Tetap Indah Biarpun Bukan Aurora

kejadian aurora

Sesi percutian saya yang lepas , kami ( bersama suami dan Intan ) ke puncak Bukit Bauk, Dungun, Terengganu.  Ada kerja-kerja ukur untuk lereng yang menempatkan pencawang elektrik.

Selepas semua kerja dan sedang berkemas-kemas melipat tripod dan  theodolite untuk balik, terpandang ke arah langit. Waktu sekitar jam 6.50 petang.

Dari celah awan bersilau cahaya matahari dan memanjang di sisi awan adalah warna-warna pelangi.  Masha’Allah… itu adalah fenomena langit paling indah pernah saya lihat.  Adakah ini yang sering dirujuk sebagai aurora dalam bidang astronomy?

kejadian aurora
Ini gambar menggunakan telefon, tak berapa jelas.  Keadaan sebenar lebih jelas warna hijau, biru, oren , kekuningan dan merah. Hihujung awan mendatar warna kemerahan.

Bentuknya bukan seperti pelangi, tetapi cahaya berselerak  dan bergerak lembut dari pelbagai sudut.   Tetapi ini juga bukan aurora kerana dari bacaan saya di National Geographic yang sering memaparkan gambar dan cerita aurora, fenomena ini hanya berlaku pada waktu malam di musim sejuk di bawah paras beku. Aurora juga berlaku di kutub utara atau selatan kerana pusat daya tarikan medan magnet lebih kuat.

Cahaya aurora juga bergerak- gerak dengan pantas seperti ribut kerana ianya berlaku disebabkan ribut suria ( solar storm ). Zarah-zarah bercas akan berlanggar dengan atom-atom yang memasuki kawasan medan magnet bumi sehingga menghasilkan cahaya berwarna warni.

Contoh aurora di  Lake Superior oleh jurugambar Paul Nelson
Contoh aurora di Lake Superior oleh jurugambar Paul Nelson

Walau pun fenomena indah yang say aitu bukan aurora, melihat keindahan langit yang seindan dan tidak pernah dalam seumur hidup juga adalah satu anugerah. Bila melihat langit, terkesan betapa agung dan besarnya ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala, betapa kerdilnya diri. Langit adalah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang penuh dengan keindahan, keanehan, luarbiasa dan misteri. Bayangkan saja manusia berkurun sudah meneroka angaksa, mengeksplorasi bulan dan planet tetapi galaksi bima sakti ini tidak pernah terjangkau sempadannya.

Nota : sejak balik bercuti, saya demam, selesema dan sakit tekak, teringat suami yang ditinggalkan di Terengganu.  Sewaktu berpisah , dia juga sebenarnya tidak sihat…. inilah kehidupan perkahwinan jarak jauh .

 

 

17 Replies to “Tetap Indah Biarpun Bukan Aurora”

  1. dengar nama aurora ni ingat nak cerita pasal produk kecantikan tadi. Tengah femes produk kawan saya nama aurora. die buat sendiri lak tu huhu

  2. masyaAllah Subhanallah Allahuakhbar…
    cantik nya kejadian di bumi ini…. sayup melihat gambar tersebut…
    terasa begitu tenang sekali..
    tak apa. kak jie setiap malam 3G kan.. heeee
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Kembali PulangMy Profile

Comments are closed.