Sekolah cuti mulai Jumaat 18/9/09

Kementerian Pelajaran mengumumkan pemberian cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.

Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal.

– sumber : BERNAMA

kemas bag bercuti

p/s – sebelum pengumuman ini, sekolah menengah teknik memang mula bercuti pada hari Jumaat 18/09/09.

18/09/09 – Juga hari istimewa dalam hidup saya.

p/s – anak-anak, dah boleh packing bag ye….

Mak bapa sebelum balik bercuti,

  • Pastikan semua peralatan elektrik dicabut atau ditanggalkan terutamanya menggunakan kuasa elektrik yang besar seperti seterika kerana dikhuatiri berlaku ribut petir ketika hujan lebat yang akan menyebabkan berlakunya litar pintas.
  • Bagi mereka yang buat kuih jangan lupa matikan oven kerana dikhuatiri lupa untuk menutup gas memasak. Ini bagi mengelakkan haba yang terlalu panas menyebabkan berlakunya kebakaran.
  • Pastikan rumah kita diawasi apabila meninggalkan rumah contohnya kita memberitahu jiran

©Kujie – Insyaallah akan balik bercuti hari Jumaat

30 Replies to “Sekolah cuti mulai Jumaat 18/9/09”

  1. Sentiasa ada kemaafan untuk seorang sahabat,
    bukan sekadar di hari raya,
    malah untuk setiap detik.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri kembali buat kak jie yang menawan serta keluarga . Maaf juga untuk kesilapan dan keterlanjuran bicara.

  2. Pingback: inertz.com
  3. Sekolah Kak Long memang dah siap2 ganti untuk cuti awal pada Jumaat tu lama dulu.
    Tapi ni dah kabinet umumkan semua sekolah cuti awal, apa jadi ngan hari yang kita orang dah ganti tu. Hehehe…Agak2nya, ada peluang tak cuti lebih awal sehari???? 😳
    Selamat bercuti…
    .-= Kak Long´s last blog ..Manusia dan Kesakitan =-.

  4. nasib baiklah kampung sy dekat-dekat. rumah orang tua sy hanya 6 blok beza dari rumah sy dan rumah mertua di muar (masih di negeri johor he3).

    tapi macam mana pun langkah-langkah keselamatan rumah dan perjalanan pulang berhari raya perlu dititikberatkan!

    ps – selamat pulang beraya kak jie 😉

    1. @megat, Kak Jie blk Kedah, raya ke-2 dah blk rumah mertua kat Sabak Bernam pula…raya ke 4 kena balik rumah…ada org nak terbang raya ke 7

  5. untung dapat cuti awal.. kat Uni saya, walau Jumaat dah takde kelas, tapi sebab tiket dah amik Jumaat malam, kena tunggu je la dengan penuh sabar…

    1. @beliamuda, cuti ni diumumkan hari ni, kalau yang dah beli tiket…sempatlah merayau sehari sebelum blk kg..hehehe
      atau tunggu kat stesen bas….lambai2 kat org lain yang balik dulu…huhu 😆

  6. Jangan lupa juga kpd mereka yg subscribe surat khabar baru dan lama agar tidak menghantarnya pada hari cuti itew..

    satu lagi, begitu juga dgn botol2 susu kambing yg dihantar di oleh Bangali di hadapan pintu…

    Dan paling afdhal, laporkan diri anda ke balai polis terdekat. Katakan kpd mereka “selamat hari raya, dan saya pulang beraya yea!”

    Utk menambah budi bahasa yg elok, hadiahkan sama lemang atau kuih muih ciptaan anda itu kepada abg polis. Kelak rajin sikit mereka meronda ke kawasan rumah kita! Tak pun dpt mengelak rasa jengkel dan jeles kpd angota yg tak boleh pulang beraya iteww! huhuhu

    Dan, mereka yg tak leh balik mcm Pak Guard, kaki tangan hospital, TNB, Pembentungan, Mamak kedai, juga pekerja 7-11 (7-eleven).. kerja rajin2 yea! dan kami balik dulu raya.. kendian awak pulak.. hehehhee

    Ucapan selamat hari raya dari MAZA.. hehehehhe
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    .-= maza´s last blog ..Ramadhan: Kampung Cacing Episod Akhir. =-.

    1. @maza, wah…. tips yang detail..tapi zaman skrg ni ada lagi ke susu depan pintu? 😆 suratkhabar pun mana ada lagi….baca online je 😆

Comments are closed.