Setiap Nafas Adalah Bernilai – Hentikan Tibi Sekarang!

Penyakit Tibi atau batuk kering  ( Tuberculosis ) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Mycobacterium bacillus yang diternui oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman.

24 Mac pada setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Tibi Sedunia sempena memperingati penemuan kuman tibi berwama merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop  oleh Dr. Robert Koch.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, umumnya, satu pertiga daripada penduduk dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Ini bermakna, satu daripada setiap tiga orang rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja anda sedia mempunyai kuman penyakit ini di dalam badan mereka – Dr. Mohamed Naim Abd. Kadir

Penyakit ini dikesan apabila sistem imunisasi badan seseorang menjadi lemah dan gagal menghalang kuman ini daripada membiak aktif di dalam badan. Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari.

Penyakit Tibi membiak sekiranya pesakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus. Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti.

Tanda-tanda penyakit tibi

  • Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
  • Kahak berdarah
  • Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menyusut
  • Mudah letih dan lemah badan.

Langkah Pencegahan

  • Suntikan imunisasi BCG sewaktu bayi
  • Suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
  • BCG diberikan percuma di hospital kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
  • Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan.
  • Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah menjalani pemeriksaan.

sumber rujukan : www.maptb.org.my

 

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Setiap Nafas Adalah Bernilai – Hentikan Tibi Sekarang!”

  1. just nak tanya, bolehkah bekas pesakit tb macam saya yang dah baik setahun lalu mengalami penyakit ni balik…. sakit berulang?

  2. Assalamualaikum…
    Sekarang ni penyakit tibi dah boleh diubati,
    yang penting kita kena rajin buat pemeriksaan doktor…
    kerana saya bekas pesakit tibi pada 5thn yg lepas… memang pelbagai dugaan yg kena tempuh dari segi kesihatan fizikal dan kekuatan mental… sebab bila kita ni dah dijangkiti kita akan dipinggirkan…

  3. assalamualaikom kak kujie..
    maap ye nk nyampuk..
    arwah yong saya pernah mengidap tibi & dirawat d inst penyelidikan respiratori kl tu lama dulu.. time dia mude2 dulu. 4 thn lps dia disyaki kne penyakit berkaitan paru2 lg. ingatnye tibi berulang lg sbb ditempatkan di inst sama. rupenye kanser paru2 yg melanda.. arwah meninggal dunia lebihkurang 2thn slepas tu. al Fatihah

  4. Ingatkan penyakit Tibi sudah lama tidak melanda Malaysia. Setahu saya hospital yang merawat penyakit Tibi adalah Institut Penyelidikan Respiratori Kuala Lumpur

  5. Masa kecik-kecik dulu… bila org cakap penyakit tibi, selalu ingat yg TV tu pembawak penyakit. Tapi su mmg suka tengok TV walaupun org cakap penyakit tibi boleh membawa mati… Sekarang baru tahu…
    Jom terjah post menarik dari suara ..PasanganMy Profile

  6. dengar kat radio pagi tadi…tentang Hari Tibi Sedunia, jadi nak kongsi di sini….untuk pengetahuan diri sendiri juga.

  7. Betul…dalam badan kita mungkin ada kuman tibi tu, cuma pertahanan masih kuat…kena jaga kesihatan bukan saja dah sakit tapi sebelum kena sakit….

  8. dengan blogger tak pa..kebanyakkan ‘riuh dan bising’ kat blog je, kalau jumpa face to face, kebanyakkan tak banyak cakap…malu2 kucing 😆

  9. hai kak jie… thnak for sharing here
    terkadang kita tak perasan penyakit nih
    ingat mgkn penat sgt, dah berumur
    dan mcm2 lagi… hati2 jer…

Comments are closed.