diajak muafakat. tengkar = bantah, cekcok; begar = susah, keras.
  11. Bertegang urat leher, berkeras buku lidah – Tidak mahu mengalah
  12. Bertampar biar sama bercincin, bertendang biar sama bersepatu, bercakar biar sama bercanggai – Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.
  13. Bersukat darah, bertimbang daging – Melawan sampai mati
  14. Bila pula biawak duduk? – Pertanyaan untuk sesuatu yang mustahil.

Ini adalah beberapa contoh peribahasa yang amat jarang digunakan sekadar berkongsi daripada koleksi Pusat Rujukan Persuratan melayu DBP.  Ada beberapa perkataan yang pertama  kali saya faham maksudnya.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie