Siapa Smart Siapa Tak Smart

Dari jauh saya dah nampak ada sebuah kereta yang berhenti lama menunggu lampu hijau.

Sampai dekat baru perasan, kereta tersebut berhenti terlalu jauh dari garisan berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Patutlah…………. tunggu 44 hari pun tak lepas² ni.  Saya berhenti kereta, turun dan berjalan ke arah kereta di depan.

Pemandu lelaki tersebut sedar kehadiran saya dan menurunkan cermin tingkap keretanya.

” encik kena pergi depan lagi…ini ‘smart traffic light’ – dia akan tukar ke lampu hijau kalau dia detect kereta kita , encik berhenti jauh sangat…dia tak dapat kesan”

“oh …ye ke………….. kalau macam tu tak smartlah….
image : 9gag.com

Lantaklah…siapa smart siapa tak smart… saya berpatah balik ke kereta dan dia memandu ke hadapan. Sekejap saja lampu bertukar hijau.  Saya pun tak harap dia ucap terimakasih , yang saya harapkan  saya boleh lalu dan balik rumah.

Simpang ke Stesen Komuter Serendah bukan laluan sesak. Jadual komuter ke Rawang atau ke Tanjong Malim setiap 1 jam sekali. Jadi memang tepatlah sistem persimpangan tersebut menggunakan ‘Lampu Isyarat Pintar’ bukan seperti sistem biasa yang tetap akan bertukar warna mengikut sela masa yang ditetapkan walaupun tiada kenderaan melalui simpang tersebut.

Kalau guna lampu isyarat biasa nanti ada pula yang maki² …”bodoh…! tak ada kereta melintas pun nak kena berhenti…lampu merah” . Kesian tau kat tiang lampu isyarat tu ….. terpacak memberi khidmat.

Bukan semua orang ‘alert’ dengan persekitaran harian mereka. Bukan semua orang ambil kisah dengan sistem sesuatu  tiang lampu isyarat tu…

©kujie – jari dah ok sikit..dah boleh dibengkok,kan..tak de gemok² lagi

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. jawatan kosong 2011 says:

    Kekeke.. mesti smart la kita kita ni..
    Jom terjah post menarik dari jawatan kosong 2011 ..3D Visualizer- Rendere- Animator VacancyMy Profile

  2. penah gak tgk org cmni.. tapi die tak sedar kot.. masa tu abg yg memandu, sbb jln besar sikit, so die ke tepi kete tu.. bila hijau, terus g.. lau tak, mmg berbaris kete di blkg…
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Untungnya Jadi Wanita MengandungMy Profile

  3. hehe.. ok kak jie.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari serol ..SPM-aku dulu pun pernah lalui jugaMy Profile

  4. dah lama tak menjejak kaki ke sana..ada kelapangan nanti pasti sampai.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari techtalk res-q ..DiGi BlackBerry Torch 9800 – Hot New FeaturesMy Profile

  5. haha..betoi2..setuju..
    Jom terjah post menarik dari Cik Su ..Apa Yang Perlu Aku BuangMy Profile

  6. macam mana nak tau traffic light tu smart traffic light?
    Jom terjah post menarik dari DeQdEq ..Im fall in love with ASROLMANIA and EYRIQAZZMy Profile

  7. iye…. kalau jauh dia tak detect

  8. kalaulah tersangkut kat trafik lite mcm ni…lamaaaaaaaaaaaa tunggu tapi dia masih tak tukar2 warna…. gerak ke depan sikit…pelan2…. 😆

  9. dia cover je…dari tak cakap apa2 …hehe

  10. rasanya itulah satu2nya cara nak tau…. lagi pun kalau dah hari2 kita lalu…mesti kita perasan perubahan lampu dgn yang biasa kita jumpa – 😉

  11. wahhh…….korang bertiga ni…muda belia, ingat ke dah tau 😆

  12. ye…komuter Rawang – Tanjong Malim…satu² laluan yang tak lalu KL Sentrel 😆 sangat best sebab tak de stesen terlalu kerap………….dari KKB – Tjg Malim….jarak yang jauh tu bolehlah tidur selelap.

    Bila nak p Yik Mum , berhenti Serendah ye..nk kirim pau 😆

  13. Abg ingat kat sana je ada salji…kat sini ade je salJie! 😆

  14. bila nak datang area rumah Kak Jie, bagitau ye…kita buat ‘live blogging;…hehe 😆

  15. hehe…..ayat nak cover diri tu 😆

  16. hehehe.kat line berhenti tu da line untuk detact kete kan…
    Jom terjah post menarik dari nasfachocolate ..MAHA International 2010My Profile