Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh

oh……..cerita lawatan singkat ke utara belum habis. Masa untuk show off belum berakhir. Tak ada apa sangat yang nak dikongsi sebenarnya selain dari keistimewaan Pulut Ayam Padang Besar . Saya cuma ingin merakamkan catatan kenangan kami di dalam blog ini.

ladang tebu chuping

Dalam perjalanan dari Kuala Nerang ke Padang Besar, kami melalui kawasan ladang tebu seluas mata memandang. Pemandangan ladang tebu milik Felda ini mungkin akan pupus beberapa tahun akan datang kerana menurut berita terkini, Felda telah menukar separuh ladang tanaman tebu kepada getah secara berperingkat yang bermula sejak tahun 2007.

Sewaktu melawat kawasan sekitar kilang tebu, saya sendiri melihat anak-anak getah yang telah pun ditanam.

ladang tebu chuping

Chuping adalah nama sebuah bukit batu kapur iaitu Bukit Chuping.  Dalam perjalanan ternampak bukit seperti ini, tak pasti inikah Bukit Chuping.  Orang Perlis boleh tolong jelaskan?

ladang tebu di chuping

Pokok tebu untuk penghasilan gula bukanlah seperti pokok tebu biasa yang kita nampak orang mesin untuk mendapatkan air tebu.  Batangnya lebih kecil.

Sebelum dituai, kebanyakan pokok tebu dibakar untuk menghilangkan daun-daun yang telah kering bagi memudahkan proses penuaian.

Biasanya orang berkias dengan ‘menanam tebu di tepi bibir’ tetapi di Perlis mereka ‘menanam tebu di tepi telinga ( cuping) ‘. hiks!

pokok tebu gula

Inilah pokok tebu yang  menghasilkan gula .  Kami cuma melawat luar kawasan di tepi jalan saja.  Tak berani nak menjelajah jauh, tanah persendirian nanti kena ‘tembak’.

Peribahasa tebu

  • Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh – Berbuat baik, tentu kebaikan juga yang dibalas.
  • Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka – Gembira oleh kerana mendengar pujian.
  • Seruas tebu yang berulat, seruas dibuangkan – Siapa yang berbuat salah, dialah yang dihukum.
  • Gigi telah gugur, tebu pun menjadi- Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.
  • Jangan difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula manisnya – Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya.
  • Tebu setuntung masuk geraham gajah – Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.

sumber : Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. Abros says

    Tahniah saudari Kujie sekeluarga merakam perjalanan sekeluarga…ke Chuping Telinga..Perlis.he..he. bagi saya begitu banyak kenangan yang tinggal. Hampir 32 tahun saya telah tinggal dan hidup dikeliling pokok tebu, sebab bapa saya bertugas di kilang gula gula saya tinggal semenjak umur 9tahun(1979)…hingga umur 25…kawin..dan bertemu dengan isteri bertugas di kilang gula juga(CC. Lab Asst) dan sendiri di bidang Steam Generation/iaitu bhg yang paling penting sekali bak kata nyawa kilang. Kini Kilang Gula(pemiliknya Robert Kok) dan Ladang Tebu(PBB Group)telah pun diijual 50billon sahamnya FGV. Ini DISEBABKAN oleh kerana tanah yang tidak subur lagi bayangkan lah tebu telah tanam sejak 1970an…bermacam baja..racun …digunakan…..ketika Kilang Gula masih dlm pembinaan oleh Sebuah Syarikat Jepun dan bolh dikatakan semua peralatan mesin, serta enjin dari jepun yang amat berkualiti. Hari ini kami telah mengorban pengalaman saya dan perakuan kebolehan(Competensi Cert) dan Isteri saya dari UPM didalam bidang Pertanian. Untuk berhijrah ke dunia lain dan bertugas di sebuah Institusi Pendidikan terkenal di Perlis(MATRI)..
    “Anak Ayam Bawa Anak
    Terima Kasih Banyak-Banyak”

  2. says

    Tebu tu sebenarnya keras mau patah gigi kalau cuba2 nak makan.

    Seiring dengan pembangunan sekitar Perlis tebu didapati kurang sesuai lagi ditanam kerana semasa penuaian daunnya harus dibakar. selain menimbulkan pencemaran alam jugak daun2 yang di bakar boleh berterbangan berkilo2 meter. Dulu baju sekolah kat ampaian selalu kena basuh semula coz arang daun yg berterbangan.
    Jom terjah post menarik dari Jun ..Adegan Tayang-Tayang.My Profile

    • says

      tapi kalau ada teknologi moden … daun pokok tebu boleh menghasilkan baja atau boleh lupuskan dengan mesin moden tak jadi masalah untuk teruskan penanaman tebu ….
      Jom terjah post menarik dari Zanaa Sensei ..Bara and RoseMy Profile

      • says

        Tak pe… Kali ni dapat pi Padang Besar.. Masa Angah cuti semester nanti, boleh pergi ke Tasik Bera pulak.. Kan ke orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengalaman … eh, ye ke ? hehehe
        Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Geng Muka BukuMy Profile

  3. says

    Memang best bila jalan2 ke utara. Masih lagi hijau dgn bendang dan tebu, tapi cam Kak Jie ulaslah, mungkin tak lama lagi kita takde peluang dah nak bergambar dgn kehijauan camni.

    Bendangpun byk dah dijual dan diganti dgn rumah2 kediaman.
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Talian Hayat:Dia janda anak satu…My Profile

    • says

      sesekali nampak banglo mewah burung walit… hehehe

      itulah, baca info felda nak ganti tebu dgn getah atas sebab lebih menguntungkan….jadi kalau lalu kasawan ni jgn lepaskan peluang bergambar…takut2 tahun2 akan datang dah tak de lagi pemandangan mcm ni
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Alasan Pelik Kenapa Rasa Letih My Profile

  4. says

    aduiiii suka dengan peribahasa dari perkataan TEBU…saya pernah dengar MENANAM TEBU DI TEPI BIBIR jer…yang lain2 tu tak pernah dengar…bagus jugak terjah blog ni, dapat info yang sangat menarik…
    Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..duit dalam lipatanMy Profile

  5. says

    kali terakhir pegi Perlis tu masa tahun 2006 masa bujang lagi..lalu jugak la kat ladang tebu chuping ni..memang seluas mata memandang..teringin pulak nak pegi kembara lagi kali ni dengan anak isteri pulak..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Tak salah bertanyaMy Profile

    • says

      tu la… kami siap tanya kt UPP yang jaga sekatan jalan tu

      ” encik….. tu tebu yang buat gula ke”

      hahaha…. tak malu sungguh
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Terasa HatiMy Profile

  6. eiela says

    gambar kedua tuh cantik, rasa nak ikut je jalan tuh. baru tau rupanya tebu untuk buat gula nih lain, bukan tebu biasa tuh. gambar pertama tuh ladang tebu macam sawah padi hijaunya.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Gelang Tangan Untuk IbuMy Profile

    • says

      masuk saja kawasan ni……….. memang sayup seluas mata memandang adalah ladang tebu………….nampak latar hijau dan langit biru dengan tompokkan awan gebu..cantik sgt
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pulut Ayam Padang BesarMy Profile

    • says

      adaaaa…………… ada mcm² aksi terlampau kami anak beranak, tapi seganlah nak letak. dah tua gendut pun dah iahhh….hahahahaha

      yang letak kt sini dah ditapis le tu…kehkeh
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pulut Ayam Padang BesarMy Profile

    • says

      hahaha..kami pun tatau
      otw tu akan jumpa sekatan jalan oleh UPP – unit pencegah penyeludupan tepi ladang tebu ni
      kami siap berbual tanya pegawai upp tu…ini ke pokok tebu?

      dia ckp…betullah…berhentilah masuk tengok. sebab itulah berani berhenti dan masuk ladang tebu tu..kalau tidak takut juga menceroboh kawasan persendirian.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Terasa HatiMy Profile

Trackbacks

  1. [...] fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); NEGARAKU! Tutup Terus ke sumber Negaraku.My Media Social Ruangan Iklan? 468×60 – Email Kami! var _wau = _wau || []; [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge