Rugi Tak Hidupkan Roadtax Lebih Awal Dari Tarikh Mati?

Selepas berita kenaikan kadar premium insuran kenderaan pada 15 Februari 2014 diumumkan , ajen insuran saya aka jiran setaman hantar pesanan pemberitahuan tentang tarikh tamat cukai jalan ( roadtax) dan insuran .  Tiap tahun pun sebelum tarikh mati, dapat sms peringatan.

Memandangkan roadtax dan insuran saya akan mati pada 3/3/2014, saya ambil keputusan untuk hidupkan lebih awal sebelum tarikh rasmi kenaikan kadar insuran kereta.

Ada yang bertanya, tak rugi ke hidupkan roadtax lebih awal? Maksudnya baki hari yang belum mati tu bila dihidupkan akan berubah tarikh lebih awal.

Saya bukan pandai bab ni, tiap tahun cuma sediakan duit mencukupi dan pergi ke pejabat ajen insuran.  Petang bila dia balik kerja, dia singgah hantar roadtax dan insuran ke depan pintu rumah.

Saya tanya ajen insuran,  dia kata, roadtax dan insuran boleh dihidupkan dalam tempuh 60 hari sebelum tarikh tamat.

Tak rugi ke hidupkan awal?

Tarikh yang tercetak pada roadtax kita adalah sambungan daripada tarikh luput.

Contoh : Roadtax saya mati 03/03/2014 dan saya hidupkan pada 08/02/2014. Roadtax terbaru saya tarikh tamat adalah 03/03/2015. Tarikhnya bermula selepas roadtax lama mati walaupun kita hidupkan lebih awal.

Jelas kot apa yang saya terangkan.  Kalau ada keraguan yang lebih komplek, bolehlah tanya ajen insuran masing-masing. Ini bukan entri pakar insuran bertauliah, cuma berkongsi pengalaman.

roadtax kereta 2014

 

Nota :  03-03-2014  ini genaplah 3 tahun bersama FairLady saya , ada berbaki 2 tahun hutang dengan bank.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. sama ler dengan saya dah renew roadtax lebih awal…….
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Lawak Sampai GilaMy Profile

  2. aduhh..roadtax tak g baru lagi ni;…
    Jom terjah post menarik dari Alynn ..Sakit Belakang Hilang Bila Bangun PagiMy Profile

  3. Baiklah. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Asyrof Asri ..That’s Why Im Here!My Profile

  4. Bagus gak bayar awal menda ni..nanti tak kalut sangat..hehe
    Jom terjah post menarik dari Pondok Papan ..Langgan Panduan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 SEKARANG!!!My Profile

  5. baru tahu.. jarang guna kereta. sebab selalu guna public transport.. :/

  6. sy pun tau gak pasal ni tu pun kwn2 yg cerita.tp sy belum pernah wat lg n tak perna lg tanya wakil insurans sy…ermm sy rasa tahun ni nak try la renew awl.

  7. tak rugi pun, tarikh mati masih lagi ikut insuran yang lama
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Jana pendapatan dengan iklan H12 MediaMy Profile

  8. tak rugi rsnya kak jie ….daripada terlupa bayar sebab jarang naik kereta cam saya ….
    🙂
    tau 2 dah 2 bulan mati
    Jom terjah post menarik dari azahairi ..Saiful dan FidaMy Profile

  9. wah best lah kak jie ada baki lagi 2 tahun nak habis bayar, saya ada lagi 4 tahun nak habis, terfikir juga rasanya untuk tahun nak nak cepatkan bayar hutang kereta
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 SPA Pusat 2014My Profile

  10. Saya pun dah renew insurans untuk dua-dua kereta (Hummer dan Civic) sebelum 15 haribulan. Road tax tunggu dulu.
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Top 17 Writing Tools Every Blogger Should Know AboutMy Profile

  11. okeh..kena check juga nih..
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Isu guru belasah pelajar sekolah datang lagi.My Profile

  12. saya pula terlajak nak hidupkan roadtax dah kena 2 tahun tak boleh satu tahun dah. Nasib kena bayar lebih.
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Miliki Kedai Online Dropship Bersama Muslim NiagaMy Profile

  13. Saya tau naik bawa keta jer.. kih3
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..YEO’S PILIHAN SEMULAJADIKUMy Profile

  14. betol kak..mak saya pun buat macam akak…rugi katanya
    Jom terjah post menarik dari nabila biela ..Bila Duit PTPTN Lambat MasukMy Profile

  15. Fuyoo.. Fairlady.. Nissan. Eh
    Rasa tak rugi pun, konsep dia sama macam kita bayar duit kereta jugak, awal membayar, bunga pun sikit 🙂 , rajin membayar, dia promote natang lain. Natang bank ni. Huhu
    Jom terjah post menarik dari Syahril Hafiz ..Perkongsian Di Google+ Memberi Kesan Positif Terhadap SEO. Kenapa?My Profile

  16. saya pernah buat juga macam kak Jie. paling tak lupa bila road tax baru tu hilang masa tahun 2010 & dapat roadtax (salinan).
    Jom terjah post menarik dari ciklaili.com ..Cara Mendapatkan Buku Teks Digital KPMMy Profile