Sakitttt…. Yang Paling Sakit!

Cuba teka sakit apa yang paling sakit?

Hati?

Perut?

Gigi?

Kaki?

Kena gigit semut?

salah!

Jawapannya




Sakit tengkuk!

Kenapa?

Nak berpaling tak dapat…..

Saya tak boleh berpaling sekarang..aduihhh…sakitnya!

Dah sakit baru nak cari cara mencegah..huhuhu…. mari kita share cara-cara Cara untuk mengelakkan sakit belakang:

* Elakkan tidur disofa yang lembut.
* Gunakan bantal yang diletakkan di bawah lutut ketika tidur.
* Gunakan tempat letak kaki – ” Foot rest” ketika duduk – memastikan lutut tinggi daripada punggung.
* Gunakan Lumbar support – Ketika duduk – mengekalkan lengkuk pinggang
* Ketika memusing – Pusingkan seluruh badan, kekalkan kaki dan pinggul sama arah.

Senaman untuk sakit belakang

SENAMAN 1
* Berdiri dengan kaki buka sedikit
* Letakkan kedua tangan di bahagian punggung dan bengkokkan badan kebelakang.Tahan 10 saat. Ulang 10x

SENAMAN 2
* Duduk dikerusi dengan bengkokkan badan kepala mencecah lutut.

SENAMAN 3
* Baring bengkokkan kedua lutut dan angkat punggong. Tahan 10 saat dan ulang 10x

SENAMAN 4
* Baring bengkokkan kedua lutut dan jatuhkan kekiri dan kekanan.Tahan 10 saat dan ulang 10x

SENAMAN 5
* Baring bengkokkan lutut rapat kedada secara berselang-seli tahan 10saat dan ulang 10x

Rujukan : Hospital Permai

Kebanyakkan kecederaan belakang terjadi bila-bila masa sahaja, oleh yang demikian, jagalah belakang anda sentiasa dan di mana sahaja. Perlu ingat… belakang anda sentiasa bekerja walaupun semasa anda tidur. ”Body mechanic” yang baik akan memberi perlindungan untuk tulang belakang. Pastikan tulang belakang seimbang pada posisi neutral. Mengelak itu lebih baik daripada mengubati

©kujie – kalau mengadu dengan cik abang ni, sah-sah dia cakap “ dok rumah pun sakit itu sakit ini, kalau kerja kat site ni…entah hari-hari masuk hospital” he he he…..nak manje² pun tak leh!

  1. sakit plg sakit adalah sakaratul maut….
    yg keduanye ialah sakit masa nk bersalin….

  2. sakit hati… sakit cinta…
    sakit jiwa… sakit otak…
    sakit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿 👿

  3. time sakit la peluang utk bermanja. kalau anak, time tu la dpt bermanja dgn mak. kalau mak, dpt bermanja dgn anak 😀

  4. bagi saya sakit gigi paling sakit..dushh..habis urat-urat dan saraf lain turut terasa..especilly sakit gigi dan mahu dicabut..nak tidur pun susah…tapi,sakit tengkuk pun sakit juga dan sengsara juga dibuatnya…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Anmum Salutes Dad ContestMy Profile

  5. adeh tiba2 pula sakit belakang baca entry nie..penat depan comp..

    anyway tq for sharing this.nice post!

  6. wah~
    belajar kesihatan~

    blog ni, macam2 ada…

    kak jie mungkin sama macam mak angkat saya~

    kakjie, about self hosted, saya pun tak faham la..
    takpe, kita bermula dengan domain dulu~

  7. Memang sakit tu tapi ada lagi yang sakit seperti :-

    1. Sakit hati – kena tinggal kekasih, frust, kena tipu ,etc…
    2. Sakit jiwa – sakit yang mampu membawa pergi ke tanjung yang byk rambutan..
    3. Sakit takde duit.. ha hahahaha…

  8. saya tgh sakit gigi..aduh ngilu betul..
    sakit tengkuk mmg sakit + tension sbb tak leh nak pising kepala..
    sedangkan nak buat apa2 mesti kena gerakkan kepala kan..

    cepat wat senaman kak jie..nanti cepat sembuh.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari izzah ..Rebung itu perlu di jagaMy Profile

  9. saya ingat sakit masa bersalin paling sakit 😀

    mmg pernah dengar letak bantal kt bawah lutut masa baring bagus utk kesihatan tapi now kak kujie dh tulis dgn sumber kira boleh percaya la kan. hehe

  10. sakit tengkuk..atau selalu orang sebut salah bantal.kenapa mesti disalahkan bantal itu ek? hehehhehe..

  11. kalau sakit tengkuk ni memang tak boleh nak buat kerja la..tapi saki gigi pun antara sakit yang paling sakit jugak..