Siri Anak Beranak : Ubat Jerawat Yang Berkesan

Gallery

Pagi² lepak sembang kedai kopi kat Twitter ternampak tweet Feez , terus teringat SMS Along dua malam lepas.

Mula-mula dapat SMS ni mama dia pun turut sama kembang. Semua mak² memang ambil berat hal anak² membabitkan segala hal.

Eh.. nak tau ke Along guna produk apa?

Along guna sabun pencuci muka kulit rambai. Harganya RM 2.90,  Beli kat Tesco di bahagian barangan Buatan Malaysia.  Kotak warna kuning.  Jenama saya dah tak ingat.

Cuma satu tips – selepas masalah jerawat berkurangan, berhenti menggunakan sabun ini.  Kalau guna berlebihan , kulit akan nampak kering.  Sesuai untuk proses awal untuk masalah kulit muka berminyak.

Kalau Intan, dia ada visi yang berbeza mengenai jerawat walaupun usianya baru 12 tahun dan belum berjerawat.

Dia cakap Along berjerawat kerana berambut panjang.  Rambut banyak memerangkap kotoran kerana bahagian paling atas yang terdedah. Rambut yang panjang berjuntai  menyebabkan kuman menempek di muka bila tersentuh.

Saya tanya Intan, mana dia tau semua ni….

“Cikgu yang cakap…………”

Terimakasih cikgu!

Bila kami berbincang anak beranak – wah…bab jerawat pun boleh ada persidangan kabinet keluarga, teori ini boleh juga diterima pakai kerana sejak Along memotong rambut menjadi pendek, masalah jerawat dia pun nampaknya sudah berjaya diperangi. ( ayat hiperbola tahap dewa)

Jerawat terhasil akibat dari proses kedewasaan di mana sebum iaitu bahan berminyak  semulajadi yang dirembeskan oleh kelenjar sebum dihasilkan secara berlebihan, lambat-laun menyekat aliran keluar dari lubang-lubang halus di kulit.

Janganlah berasa takut dan malu yang berlebihan  kerana ia merupakan sesuatu yang normal di mana kebanyakkan remaja melaluinya dengan pengalaman yang berbeza.

Kalau ada tips atau petua mengenai jerawat, berkongsilah dengan saya ye… mak² yang ada anak remaja kena tau macam²:grin: dari muzik terkini , fesyen semasa hinggalah pasukan bolasepak kegemaran anak².

p/s – bila ada gambar sabun , saya update ye.

  1. Pingback: Cabutan Bertuah iPhone 4s Atau iPad 2 di My Agro Hypermart | Hidup Biar Sedap

  2. tyka tiap kali ada jerawat cepat cepat carik lumpur ..
    tak geli sangat sebab dah biasa dengan lumpur (komander tak boleh geli dengan lumpur)
    he he..
    dan ustaz pon ada kata , ubat terbaik adalah lumpur kerana kita dijadikan dari tanah .. itu jerawat jarang timbul..
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Laporan Blog Sitiatikah.com Pada Bulan JulaiMy Profile

  3. owh… memang tak sama. Buat masa ni dlm family hanya Along yang ada masalah jerawat yang serius. Angah ada sikit…… kita normal utk anak tengah naik

    Budak2 lelaki ni kalau petua yang remeh temeh tu jangan harap dia nak buat…kita pun sama, apa lagi dia.

    Setakat ni berkesan untuk Along, orang lain tataulah…kalau nak bolehlah cuba
    cuma nasihat xtra – dia agak mengeringkan kulit..jangan terlebih
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Rindukan Mama Atau Harry Potter?My Profile

  4. Dan bukan semua anak ada jerawat kan…anak sy ikut selang bunga …1st, 3rd, 5th takde masalah jerawat…yg no 2 dan 4 ada jerawat agak hebat….mana anak yg banyak jerawat tu kesian jugak, sy beli jer produk2 yg ada di pasaran…tp xpernah guna yg rambai ni…nak try lah juga…

    nenek sy dulu suruh guna putih telur eloknya telur ayam kg… perah limau nipis jadikan mask…tapi mak aiii….pedih giler…

    Keturunan ke jerawat nih? Sbb sy ni jenis jerawat sembunyi…dlm hidung…sakit wooo…hubby pulak jerawat kat kepala….
    Jom terjah post menarik dari kakza ..New AzZahra kidsMy Profile

  5. aaaaaaaaaaaaa ptutla jerawat rancak naik kat dahi, rmbut pnye psl rupanya. kalau gunting, susah pulak. nak cover jerawat mcm mana. adoi adoi..

  6. guna kentang pun blh hilangkan jerawat
    hiris atau blend da tepek jer kat jerawat. biarkan kering
    selama 30 minit.. basuh dgn air sejuk.. buat beberapa x..

  7. salam kak jie.
    saya siap gi jumpa doktor. kena ambil antibiotik, sebab jerawat makin terukl, tak masuk lagi bab2 gatal2 kat muka ni.
    alhamdulillah, lepas guna pencuci muka lactacyd, gel jerawat & antibiotik erythromycin seperti yg doktor sarankan, muka pun makin okey, jerawat berkurang, blackheads pun hampir tiada.
    ditambah dgn rambut yg dah digunting pendek sikit. XD
    Jom terjah post menarik dari fikah ..Abah dan Mama saya.My Profile

  8. sebab lain adalah hormon.kekadang bila perasaan yang tak pernah wujud tu timbul,jerawat pun ikut timbul.haha…
    apa itu perasaan yang tak pernah wujud?cinta la…haha…
    mengarut je aku ni :p
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Blogger dan TaglineMy Profile

  9. Terima kasih kak jie sbb sudi coretkan nama feez dkt atas..
    wahh, mcm pencuci muka betik tu ke? apa org panggil papaya?
    dulu waktu feez sekolah popular jgk pencuci muka mcm ni.. nnt leh try lah kalau berkesan..
    baru berangan nak beli skin care for acne jenama simply siti..
    feez dh cuba byk jenis produk, tp tak berkesan.. Nak2 sekarang kalau stress sikit je, senang betul jerawat keluar..
    tp muka feez ni mmg ada masalah kulit berminyak.

    hmmm, thanks for info kak jie..
    Jom terjah post menarik dari Feez Mior ..Wordless Wednesday #1 – DurianOhDurinaMy Profile

  10. Nnt mak nk cuca try carik jugak lah..masa muda2 x de masalah jerawat, tatau la nape skrg ni mkin menjadi2 plak..akibat stress study la gamaknya. Tak pun, mgkin ada benarnya sbb berambut panjang. Hurmmm..nnt nk tgk kebenarannya lah sbb skrg dah berambut pendek!
    Jom terjah post menarik dari mak ..MASA DAH TIME FOR 5KMy Profile