Semakin ia meninggi, buahnya kian merendah
Pokok kabung, sejenis pokok palma berasal dari Indonesia yang dikenali juga sebagai pokok Enau atau nama botaninya ‘Arenga Pinnata’, mungkin agak pelik berbanding dengan pokok daripada spesies palma yang lain.
Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah di bahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah.

Pokok kabung / pokok enau
Malah dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah itu menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.
Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan.
Pokok kabung, yang mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula merah dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan sepadan dengan ‘pujukan’ yang diberikan.
BUNGA JANTAN
Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh ‘dipujuk’ untuk mengeluarkan niranya.
Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira meskipun dipujuk seperti tandan bunga jantan.
Kerja ‘memujuk’ mengikut istilah yang digunakan pemungut nira iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara bersopan, memang berlaku berdasarkan pengalaman mereka sejak bertahun-tahun lamanya.
Apabila bunga pada tandan berkenaan sudah kembang, tandan berkenaan bolehlah dicantas dan jika aliran air niranya sudah agak deras ia boleh ditadah dengan bekas yang direka khas.
Jika belum deras, bahagian hujung tandan yang dicantas itu perlu dihiris sebaiknya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang sehingga aliran niranya deras.
Sirap nira kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Antara makanan yang popular dengan campuran gula atau nira kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur dan cendol.
Sirap nira kabung juga boleh digunakan sebagai pemanis dalam pembuatan kek serta pastri, makanan bijirin dan jus buah-buahan.
Artikel penuh oleh Nashir Mansor dari Bernama.com




Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing2
BAGAKs last blog post..Lawat Blog Kawan
ada kawan belikan Kak Long gula kabung daripada batu kikir NS. betul-betul asli. sebab dia tempah dulu drp org yg buat tu. rasanya taklah manis sgt. campur dgn air kelapa kelapa muda, perggghhh….
@Kak Long, ye ke kaklong….. nk cari mana ye..teringin gak nk rasa
kalau wat gula merah mkn cendol, best tak ye
hehe…menarik artikel nie…unik betul pokok ni…memudahkan kerja orang lain
Active Bloggers last blog post..Melayu Boleh Online Dan Cabaran SEO 2009
@Active Blogger, itulah..tak de la nk kena panjat mcm pokok kelapa
x penah lagi merase nila kabung nih.. sodap eh ?
@fazarudin, kak jie pun tak pernah….tgok pokok pn tak pernah
tapi unik, kan pokok dia
Pokok pun tahu adab sopan, kan Jie… hai… cakap pasal nira lak ni. Ehem ehem…
ODs last blog post..Banyaklah Dia Punya Cengkadak!!!
@OD, hahahaha…erk…opah nk fikir double triple makna ni
tak de yg tersiratlah….
Salam kak jie…
Baca artikel ni, buat su teringin nak minum air tuak (kelantan punya la). Air yang diambil dari tandan kelapa. Caranya lebih kurang sama dgn cara nak ambil air nira, tapi su tak perasan pulak ttg jantan betinanya. Cuma tahu tandan bunga kelapa di kerat dan diikat untuk diambil airnya. Yang fresh… minum dgn ais… fuh, mmg best sgt. Kak jie pernah minum air tuak?
suaras last blog post..Kembara zuriat
@suara, masa pergi Terangganu baru ni ada beli
tamak betul beli 3 bngkus
tapi sebungkus pun tak habis
tak pandailah nak telan…
luka dah baik blum?
Lan Bingkas last blog post..Culture Unplugged Video
@Lan Bingka, baru beli minyak gamat
makin baik dan ni
dok kerunaih yg sedap
mood nk update blog yg tak de
Ni kias ni, macam dah dengar je dua tiga post yang lepas
kruel74s last blog post..His/her scent….
@kruel74, ha ha ha….suka sgt baca tajuk entri dan cari makna tersirat
kadang2 mmg ada…………. sesuatu yg tersembunyi dari tajuk entri
template baru ek.. cuma header lama.. hehehe…
dalam artikel bernama tu pokok ni ble jadi sumber gula yang baru ek..
Adrys last blog post..Monsters VS Aliens Movie Review
@Adry, tak boleh juga
tukar blk guna yg ni
suka yg ni..terang dan jelas
eh ehh..mcm lain jer..dr kanan dah lari ke kiri? yg atas pun lain?
sallys last blog post..Panazzz….
@sally, sesiapa yg ikuti blog kak jie sejak 2 thn lepas
kenallah dgn header tu
itu header blog lama
agaknya sepupu sepapat pokok nipah kut?
sallys last blog post..Panazzz….
@sally, tak pernah tgok pokok nipah..hehehe..
jakul betul
kata orang lama, kena nyanyi utk ambil manisannya. betul ker?
Mak Sus last blog post..Tentang wallpaper dan awards
@Mak Su, betul ke maksu…?
erk..tataulah
Ooo…..hari ni belajar subjek botani….hehe….
Tie baru je godek2 pasal pokok kabung ni. Sebab ada kawan tu bagi gula kabung… yang dibungkus dengan daun palas (agaknya la).
Ties last blog post..sunroof
@Tie, lepas baca artikel ni sy pn baru tau…. pokok dia buah kat bawah…
layout baru…:)
@arin, tapi header lama…header blogspot yg lama