Permainan Tradisional : Hencang Buah Keras
Pengetahuan Am

Permainan Tradisional : Hencang Buah Keras

Dalam budaya orang Melayu, ada banyak permainan tradisional yang menjadi aktiviti sosial mengisi masa lapang. Dikalangan penduduk Melayu Pantai Timur Semenanjung Malaysia permainan seperti permainan wau, sepak raga , gasing, laga ayam, congkak, laga lembu adalah permainan tradisional yang sudah sebati dalam kehidupan budaya mereka.  Permainan tradisional seperti ini turut melahirkan nilai artistik dan kemahiran menghasilkan kraf-kraf seperti ukiran kayu, logam juga tenunan.

Tidak hairanlah kebanyakkan bahan permainan tradisional mempunyai kehalusan seni ukir yang menarik.

Dalam banyak permainan tradisional yang biasa kita tahu, pernah tak dengar Hencang Buah Keras?

Pertama kali saya nampak adalah sewaktu berkunjung ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Hencang Buah Keras telah menjadi permainan Melayu Pahang sejak beratus tahun dahulu. Ia terkenal semasa pemerintahan Sultan Ahmad Al=Mu’adzam Shah (1882 – 1914) hinggahlah ke zaman pemerintahan Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah (1917 -1932). Malah pada akhir tahun 60’an, permainan ini masih dimainkan disesetengah kampung.

Permainan ini dimainkan kadang kala memakan masa berminggu-minggu barulah selesai satu-satu pertaruhan.

hencang buah keras

Permainan Hencang Buah Keras ini memerlukan 3 alat penting

1. Pengapit Buah Keras ( seperti gambar diatas )

Alat pengapit diperbuat dari kayu yang keras seperti sena, merawan, meranti dan bahagian yang akan diletakkan buah keras disalut dengan tembaga.

2. Buah Keras

Buah yang akan dilagakan dinamakan buah keras kerana ia beasal dari pokok buah keras dan jenis buah keras tersebut yang akan menentukan kalah atau menang sesuatu pertaruhan.

  • Buah Jantan
  • Buah Betina
  • Buah Gendong

Buah keras boleh ditambah kekuatannya dengan cara direndam di dalam air asam gelugur ( asam keping ) , digoreng kekuningan dan kemudian disapu dengan gula kabung.

3. Pengalas atau Pelapik

Biasanya diperbuat dari ijok atau sabut dan berfungsi supaya buah tidak bergeser semasa berlaga.

Cara Bermain

Permainan melibatkan dua pasukan dan setiap pasukan diwakili oleh dua penghencang yang akan cuba menghencang buah keras pihak lawan sehingga pecah.

Permainan dibahagi kepada beberapa peringkat

  • Berbalok ( Berbanding-banding ) – Memastikan buah keras sesuai dan sama tahan untuk dilagakan
  • Melambung – Untuk memastikan kedudukan susunan buah didalam pengapit
  • Memasang – Menempatkan kedua-dua buah keras yang hendak dilagakan itu kedalam pengapit.
  • Menghencang – Atau bermaksud menghentak dengan kaki adalah peringkat yang akhir

Sumber : Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Ada sesiapa yang pernah tahu mengenai permainan tradisional ni. Terus terang saya tak pernah. Sewaktu kunjungan ke muzium akhir tahun lepas baru tahu mengenai permainan ini dan sebab itulah saya gigih menyalin maklumat yang terdapat di muzium untuk dikongsi bersama.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Permainan Tradisional : Hencang Buah Keras

Comments are closed.