Tarikh Umum Keputusan SPM 2014 – 3 Mac 2015

bila spm keluar

Keputusan SPM 2014 akan diumumkan pada 3 Mac 2015 mengikut seperti yang dijadualkan.

Tarikh-tarikh penting sesi akademik 2015/2016

  • Jualan Unik ID BSN Dibuka – Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015
  • Sistem Permohonan UPU Dibuka – Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4.00 petang
  • Hebahan Keputusan SPM/STPM/STAM 2014 – Minggu pertama Mac 2015
  • Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/2016 – Minggu pertama Mei 2015
  • Pengemaskinian maklumat permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf – 1 hingga 6 Mei 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)
  • Hebahan keputusan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU bagi tahun 2015 – Minggu ke-2 Mei 2015
  • Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – Tarikh jangkaan sistem dibuka adalah pada 2 Jun 2015 (tertakluk kepada perubahan)
  • Pengemaskinian permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan Matrikulasi/Asasi – 3 hingga 9 Jun 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)
  • Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – Minggu ke-2 Jun 2015
  • Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 15 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
  • Pendaftaran Pelajar ke Kolej Komuniti menerusi pengambilan UPU bagi 2015 – 23 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
  • Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/Metro dan ILKA kecuali CIAST menerusi pengambilan UPU bagi 2015 – 7 hingga 14 Julai 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
  • Hebahan keputusan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – Minggu ke-2 Ogos 2015
  • Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 1 hingga 2 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
  • Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 6 hingga 12 September 2015 (Tarikh hebahan adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
  • Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 17 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
  1. Pingback: Tarikh Umum Keputusan SPM 3 Mac 2015 | kujie2.com