Sambut Hari Kanak-Kanak

Esok sekolah Intan akan menyambut Hari Kanak-Kanak yang sudah menjadi tradisi sejak dulu. Setiap tahun pada Jumaat minggu pertama , murid² akan diraikan sempena Hari Kanak-Kanak.  Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia mula disambut pada 8 Oktober 1959 .

Sebenarnya Hari Kanak-Kanak Sedunia ditetapkan pada 20 November setiap tahun oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Unesco. Walau bagaimanapun kebanyakkan negara menyambut Hari Kanak-Kanak pada tarikh yang berbeza. India menyambutnya pada setiap 14 November, Indonesia pada 23 July, Australia pada hari Rabu keempat bulan Oktober, Chile pada 8 Ogos dan berbagai negara dengan tarikh yang berbeza. klik wikipedia

Secara tradisinya pada hari tersebut murid² akan membawa makanan secara ‘pot luck’ untuk diagih² sesama rakan sekelas.  Seminggu sudah murid² telah diminta mencatit di papanhitam kelas , menu apa yang akan dibawa.  Intan tulis ‘samosa’ dan mendapat pertanyaan bertubi² mengenai apa itu ‘samosa’.   Saya tanya apa yang dia jawap.

” samosa tu macam karipap bentuk tiga segi”

Mama bagi markah penuh untuk Intan!

Selain dari makanan yang diagih² mengikut kelas masing² , setiap murid akan mendapat satu set makanan dan minuman termasuk ais krim dari pihak sekolah. Tahun² lepas setiap murid mendapat 2 ketul ayam KFC , ais krim , air soya dan gula-gula.

Kata Intan tahun ini gurubesar beritahu menunya burger McDonald dengan kehadiran mascot Ronald McDonald.  Kaya betul sekolah Intan , dapat sediakan makanan dan minuman percuma untuk lebih 1000 murid.  Ibubapa derma dengan khabarnya.  Satu tong ais krim setiap tahun.

Besok dapatlah saya merasa jajan, gula² , belon dan segala macam  jenis makanan kesukaan kanak-kanak apabila Intan balik dari sekolah.

Yeah!

Ini jajan Intan tahun 2008.

Sekolah sepupu Intan , Naomi pun sambut Hari Kanak-Kanak juga tetapi kena bayar seorang RM 15.  Makan pizza hut katanya.  Meraikan diri sendiri nampaknya.

p/s -seperti selalu saya perlu ingatkan Intan apa yang boleh dan tak boleh dimakan.

©kujie – saya tak jadi buat samosa – buah dadih perasa Cappuccino. Mudah [ baca: Malas ]

  1. lama tak dengar perkataan jajan tu….kata ganti nama yang lain bagi jajan adalah cikedis…. 🙂

  2. Hari ni dia p sekolah riang ria..berbai bai bai… 😆

    1. balik kul 1, selalu kul 3.30
    2. tak belajar hari ni, jadi hujung minggu tak homework

    seronoknya….ye 😆

  3. Kesian cikgu – banyak sangat telan pahit sedangkan murid2 dapat jajan.

    Mgkn sbb Intan sjkc – selalu ada ramai ibubapa yang menderma – sebab itu sekolah boleh sediakan makanan percuma utk setiap murid setiap tahun.

  4. mula2 nak bagitau pasal theme. theme semalam ada masalah bab image. Mungkin kena di’edit’ lagi.

    Bab BAD tu memang nak buat tetapi mengikut statistik, blog ini kurang kalau hujung minggu. Jadi kena buat entri tu pada Isnin – Khamis. Itu adalah waktu puncak. Sebab itu – hujung minggu – Jumaat, Sabtu & Ahad entri di sini lebih santai…………. kalau ada hal2 penting untuk pengunjung, Kak Jie lebih suka post pada hari ‘sibuk’

    Insyaallah dan terimakasih kerana perihatin.

  5. samosa ni intinya inti kelapa….so dia rase blemak sikit…n klu org wat ag sedap, inti kelapa tu dia campurkan dgn ikan…perghh..mmg sodap….. 😛

  6. cerita hari kanak2.. ada duka dalam ceria.. hanya guru-guru yang merasai.. terpendam supaya murid2 tetap bergembira..

    bila hanya dikatakan asyik menjaga kepentingan sendiri tapi yang lahir sebenarnya adalah untuk kesejahteraan bersama..

  7. salam ziarah…aik,nape da tukar baju pulak??baru semalam tengok pakai “baju” baru….cantik baju semalam tu….maaf,cuma bertanya kerana tertarik dengan theme semalam….

    saya cuma nak cadangkan pada Kak Kujie tuk buat artikel promosi pasal Blogger Action Day 2010…kerana saya nampak peranan BAD 2010 ni sebagai platform untuk bantu saudara kita di Palestin….kata Tuan Azman,salah seorang sukarelawan Malaysia yang diserang dalam Mavi Marvara yang lepas,seluruh sumber air di Tebing Gaza diracun oleh Israel dengan kandungan racun yang begitu tinggi sehinggakan angka kematian sebab keracunan meningkat setiap hari…

    menyedari tanggungjawab ini,saya memohon pada Kak Kujie tuk buat artikel promosi tentang BAD 2010 dan kepentingannya untuk membantu saudara kita kat sana…mintak maaf kerana membuat permintaan sebegini,tetapi saya yakin blog Kak Kujie mampu menarik ramai pembaca untuk mengetahui perkara ini dengan lebih baik berbanding jika saya hanya mempromosikan di blog saya….

    15 okt,semua blogger BAD 2010 disuruh tulis serentak tentang WATER…kita ambik peluang tu untuk revealkan masalah Palestin ini kepada seluruh dunia….pasal pada tarikh tu,seluruh artikel akan disiarkan dalam Chang.org…insya ALLAH kita mendoakan agar ramai masyarakat dunia sedar perkara ini dan mereka tahu siapa sebenarnya kejam….

    saya memohon jasa baik kak jie untuk kita mempromosikan tentang perkara ini….dan mengajak seramai mungkin blogger malaysia untuk menyertai kempen ini dan menulis tentang krisis air di Tebing Gaza….

    tq Kak Jie…mintak maaf banyak2 pasal buat permintaan sebegini….
    Jom terjah post menarik dari ata ..Blog Action Day 2010-bantu saudara kita di PalestinMy Profile

  8. Eh, macam baru tau pulak pasal hari kanak2 sedunia ni.
    kaya betul sampai 1000 orang makan mcdonald.
    samosa yang saya tau ada dua jenis, satu inti karipap, satu lagi sayur je. yang sayur je tu saya tak berapa minat. hehe